HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, March 17, 2014

Review : Drama Jepun

Hola hola.

Hari ni aku nak buat review sikit ah sebelum aku start nak buat revision bukak buku kononnya *bukak sekejap pun jadilah!*

Selalunya hujung minggu atau hari-hari biasa yang takde banyak kerja sangat aku akan layan drama. Memandangkan drama-drama korea yang aku suka dah habis tengok, sekarang ni aku start layan drama jepun laks. Woho. Aku copy dari budak level je. Tak kuasa nak download semata, ngah ngah. Itu lah kelebihannya ada levelmate dengan collegemate. Boleh tukar-tukar movies dengan drama. Heee~

Aku bukannya penggemar drama-dari jepun sangat sebab mostly aku tak suka style rambut para hero dan heroinnya. Gaya 'kawaii' dorang tu aku tak bape berkenan. Tapi dua buah drama yang aku tengok ni lain sikit dari yang biasa. Agaknyaaa laaa...

Awalnya aku pilih random je tajuk-tajuk drama ni , asalkan cerita kena mengena ngan budak sekolah aku layankan aje.


Seigi No Mikata a.k.a Ally Of Justice.

Sinopsis sendiri ;

Yoko (budak baju sekolah) seorang pelajar sekolah dan adik yang patuh pada perintah kakaknya , Makiko. Makiko ni bekerja dengan kerajaan dan dia ni memang seorang perempuan yang cantik dan bijak. Makiko ni selalu suruh Yoko buat itu ini untuk kepentingan diri sendiri tapi at the end, benda yang dia buat tu walaupun hanya untuk diri sendiri orang sekeliling dia mesti dapat benefit dan membuatkan dia digelar sebagai ‘pembawa keadilan’.

Yoko selalu rasa annoyed dengan sikap ‘pembuli’ kakaknya tapi nak tak nak dia tetap kena ikut arahan Makiko. Bagi aku cerita ni takde lah macam buli teruk-teruk, biasalah adik kakak kan. Tapi serius cerita ni lawak. Walaupun kakak dia selalu buli dia, seburuk-buruk Makiko, Yoko takkan bercerita buruk pada orang lain.


Kehidupan seorang adik yang normal sering diganggu oleh kakaknya, sampai Makiko selalu suruh Yoko untuk cari segala maklumat dan usahakan apa-apa sahaja kehendak Makiko supaya tercapai. Yang bestnya, semua benda yang Makiko cakap semua logik and timing dia sentiasa tepat.

Suami Makiko sumpah hensem gilaaa.. Dah La baik...hensem pulakk.
Satu lagi.. Kawan Yoko tu muka dia sama dengan Infinite L. Hensem weh.
Banyak moral yang boleh dapat dari cerita ni.

Yoko dengan Makiko ni dapat awards pelakon terbaik tau. Sumber : Wikipedia.

Rates : 4.8/5


Yukan Club.

Bila nampak tajuk je aku dah tahu ini cerita pasai budak sekolah. Yukan Club dianggotai oleh 6 orang pelajar sekolah, 3 lelaki 3 perempuan. Masing-masing mempunyai karakter unik yang tersendiri. Dorang ni memang siap ada bilik khas bagai untuk berkumpul and mempunyai ramai peminat tak kira lelaki atau perempuan. ‘Segala misteri pasti akan dirungkaikan oleh Yukan Club’ , lebih kurang macam tu lah misi dia.

Apa-apa yang pelik je di mata dorang, mereka akan bergerak bersama-sama dan selesaikan masalah tersebut. Setiap episod ada bermacam-macam kes, and serius ah cerita ni memang lawak.


Drama ni pun pernah dapat award, Best Actor, Supporting Actress & Best Drama.

Rates : 4/5

Dalam sehari tu aku boleh habiskan 2-3 movies non-stop. Sebab dah addicted sangat nak tahu cerita seterusnya dan seterusnya. Hehe.. Tapi aku tak buang masa macam tu je. Aku buat macam ni..



Buat notes kat lappy sebelah, yang kecik tu untuk drama. Sambil buat sambil tengok drama. 2 IN 1 gitu. Heheh.

Dua-dua buah drama ni aku copy je dari member.
Selamat menonton.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

20 comments:

Rubiatul Adawiyah said...

haha.. amboi... bukan mainn.. tengok movie 30minit, taip 10 minit kan?? haha .. da biasa tu.. kita pon selalu buat ^^

zakira afina said...

good idea. sambil menyelam kita minum air haha :D macam comel je cara tuuu.

Tashira Sha said...

nanti nak try tengok lah. anyway cer tengok drama korea emergency couple pulak. best :D

Puteri said...

Kita ada baca satu komik yang jalan cerita dia sama macam Yukan Club tu. hihi

Ecah Ciey said...

download drama tu drpd mana? boleh bg links ? TQ :D

Farah Arina said...

yang yukan club tu macam best.
pssstt, new header eh? ;)

QilaDira ^^ said...

Yeayyy review drama jepunnn! Nak tgk cite Jepun tp setiap kali sy pilih msti cite tu tk best. Wkwkwk lepas exam janji tengok.

Yang paling best, buat nota smbil layan drama. Terbaikkk! haha

Izzati Amira said...

@Rubiatul Adawiyah

erk? mane ade. HA. HA. HA (:

Izzati Amira said...

@Tashira Sha

kalau berkelapangan kita tengok lepas final. thanks (:

Izzati Amira said...

@Ecah Ciey

copy dari member je dear. sorry (:

Izzati Amira said...

@Farah Arina

psst, thanks ah sebab perasan kita pakai header baru. hehe

Izzati Amira said...

@QilaDira ^^

serius dua cerita ni tak mengecewakan. gelak2 punya lahh!! jamin. hehe.

Akeyla Azmi said...

qila rasa paling best detective conan lah hihihii
eh takde kena mengena hahahha.
thanks sis share ni heeheheh <3

Azie Azra said...

suka seigo no mikata. kakak dia tu bhahahaha no komen. npe tade 2nd season ke ek

Miss Boo said...

heheheee... tym study dlu2 pun slalu wt mcm ne... :P

Santan Manis said...

mcm best saja cerita ni. :D lama x singgah sini, jenguk2 shbt lama :)

http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/blog-santan-manis-masuk-majalah-remaja.html

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

waaahhh! zati macam tau2 je hazy tgh cari cerita jepun. boleh tgk ni !!

Muhammad Taufiq said...

Suka sangat baca blog awk :) baru-baru ni saya ada buat blog, jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com

Siara Elina said...

sambil menyelam minum air. haha bijak2

ejulz said...

mcm best jer citer ni dik.. :)