HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, March 16, 2014

Novel apa yang tengah HOT sekarang ni?


Assalamualaikum w.b.t

Haritu masa aku ikut kawan aku balik Cheras, Mira dengan Dibah layan movies citer kartun. And I was like.. “Takpe ahh. Korang tengok lah berdua. Saya lepak Popular je.” Malas aku tengok movie kartun ni and aku lepak kat Popular yang tak bape besar sangat tu.

Tapi serius ahh novel dia memang berlammmbakkk!

So, aku menghabiskan masa menunggu dengan baca hampir kesemua sinopsis novel-novel yang ada kat situ. Tapi, ada sekali dua aku belek magazine omputeh tengok gosip. Haha.


Baucar buku dah dapat two weeks ago. Belum ada kesempatan untuk menjejakkan kaki ke kedai buku. Sekarang ni gua dah cuti *study week actually* , so sekarang nak tanya you olls lah kan, novel melayu sekarang yang best-best apa dia erk? Share la sikit, wa pun nak beli sama. Separuh beli novel, separuh lagi kononnya nak simpan untuk next sem punya buku.

Well, aku prefer jalan cerita macam ni ;
  • Kelakar comel, lawak comel.
  • Novel yang tak pernah diadaptasi jadi drama atau movies. *aku memang kurang berkenan*

                Yeah..aku tahu itu salah satu cara nak buat novel tu jadi laris , tapi aku jenis yang bila baca novel, aku takkan tengok drama dia. And kalau aku tengok drama dia dulu *sebab hero dia Adi Putra* , then aku takkan baca novel tu. Haha. Pelik ke weh? 

Aku bukan jenis ikut trend yang...

'Ohh.. drama ni diadaptasi dari novel la. So, lets grab the novel!'. Oh man , aku bukan macam tu.

Dalam list aku ni dah ada dua buah nama novel yang cadangnya nak beli. Tapi, manalah tahu kot ada yang lagi gempak, best, feeling tangkap leleh.

Novel yang sedang dalam pemerhatian ;
Eksperimen Cinta
-          Haritu lepas baca sinopsis aku terus catat dalam memo fon ; Macam best jeee..hewhew

Perempuan Lindungan Kaabah
-          Terbaca review dari seorang blogger pasai novel ni. Cara blogger tu review membuatkan aku nak beli novel ni. Hehe.

Lately terasa nak sangat baca novel yang even kahwin paksa, tapi masing-masing ada sikap kebertanggungjawaban dalam memikul tugas masing-masing. Tak kira lah kau suami atau isteri.

#note : Aku ni bukannya kaki novel , hanya novel yang betul-betul best je aku baca. Novel yang ada ciri-ciri aku suka lahh. Bapok cerewetnya aku. Hehe.

The Fault In Our Stars - John Green
Nak yang ni jugak. Hehe. Selalu nampak kat weheartit , so terasa macam nak baca jugak.

Drop komen and share lah nama-nama novel yang korang rasa sangat berbaloi untuk dimiliki.
Sharing is caring u olls!! Katanya...
Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

Cik Nur Shaz. said...

assalamualaikum , shaz ada beberapa novel yang nak recommend kat sis :D
1)Aa+Bb krya Hlovate , gaya penulisan dia best sangat , santai aja :D dah 4 kali saya baca novel ni tak bosan2 :D **ada part kawin paksa . hehe

2)13jam A380 karya evelyn rose , novel ni saya sempat baca on9 saja so tak habis baca lagi . memang best jalan cerita dia . :)

so happy reading :D :D

Nurul Syahada said...

Eksperimen cinta macam best. Seriously dah lama tak sentuh novel. So agak ketinggalan .tak tahu novel terbaru apa. Hihi

mama amir said...

mungkin boleh consider buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'...seronok juga buku tu...^_^

Izzati Amira said...

@Cik Nur Shaz.

pernah baca yg 5 tahun 5 bulan punya. best jugak !!
thanks dear <3

Izzati Amira said...

@mama amir

woo.. thanks!! (:

zakira afina said...

eksperimen cinta memang best, tak nafi. haha. then, try bace yg hlovate tulis hehe :D

Nurulee said...

hahaha ee pun bukan kaki novel. banyak kali kengkawan cuba paksa suruh baca novel. 1 bab pun belum tentu baca sampai habis. tapi ada satu satunya novel yang ee baca sampai habis. perghh menangis baca. novel Andai Itu Takdirnya. hahaha. semua sebab kakak yg suggest.

Amanina Mads said...

selalunya kalau dh baca novel tu dan akan ada drama bleh tgk. tp kalau dh tgk drama tp bru beli buku memang tak la. hehe. malas nk baca

Akeyla Azmi said...

omg yes yes buku john green tu qila tak beli lagi hm :(((

Akeyla Azmi said...

and sama lah. qila menyampah buku yg trending lepas diadaptasi hahhahha

Anizz Annisa said...

cube bace novel dia imamku n cerita cinta ammar..mesti best punye.. :)

Izzati Amira said...

@Nurulee

hahah. yeahh Andai Itu Takdirnya.. (:

Izzati Amira said...

@Akeyla Azmi

nanti kita beli ye..hehe

Cik Flowerista said...

Beli karya Hlovate. Tak rugi.

Iklan jap:

Nak beli nail polish halal? Bukan inai handmade. Ni Tuesday In Love punya. Boleh bawa wudhuk dan solat. Boleh peel off bebila masa je. Visit ig flowerista.

http://instagram.com/p/ljxAu7yMPx/

Sasha said...

Don't think I am able to leave a comment in the cbox, so I'm here. Nuffed.

Anonymous said...

Saya suggest baca Eksperimen cinta. Jalan ceritanya mmg best

Farisha said...

assalsm kq.sy syorkan akq beli n bca nvl i love u stupid,my precious iris n awak suka saya tak?semua best kq...mmg x rugi klau akq bca.penulis dy melur jelita

a.