HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, April 30, 2014

Alkisah jam tangan dengan personaliti diri


Assalamualaikum w.b.t

Dah makin kerap pulak aku nak share benda-benda yang berkaitan dengan personaliti diri kat sini kan? Lulzz , aku share sebab.. bila aku baca je pasai ni... 'pekk' , terkena kat batang hidung sendiri. Miahahah. So, aku suka baca reaksi korang melalui komen-komen yang korang selalu bagi kat aku. Appreciate sangat!

Setiap orang ade dua cara je nak pakai or gayakan jam tangan kan? Sama ada di tangan kanan atau di tangan kiri. Jap... ade ke yang pakai kat leher atau kat buku lali? Mak ai, advance benau kau Jah. Kalah aku.

Benda ni pun kawan aku yang share dekat fb (rajin betul aku scroll TL) , benda yang relate dengan aku mestilah aku nak baca , ye dok?

Orang yang memakai jam di tangan kiri.

  • Hatinya lembut
  • Anginnya cepat panas & cepat sejuk.
  • Suka bergurau dan membuat lawak 'kurang bijak' , kang cakap *bodoh* kau hangin pulak!
  • Sentiasa tersenyum walaupun bermacam-macam dugaan yang datang.
  • Pantang dicabar dan fikirannya sangat sukar difahami oleh orang lain (sikap yang aneh)
  • Bila dia marah , semua benda kat sekeliling dia hancur aarrr. but....but... dia akan marah dengan orang yang buat 'hell' ngan dia je la.

Orang yang memakai jam di tangan kanan.

  • Keras kepala ( ketegaq )
  • Kuat memberontak.
  • Tak suka orang mengarah dia.
  • S.E.T.I.A
  • Hati kering ( tak kisah sangat apa yang orang dok cakap pasai dia )
  • Garang tapi MANJA. ( dengan orang tersayang katanya )
  • Suka menyendiri bila dia ada masalah.
  • Suka tolong orang dalam kesusahan.
  • Pendiam ( tapi bila dah rapat , lawan ngan burung murai , dia menang la bro! )
  • Pantang dicabar.

Orang yang tidak memakai jam tiada dalam list. Kalau yang suka pakai jam kat tangan kiri dan kanan tu , dua-dua ciri di atas adalah milik anda. Tahniah.

Memandangkan aku ni lefthanded jadi aku ni pakai jam tangan belah kanan la. Ciri-ciri baik tu betui sangat lah kena dengan aku , tapi yang ketegaq pemalu bagai tu macam betul gak. Haha.


Bukan apa , nak habaq jaa , kalau rasa nak bagi aku jam tangan , tolonglah bagi yang macam kat atas ni , cheq berkenan la. Kalau malu nak berterus-terang , hantaq la mesej kat wassap ka.. inbox ka.. for free la noh. Hehe. *gurau gurau*

Jadi korang ni golongan yang mana? Betui dak apa yang dia cakap tu? Hee~


Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

42 comments:

Cik Yaya said...

left handed jugak ke..samelah yaya..hehe ciri2 tu...ermmm? adela sket..haha ;p

Puteri said...

saya dekat tangan kiri. hihi semua betul ! hahahaha

EirAh SyAzIraH ✿ said...

iraa selalu pakai jam tngan kanan,, dan mmg sebijik dgn perangai irah tuu

Syazwani Yazid said...

kita pakai tgn kanannnnnnnnnnn

Nurul said...

K nrl pakai sebelah kiri... Adelah yang betul, ada jugak yang tak... :)

Niena Reen said...

Saya pakai tangan kiri and memang semuanya betul.. Hehe.. :D

Affy Afiqah said...

selalu pakai tangan kiri, rasa tak selesa pakai tangan kanan sebab tangan kanan banyak guna untuk menulis..terganggu rasa ahahaha

zakira afina said...

sy pun lefthanded tapi sy pakai belah kiri jugak. tapi ciri-ciri tuu mcm sebaliknya je haha xP

Izzati Amira said...

@Cik Yaya

yeayy, sep sikit. tp zati lefthanded bila menulis je.. dgn tertukar sudu garfu. hee~

Izzati Amira said...

