HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, April 10, 2014

Citer-citer movie : Captain America , The Winter Soldier

Lendu Widow : The Summer Fighter *aceceh*


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum menghabiskan hari-hari terakhir di bumi Lendu, aku ikut macek-macek jenjalan Jusco , katanya nak tengok wayang Captain America , aku ikutkan aje. Jadi kami semuanya berlima.

Taraa...


Memang kami berlima tengok wayang , tapi aku dengan Erra tengok yang biasa punya , tiga yang lain tengok 3D. Disebabkan yang tiga tu yang tukang beli tiket wayang, so dorang dapat student price. Ishhh, tak aci betul. Aku ngan Erra kat tingkat bawah nak pos barang. Hmmm. Sokay lahh.


Tu diaaa.. Ekcely aku bukanlah kaki wayang yang suka tengok citer omputeh , tapi memandangkan dah takde citer lain yang best waktu tu. Aku ikutkan aje.

Disebabkan aku tak pernah layan sekuel-sekuel yang sebelumnya , aku datang tengok dengan minda kosong yang tak tahu apa-apa langsung pasai Captain America ni. Yang aku tahu masa tengok The Avengers kat lappy, tu pun sebab aku lebih fokus pada Tony Stark. Yahaha~

Review dari aku ;
Dimulakan dengan kisah Captain America atau orang panggil Cap @ Captain ni ada misi dengan Black Widow atau Natasha dengan rakan seperjuangan yang lain nak selamatkan orang-orang tawanan dari sebuah kapal besar. Semasa menjalankan misi , Natasha sempat mencuri data dari sistem komputer dalam kapal tersebut untuk Nick Fury.


Tu la Nick Fury , aku rasa dia bapak segala bapak atau ketua The Avengers tu kot. Iron Man dengan Captain America ni under dia la. Banyak rahsia katanya.

Pastu , data yang dicuri Natasha tu tak dapat diakses and masa tu lah munculnya musuh yang nak bunuh Si Nick Fury ni. Bagi aku , start dari awal musuh nak bunuh dia sampai la dia selamatkan diri lari bawah tanah semuanya gempak. Teknologi dia memang tak boleh kalah! Kereta dia yang nampak biasa-biasa tu bagi aku sangat mengancam. Lelong kat gua boleh tak Nick? Aku kenal kau per.. kau je yang tak kenal aku. *pui*

Tak lama tu Nick Fury disahkan mati sebab dah teruk sangat keadaan dia. Dia mati di pertengahan cerita, tapi aku pikir ianya tak logik, sebab dia kan bos. Mana boleh mati. Nanti mesti buat comeback di saat-saat akhir. Haha. Korang rasa aku betul tak? *pi tengok movie dia sana*.

Orang terakhir yang melihat Nick Fury sebelum dia mati adalah Captain America , disebabkan itulah Si Cap ni diburu oleh rakan seperjuangannya sendiri. Story dia nak habaq pasai sejarah atau nak selamatkan S.H.I.E.L.D dan nak musnahkan HYDRA yang bagi kesan buruk pada penduduk bumi. 

Bayangkan , satu per satu cuba kepung korang dalam lift , agak kau boleh selamat tak?


Korang rasa Captain America boleh selamat tak? Pi tengok sendiri okay.


Ni namanya Falcon. Atau Cap panggil dia Sam. Mulanya dia ni rakan jogging tepi air pancut je, tapi sebab Sam ni dia boleh buat kawan and dia percaya Cap ni tak buat jahat. So dia sudi tolong Cap. Aku suka watak dia sebab watak dia kelakar sehh. 

Tak menahan scene akhir-akhir dia nak menyelamatkan diri dari bangunan runtuh. Dia suruh Nick pick up dia dari Tingkat 41 guna helikopter, tapi sebab Nick tersalah sikit then Sam ni marah. Nick marah balik , "Memang dekat luar bangunan ni ada tulis nombor Tingkat 41 pun!". Haha. Itu lawak.


