HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, February 23, 2014

Benda yang aku sayang nak buang.

Assalamualaikum w.b.t

Hello guys. Hello girl.
Semalam masa nak keluar pergi makan malam with family tersayang, aku terfikir satu benda alah ni. Benda yang aku paling sayang. Yang dah bertahun-tahun berkhidmat untuk keselesaan aku.


1. Tracksuit

Oke. Cakap pasai tracksuit. Tracksuit tu aku rasa serius arr dia memang dah lama berkhidmat untuk aku. Mungkin dah 6-7 tahun aku still sayang nak buang tracksuit tu. Pakai, pakai dan pakai lagi selagi muat. Banyak je tracksuit lain dalam almari, tapi aku tetap suka pakai yang tu. Yang tu jugak! Tak kira. Koyak sikit, jahit. Koyak sikit, jahit. Tak nak buang.


2.Bawal hitam

Dulu masa aku baru nak pupuk diri nak pakai tudung, tudung yang aku sayang tu adalah tudung bawal hitam yang tepi-tepi dia tu ada batu satu line je. Pergi mana-mana, shopping market, complex, pasar pagi, pasar malam, mini market, pergi koko sekolah, lepak ngan member, jenjalan... satu tudung tu je yang aku sarung. Perghh, tak fashionista langsung *krik krik* , memang dulu ni aku tak suka pakai tudung kaler lain atau tudung lain selain tudung bawal aku tu jugak.

Memang aku sayang gila la kat tudung tu. Tapi bila dah masuk zaman aku masuk U ni, banyak pulak kaler bawal yang aku jumpa dok jual kat Lendu tu harga murah-murah punya. So, ape lagi hampir semua kaler aku borong. Sekarang ni cakap ajelah warna ape, semua ada. Haha.


3.Jaket

Ada satu jaket berzip aku tu pun dah lama jugak aku usung ke hulu ke hilir. Sayang betul. Selagi muat, selagi tu la aku sarung. Muahaha. Err, pokoknya aku sayang lah wehh nak buang. Itu adalah kenangan.

Satu hari tu masa aku dengan family tengah makan kat luar, coincidentally memasing pakai baju yang dah 5-6 tahun kiteowang pakai. Haha, then memasing mengungkit ja..

“Baju ni abah beli masa korang kecik lagi..”
“Baju ni mak beli masa duduk kat sungai soi dulu noh..”
“Baju ni masa akak sekolah rendah lagi..”
And so on..


So, how about you guys? Selalunya kita cakap pasai apa yang kita pakai la sebab ianya tahan lama and boleh pakai bertahun-tahun. Kasut ke.. Apo-apo bondo yang korang sayangss la citer dia. Ke aku sorang je yang macam ni? Haha.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

Farah Arina said...

farah pun selalu pakai tudung hitam. sebab baju semua memang sesuai dengan colour hitam je. and tudung hitam tu je lah tudung yang ada. hihi malas nak nak beli colour lain xD

Sweethoney said...

cakap pasal tudung dulu masa muni dekat sekolah until poli muni tak berani nak pakai tdung yang colour2 . . rasa tak confidence . . yang tahu pakai warna hitam , putih n cream . . haha memang tak up to date kan . . but now after dah grad n dah masuk alam pekerjaan try pupuk diri untuk cuba tudung yang colour2 n corak2 . . n yes berjaya !! dah tak malu dah . . self confidence tu dah dapat balik dah sikit2 tapi tak dapat semua la coz tak berani lagi nak cuba pakai shawl . . asyik pakai tdung bawal je . tengok orang lain pakai shawl macam cantik tapi bila diri sendiri nak pakai rasa macam errr should i wear this ? last2 sarung bawal jugak . . ha senang ! hehehe :p oppss terpanjang lebar pulak komen . . sorry yeww . . ngee ~

Akeyla Azmi said...

omg sis!!! We are soo sisters ahahha.
Qila mmg suka tudung hitam and tracksuit sama je ahahahh malu gak but so what asalkan kita selesa wee~~ <3333

Aya Zuki said...

apa benda yg sayang ye..hermm pikir japp..barang apa ye?? entah semua x sayang..hahaha :P

Khairul Bariah said...

kadang2, barang tu masih elok so mmg syg nak buang. lama2 pakai jadi benda rare, lg lah sayang...
btw, akk dtg singgah sini dan follow. feel free to hit me back yeah :)
http://sweetmemories4u.blogspot.com/

eyqa yushaiza said...

bantal bear & blankey. hehehe.. *bantal bushuk and slimut bushuk* :DD

Amanina Mads said...

singgah sini.. biarkan jelah org nk ckp apa. sy pun mcm tu gak. suka pakai bju yg dh lama berkhidmat sbb selesa. hehe