@Puteri

hahah, happy nampak. suka tang hati lembut tu ke? hehe

Izzati Amira said...

@EirAh SyAzIraH ✿

samalah kita iraa oi. ngee~

Aisya 사구라 said...

saya pakai dekat tangan kiri and guess what??? semua ciri tu ada dekat saya >.<

Iola said...

Hihi saya right handed... boley la..ada la yg terkena..hehe

Jemput ke blog♥♡
iolacaviarofficial.blogspot.com

Tashira Sha said...

sy guna tangan kanan. and yes kuat memberontak. especially kalau ada org suka mengarah itu ini. -.-

Tashira Sha said...

sy guna tangan kanan. and yes kuat memberontak. especially kalau ada org suka mengarah itu ini. -.-

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

zati ! ada certain yang terkena hidung. tapi ada jugak yang tak =D

Anis Aisyah said...

kasi gmbr jam yg mahal xD akak belanja ek

Nurazlan Azmi said...

Alan pakai jam sebelah kiri...memang betul apa yang ditulis >-< hahahaha

Dyra Baharudin said...

HAHAHAHAH ! 100% betul yang tang pakai jam tangan kiri tuu .

Shiro Usagi said...

casio :o whooaah X3

Nurhafzhan The Rauf said...

Wah ciri ciri pakai jam tangan belah kanan tu dah sama dah ni

Lee Wa Wan said...

wan tak pakai jam...rimas...ahahahaha

nabella said...

ehhh samaaa lahhh .saya tangan kiri jugakk hehhehe happy blogwalking :)

fnadhrah00 said...

erk.sy lefthanded sbb tu pkai belah kanan. ahaha kite sme kak .
tp ciri2 die tu mcm jauhh je rse >_<
haha.hti kering.alahai

Detective Fiqa said...

df tangan kiri. dan jugak tangan kanan jehehe

Sharifah Syahirah said...

saya pakai dekat tangan kiri. tapii sebab nak menulis rasa rimas ada jam tangan dekat tgn kanan. ahaha

cik lisa said...

sebelah kiri, muehehe, bila dah 'naik' memang sume hancur, ahahaha

Aqilah Azmi said...

heee qila pakai kiri hihihi

Nadyya said...

kite kanan. ekk semua betol! terkantoi pulak. hahahah :p

Fhatin Amelia said...

kita serupaaa la! memang cek ketegaq pon... hihi

Mira Kagimoto said...

mira pon pkai jam dkt tgn kanan..
semua ciri2 tu ade, hehehe :)

stop by dkt entry blog mira ye
http://giragiraromantic.blogspot.com/2014/05/jelita-1997.html

sYiRa LoKMaN said...

gambar2 dlm blog ni..cantik ! suka ^_^

Thirah Radzi said...

bukan lefhanded. tapi pakai jam tangan kanan. hehe. ada laa ciri ciri tuu sket.

Anis Adnan said...

tangan kanan, ada la kena sipi-sipi :3

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Lia dulu tangan kanan, skrg kiri... sbb susah menulis bila pkai tgn kanan. hoho.. tapi2, ade skit dkt list tgn kiri, ade skit dkt list tgn kanan punye ciri2 ade kt lia.~ hek??

::tHe sHaDoW:: said...

Saya bukan left handed tp mmg saya seesa pakai belah kanan. So far semua tu betul cuma no 5 bkan hati keqing tp lebih kpd x heqan dan x ambik dulik psai semua tu. Haha

Fara_nym (Farahanim) said...

Uih uih.. betoi la! kena kat kita! Fara pakai jam belah kanan eventho right-handed~ :D

Syima Kamal said...

dik... sama la kita.

akak pun kidal.. kita geng...

Qyya said...

Same!!! mesti pakai belah kanan. Kalau pakai belah kiri rasa something wrong ja. Lagipun sunat dahulukan yang kanan kan..

Farah said...

Rasa macam betul pula bila baca. Saya pakai jam tangan kiri.

Sabrina SA said...

ina pakai jam tangan kanan kiri sbb ina tulis pakai tangan kanan ^^

Junkyo Hikari said...

Misaki tulis pakai tangan kanan and pakai jam pun tangan kanan XDD kalau tak selesa masa nak tulis especially time exam baru tanggal jam XDD