The Winter Soldier. Watak penjahat dalam citer kali ini (yeke?). Sangat kuat, gagah dan pantas. Mulanya aku ingatkan dia perempuan sebab pakai topeng and badan cam kurus sikit. Tapi bila da bukak topeng tetiba body dia nampak sasa pulak. Haha. Nampak handsome bila pakai mask. Dia ni ada relationship dengan Captain America dulu dulu. Nak tahu sila pergi tengok wayang sana.

Others :
Keseluruhannya.. disebabkan aku ni tak tahu sangat background superhero dari Marvel ni, aku cam pelik sikit dorang ni datang dari abad mana? Asal tarikh lahir dorang dah berabad lamanya? Tak pernah tua eh? Apa dorang makan? Suntik macam Conan jugak ke? Persoalan yang aku lupa nak tanya kawan aku.

Asyik sebut pasai Tony Stark je, ternanti-nanti jugak aku kot-kot Tony muncul ke hape, boleh jerit aku dalam panggung sebab ye ahhhh.. Tony dah musnahkan semua barang dan teknologi dia dalam Iron Man 3 kot.

Lepas tengok movie ni, baru aku sedar betapa bergunanya besi yang diusung kehulu kehilir oleh Cap. Piring besi dia tu kukuh dan gagah jugak. Hehe.

Conclusion :
Review yang agak hampeh dari aku. Aku ni bukan jenis fokus sangat pada jalan cerita. Asalkan ada scene lawak yang menghiburkan hati, bagi aku cerita tu dah best sangat dah! Cukup best asalkan ada lawak-lawak. Haha. Tapi aksi tumbuk, lawan, tembak menembak best la bagi aku. Beza tau kalau tengok kat panggung berbanding tv atau lappy.

Rate : 4/5

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

Iola said...

saya pun dah tengok. awesome ! hehe..saya peminat superhero marvels

Farah Arina said...

farah tak berapa suka sangat tengok movie yang jenis macam ni. hehe

Aya Zuki said...

saya ni jenis yg susah nk tgk cerita..kalau tenok pon cerita melayu..korea..semua jiwwang2..x mencabar minda langsung..haha citer omputih sangat jaranggg tengookk.. melainkan titanic, twilight..ok fine jiwang semua haha

Budak_Nerd said...

err,, kelihatan monopod di situ ,, :D

Akeyla Azmi said...

heeeeeeee qila senang cerita tak tengok lagi ekeke.
TT_TT

tapi captain america best kan ihihi
qila kureng typical cerita cintun melayu hewhew. so tengok english je lah ekeke.

betul. beza tengok wayang n lappy hihi

ezyra daniel said...

tak minat cte macam nie hehe btw klik kat sne 1x^^

Bahrain said...

Dah tengok cerita ni, memang best filem ini, sepertinya ada sambungan untuk filem ini.

Atikah Sismoon said...

hai dear...ika done follow awk..n this is firstime dtg rumah awk ni. ni ika nak menjemput datang 'rumah' sebab ada buat contest. jemput join ye..ajak kwn2 sekali =)

**Menangi Topup RM20 (maxis/celcom/digi) dan buku Mudahnya Menjemput Rezeki dengan join contest ni :
http://mynameika.blogspot.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

Nurulee said...

memang best captain America. kapten rogers. aghhhh chris evans is mine <3333 hahahaha.

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Akak pun dah tengok movie ni... Memang best. Tapi ada sambungan plak kan. Last scene movie tu, keluar pedang adik Thor tu, nama apa ntah...lupa daaa.

Lepas ni bersambung, combine dengan Thor lah plak.
*Singgah menabung mr.nuff. Boleh klik balik sini: Internet Is Your Life | Lisa Surihani Teaches Abour Hygiene | Levi's Keep Cool .TQ.

eyqa yushaiza said...

omee.. dah tengok dah kat wayang hari tu. iollss minat gila dengan watak falcon. smart gila :DD