HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, March 19, 2014

Macam nak cari hobi baru jee.. D.I.Y

Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku saja-saja bukak web sana sini terutamanya buzzfeed.com. Bagi aku website tu ada macam-macam benda yang aku nak tengok. Before ni aku bukak sebab nak tengok gambar pemandangan yang cantik-cantik ataupun gambar pemandangan di luar negara yang super ohsem. Contoh macam entry yang aku buat sebelum ni >A Places You'd Rather Sitting Right Now<.

Tapi kali ni banyak pulak site yang aku bukak fasal D.I.Y ( Do It Yourself ). Semua benda yang omputeh ni buat memang tahap kreatif sesak nafas tau. Jeles nyah tengok daya ke-kreatif-an dorang ni. Meh cekidaut~




Serius aku suka betul tengok DIY yang melibatkan tumbuh-tumbuhan. Aku pulak jenis pencinta kehijauan gitu. Teringin sangat nak buat , InsyaAllah, kalau berkelapangan and bahan-bahan dia senang nak cari.. one day aku nak jugak try. Boleh buat sesi DIY kat dalam blog tersayang aku ni. Kononnya..hehe.



Sekarang ni aku baru tahu Washi Tape sudah menjadi kegilaan gegurls terutamanya gegurl macam aku ni *tui*. Ye dok? Cantik kan? kan? 


Dulu, aku rasa hanya orang yang ada instant camera je boleh memiliki gambar macam ni, tapi sekarang tak lagi. Sekarang dah bermacam-macam instagram yang boleh buat gambar korang yang ditangkap dari kamera fon biasa @ smartphone tu, then send kat dorang. And dorang akan buatkan gambar korang macam kat atas ni. 

Serius ahh benda ni comel gila. Aku ada jumpa satu tempat yang jual murah punya. Tapi sekarang aku biar dulu. Nanti-nanti lah aku try order. Hehe. Tunggu lepas final.

Pics Credit : SINI and Mr.Google.
Oke ahh. Tu je nak share.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

30 comments:

Anis Adnan said...

Washi tape tu.. comel la!
I want it!

Naniey Jemiey said...

memang kreatif..cantik untuk dijadikan hiasan..tapi kalau saya buat sendiri memang menyakitkan mata jelah..akeke.. btw singgah sini klik colgate..

Izzaty Zaty said...

tergoda tengok kipas tu :O

Akeyla Azmi said...

aaaaaaaaaaa qila mmg benci betul mat salleh yg terror bab diy diy ni hikhik.
Washi tape tu dah start jual dah dkt sini qila jumpa haritu hihhih.
Nak try gakkk nak beli dkt mane eh hihihi.


Aaaaaaa yg gambar polaroid tu mmg superb ughh nnt share tau tau tau hehehehe

Miss Boo said...

wahhhhh.... suker2.... kreatif sgt ne

AsmYza PaNda said...

Hai,cantik nye blog. Blogwalking sini . berminat nak join business 1whp ? modal serendah rm55 . wechat:asmizazul25
whatapps:0177052170

cik lisa said...

comel, cantik + kreatif :D

Lollipop Manis said...

wohhh. gile cantikkk ! xD

AP Hours said...

wow.. kreatifnya mereka...

Puan Gojes said...

keyboard tu comel :)
rasanyaa da jual dekat daiso :)

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Memang comel2 semua DIY ni...
Akak pun suka buka website untuk DIY ni...
Hehehe...

Akak Adek said...

sangat cantik..!


^____^

Ammar said...

yang mentol tu paling kreatif. Wow!!! Hebatlah...

afandi othman said...

Salam.

Selalunya kalau nak buat diy ni mesti bersepah kan. hehe.

Hasilnya pun tak sama macam yang kita tengok dekat website.

Tapi, yang penting hujungnya kita puas hati. Betul tak? Haha

Sasha said...

inti for you.

Anne Nurain said...

anne pun suka tengok DIY2 ni..
rasa macam nak try buat je semua tp bahan pulak xda, so cuci mata je la yg mampu.. hehehe

Mazni Munawar said...

kreatif kot buat benda2 camni. saya teringin sangat nak tampal gambar tu kat dinding mcm pic last sekali tu. tapi mak x bagi sbb takut dinding rosak ._.

Siara Elina said...

comelnya comelnya ><

Farah said...

Cantiknya! Suka tengok DIY macam ni tapi sedih sebab tak reti buat sendiri. Bukan orang seni :(

Hidayah Suhailee said...

wow.. comel gila!!!

Aisyah Az said...

lawa lawaaaa... hhe.. one day nak tru buat macam tu jugak. like hanging the photo.

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

cantiknyaaaa ! hazy pun nak tengok lah =D

Nurul Syahada said...

Susunan gambar tu sgt awesome. Kreatif and lawaaaaaa <3

FarhanahAdzlan said...

seriuss lawaa..rasa nak amikk jee semua washi tapee tu hihi

Geng NASA said...

Assalamu'alaikum.
menarik sangat kalo lah ada rumah sendiri boleh lah buat semua tu hehehe

Dayang Nurhuda Datu Muhammad said...

comel kot.. share lah tempat yang murah tuuu

Nurulee said...

haritu tengok ada org cuci gambar banyak banyak gitu. tnak buat washi tape lah tu. ehehe. anyway. rasa nak buat lepas ni. hahahaha =D

Affy Afiqah said...

barang2 DIY memang cute2, akk pun akdang2 geram je tengok...aishhhh

akk nk jemput join GA akk ni, hope sudi join :)
http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

Ychun Esmail said...

washi tape tu ade dekat daiso aeon Bandar Melaka . hehe banyak barangan diy kat situ :)

Izzati Amira said...

@Ychun Esmail oke thanks (: