HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, April 21, 2014

Citer movie : Eiffel.. I'm in love

Assalamualaikum w.b.t

Cerita ni dah lama dah , tapi baru tahun ni aku rasa nak tengok. Dulu aku tak layan indon sangat sebab selalunya drama dia buat aku menyampah dengan sinetron yang tak sudah sudah. Pah tu, kalau movie dia mesti banyak citer hantu and 18+ . Faham  lah ye , masa tu aku under 18 lagi , kahkah *tetibe*

Aku rasa macam dah layan semua movie korea yang aku rasa best , thailand dengan jepun. So, aku ubah arah sikit la sebab aku teringatkan cerita Ada Apa Dengan Cinta? yang pernah famous masa aku kecik-kecik dulu , and aku tak pernah tengok pun movie tu. So, start je study week lepas, aku dah start download.

Masuk kolej, lepas habis satu paper, malamnya aku akan layan satu movie. Nak dipendekkan cerita , aku layan Eiffel.. I'm in love sorang-sorang , mmmm aku rasa kalau korang suka tengok citer yang bergenre  romantik komedi ni, better tengok sengsorang lah kot. Feeling dia over sikit , muahaha.


Sinopsis : 

Mengisahkan Tita ( Shandy Aulia ) yang berusia 15 tahun , hidupnya masih lagi dikongkong oleh ibunya. Nak pergi sana tak boleh, nak pergi sini tak boleh. Satu hari , mak bapak Tita ni suruh jemput kawan baik mereka di lapangan terbang bersama anak lelakinya , Adit ( Samuel Rizal ) yang datang dari Paris.

Tita dapat tahu bahawa dia bakal dijodohkan dengan Adit oleh kedua orang tuanya. Dia jadi bingung dan resah sebab dia sudah pun ada teman lelaki yang bernama Ergi. Seboleh-bolehnya dia tak nak dijodohkan dengan Adit sebab dia sayangkan teman lelaki dia.

Sebenarnya Adit ni dah lama suka dekat Tita since dorang kecik lagi , tapi Tita tak pernah sedar and tahu pun yang Adit ni sukakan dia. Jadi , Adit minta tolong kawan baik Tita , Uni untuk membantunya memenangi hati Tita. Adit dan Tita ada buat deal nak tunjukkan girlfriend dan boyfriend masing-masing semasa acara tengok bunga api. Di sana , rahsia Ergi menduakan Tita dibongkarkan oleh Adit.

Walaupun Adit ni nampak macam cengeng , tapi hati dia baik cuma dia tak pandai ekspresikan rasa kasih dia kat Tita. Selepas dua minggu berada di Indonesia , Adit dan ayah dia kena pulang ke Paris semula. Semasa detik perpisahan tu , Tita sedih sebab Adit akan pergi meninggalkan dia dan dia akan kehilangan kawan baik untuk luahkan perasaan.

Tidak lama kemudian , Tita dan abangnya ditaja oleh ibu mereka terbang ke Paris. Dengan hati yang sangat gembira , Tita tak sabar-sabar nak melancong ke Paris dan bertemu dengan Adit. Semasa di Paris , Tita yang tertidur di dalam kereta tidak dikejutkan , abang Tita suruh Adit gendong Tita masuk ke bilik. Semasa menaiki tangga, secara tak sengaja kaki Adit terlanggar sesuatu dan kepala Tita terhentak di depan pintu , bergaduh la mereka di situ.

Moment paling sweet semasa dekat Eiffel Tower... Errr, aku tak nak citer macam mana, tapi kepada yang belum tengok boleh la layan kat youtube.com atau download je , Part 1 , Part 2.


Saje letak gambar zaman-zaman muda dorang , sekarang ni masing-masing dah 30 lebih. Dalam citer ni , Samuel Rizal memang hot. Muahahaa. Aku suka suara Tita dalam citer ni sebab comel ahh. Merengek dia tu tak over. Natural gitu *muntah hijo*

Penutup :

Ada babak-babak tertentu yang mungkin korang akan rasa musykil , tapi untuk makluman, kedua-dua pelakon ni beragama Kristian , so faham-faham je lah gaya hidupnya patut macam mana kan.

By the way, masa aku tengok cerita ni, aku bagitau Mira ngan Erra, citer ni citer yang paling sweet yang aku pernah tengok. Rasa macam lagi sweet dari cerita Korea , seriously. Dorang comel sangat. Disebabkan cerita ni famous , ada jugak version Eiffel..I'm in love (extended) , dorang just panjangkan sikit.

Disebabkan dua orang couple ni femes gak , sekali lagi digandingkan dalam movie Apa Artinya Cinta? , tapi aku tak jumpa lagi link dia. So, nantilah aku tengok. Hehe.

Ada lagi tak suggestion movie yang best? Setakat ni aku dah pernah tengok..
Ada Apa Dengan Cinta?
Love Is U - Cherrybelle

Kalau yang kat TV , Ayat-Ayat Cinta dengan Ketika Cinta Bertasbih.

Aku suka tengok cerita bebudak remaja sekolah yang ada humor, tak kusut.
Share la eh.


