HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, February 1, 2014

Nak jual , buat cara nak jual.

Assalamualaikum w.b.t


Sorang customer tergedek-gedek masuk ke dalam sebuah kedai yang ada menjual satu barang yang menarik perhatian dia.

Customer : Berapa ni bang? *belek belek kasut*
Seller: RM30 dik.

Customer : *monyok* , kalau beli dua?
Seller : RM60 la dik.

Customer : *er , pikir aku tak reti mengira?* , tak boleh murah lagi ke bang?
Seller : Dah murah tu dik.

Customer : Kat ig jual RM25 je.
Seller : Ye ke dik? Pergi la beli kat ig tu.

Customer : *eh, loyar bughok pulak dah* Pacek kedai sana tu jual RM25 je. Semua kasut RM25.
Seller : Ohh ye ke. Pergi la beli kat kedai pacek tu.

Customer : *eh eh* , Ye, kejap lagi saya pergi beli kat kedai pacek tu.

Perghhh, bapak kerek gilaa bro sorang ni. Kau ni nak jual barang ke tak? Takde basic layan customer and itu sikap kurang ajar terhadap customer dalam diam. Bila dah cakap macam tu, lepas ni tak masuk kedai kau dahh. Bad impression.

Then, aku ngan kengkawan blah dari kedai tu tak lama kemudian lepas tengok jam tangan macam cikai pun nak jual RM30?? Melampau ahh.

Pergi kedai lain, jual kasut yang lebih kurang sama and aku dapat dengan harga RM25. Tu diaaa. Survey itu penting. Nak dapat yang lebih murah mestilah kena tahu harga dekat semua kedai dulu. Itulah perempuan yang cerewet bab bab harga ni. Haha.

Then, bila aku dah beli tu, bro yang tadi tu tengok jaa aku , 'Tu lah kerek sangat, aku tak rugi pape pun kalau tak dapat beli kasut dari kedai kau *pui*', cakap dalam hati.

Ikutkan hati boleh je aku nak sound dia. Pikir aku kesah? Tapi aku memikirkan yang aku ni seorang siswi and perempuan, so malas lah aku nak berkurang hajar kat situ. Tak payah la hal hal kecik nak diperbesarkan. Tapi, kau tu kerek sangat. Perghh, cakap bajet kedai kau femes sangat. Memang takde customer nak melekat lahh.

Kalau kita as customer mintak murah , perlu ke seller tu nak loyar buruk? Kalau tak nak bagi diskaun, cakap lah elok-elok , ni dah trang tang tang kau suruh aku pergi cari seller lain, memang betul-betul la aku cari seller lain. Kalau takde seller lain yang jual benda alah tu, tidak ku batak nak terhegeh-hegeh beli barang kat kedai kau jugak.


Another situation *kawan aku punya kawan, punya kawan*

Kawan : Cik tak boleh murah lagi ker?
Makcik penjual : Dah bagi betis nak paha pulak.

Yang salahnya, kawan aku tu pergi bayar jugak barang tu. Ehh. Bukan salah, itu kesilapan.

Sebagai customer kita ada hak nak membeli , tapi kalau u olls oke je dengan seller macam situasi kat atas tu. Takde hal bro. Pilihan di tangan korang.

Sebagai penjual , kalau customer korang tu annoying tahap dewa sekalipun, korang tetap kena layan dorang dengan baik sebab mereka itu pelanggan korang, kalau dah awal-awal korang dah letak cop 'kerek' kat dahi, pikir ada orang nak datang lagi kedai korang?

Keep in mind.
Customer is always right.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

Akeyla Azmi said...

Sakitnya hati.
Mmg kuang hajo.
ugh!!!!!
Yes. customers always right.
Noted that.
Tapi sakit hati betul dgn penjual mcm tahik ni ugh!!!

Nur Inani said...

kalau kita kena macam ni memang konfem tak masuk dah kedai tu.. hoho. annoying gila orang macam tu..

Aien Minhoo ♥ said...

Betul tuh. kerek gile org tuhh. haish kalau kene dngn saye mmng dh lame sye bash dye.

Gee Lion said...

boleh pulak treat costumer mcm tu.
boleh lingkup la business depa kalau lagu tu sokmo..

YanaAbell said...

Ha ni seller apa benda tah macam ni. Langsung tk pandai nak layan customer. Sabooo jela (:

Mie Aimie said...

pernah jugak kena, sometimes ckp kt org kedai tu, we will coming back, terus muka berubah, lps tu marah2x

kompem aku takkan g kedai ko, rela kempunan baju tuh dari buat kesilapan beli dgn ko hokeee

Haziqah Karim said...

yg membaca pun sakit hati -_- ban aje kedai tu kak :3

Lollipop Manis said...

sumbat kasut dalam mulut dia. huahuahuaaaa

Farah Arina said...

amboi bukan main lagi mak cik tu :3

Izzaty Azma said...

mintak penampo jurus Power Rangers warna merah je seller tu. kalau handsome takpelah jugak. haihh (--')

fatin aziz said...

saya pernah rasa dulu..waktu tu dgn mak nak beli kain kat gulatis. punya sombong sbb ye la nak beli kain mesti kena tgok puas2.kejap nak tgok yg ni kejap yg tu.maybe dia bengang kot sbb tak beli2 lagi. last2 saya pun geram main tunjuk nak tgok yg tu nak tgok yg ni pastu suruh amek yg lain pulak..last2 tinggal mcm tu.puas hati!!!haha..nak jual tapi macam taknak so padan la muka.hehehe

asha hana said...

annoyingnya !! -_-

#dear, hana dah tukar url blog tw. ASHA HANA :)

aien hermionie said...

discount ngan prempuan mmg x dapat dipisahkan..