> HERE IS THE LINK <

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

29 comments:

YaNg AyEsHa said...

cerita apa artinya cinta memang best..tapi smpai skrg tak jmpa link online dia..dulu pernah tgok sekali, mase tu sewa dvd dekat hostel uitm..hihi

Aqilah Azmi said...

heeeee. ya allah thanks share lagi 2 tu heee.
qila suka gegila cerita 2 ni aaaa <33
hehehehe
kalau philipinne yg lawak enggo cemtu ; trip.

kalau indon mmg eiffel im in love je qila tahu heee. nanti share sekali lagi tau kak hehehehe.
<3
mmg superb.
oh ya, kalau islamic ketika cinta bertasbih dah tengok no. 2 punya? Hehe.

Pastu, Tentang Dia dah tengok? Heee. lagu melly goeslow semua best nak mati kan dalam tu ish <33

Aqilah Azmi said...

berjumpa dengan mu, belum ku suka~~
sedikit pun rasa cinta tak ada~~

eh wah hahahahha.
suka suka suka cerita ni hahahaha
qila ada CD dia tp dah jahanam hahahahha best gila haritu excited ok keluar tv3 ekeke.
Pastu best kan part yg terlanggar first time jumpa tu omg so sweet aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa titaaaaaaaaaaaa hahahahha

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Dah lama juga x follow cite2 Indon. Hehehe...klu best bleh la masuk dalam list (^^,)

*Jemput join GA akak juga yer. Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday.TQ.

Izzati Amira said...

@YaNg AyEsHa

alaaa.. cmne ni? tadi da cari kt youtube..xjumpaa.. xpe, nnti cari lagi...huhu

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi

qilaaaa... akak bru teringat pasai Tentang Dia... dulu femes kan? xpenah tgok lagi.. thanks tauuuu..

Affy Afiqah said...

akk tengok cerita ni masa zaman still sekolah menengah dulu huhuhu...sekarang banyak dah ulang2 kat tv kan...

Budak_Nerd said...

suddenly it's magic ? macam best ,,, :D cerita philiphine and thailand ,, :D #marioMaurer

HaFizaH aYu said...

Pernah tgk citer ni time gedik2 dulu haha..samuel rizal hotsss giler dlm citer ni mihmih..ag satu pernah tgk citer 30 hari mencari citer??yg tu pon best jgk

Nurulee said...

tak pernah tengok pun cerita ni. ada apa dengan cinta tu best jugak. another moview yang ee rasa best. dealova. kak zati pernah tengok?

Tashira Sha said...

aaaa right now baru je habis tengok the master's sun. maklumlah,baru nak enjoy drama korea -.- haha. kite bookmark kan dulu erh kak? hehe thanks for sharing.

Izzati Amira said...

@Budak_Nerd oh myy.. mario kah? oke2 nnti kita tgok, tq

Izzati Amira said...

@HaFizaH aYu da tgok da cite 30 hari mencari cinta tu...heee

Izzati Amira said...

@Nurulee belum tgok lg Dealova tu, tp da ade dlm list nk download..heee, tq

Izzati Amira said...

@Tashira Sha

oke sayangsss. heee

Cik Nur Shaz. said...

akak :D cerita thailand a little thing called love dah tengok ? best tau . recomended kalau belum tengok . heee

Izzati Amira said...

@Cik Nur Shaz.

citer tu da tgok la syg.. tenkiu eh. (:

alongxp said...

ini cerita sangat lame ni... zaman saya muda2 nih... zaman kegemilangan keplayboyan nih... hehehehe

Atiqah H. said...

Cerita ini selalu kena pasang dekat tv3 sejak 5 tahun lepas lagi..wahahaha..dari kecik sampai ke besar..sya ingat lagi storyline dia..

Abdul Muiz said...

I recommend you these movies:
1. Radit and Jani: http://www.youtube.com/watch?v=MOnanV3Ve30
2. Laskar Pelangi : http://www.youtube.com/watch?v=lbD0j_eBV8w
3. Catatan Akhir Sekolah: http://www.youtube.com/watch?v=KUYO9iq4eZc
4. Sang Pemimpi: http://www.youtube.com/watch?v=Y32zCj5PdPQ
5. Kiamat sudah dekat: http://www.youtube.com/watch?v=WFDICbIRCSQ

Abdul Muiz said...

coba tengok ini:
Radit and jani
http://www.youtube.com/watch?v=MOnanV3Ve30

Abdul Muiz said...

@Atiqah H.
tengok jua fielm ni:
Radit and Jani http://www.youtube.com/watch?v=MOnanV3Ve30

Anonymous said...

try tgok bbrp movie lama ni yang menurut saya bagus-bagus, sila untuk informasi..

genre for children:
1. Petualangan Sherina (2000)

genre romantic remaja:
1. AADC (2002) - The Best Movie mnrt saya hehe
2. Eiffel im in love (2004)
3. Apa Artinya Cinta (2005) - kurang best
3. Tentang Dia (2002)
4. Heart (2009)
5. Dealova (2009)
6. Tenggelamnya kapal van der widjk (2013) - kisah romantis dan menyentuh tentang jatuh cinta beda suku (minangkabau dan bugis)

genre life stories:
1. arisan - berkisah tentang problematika kehidupan pribadi para ibu2 sosialita
2. catatan akhir sekolah - kisah akhir masa sekolah

genre comedy:
1. Janji Joni - kisah lucu pengantar roll film sebelum ada teknologi sinematografi digital
2. Marmut Merah Jambu

genre horror:
1. Jelangkung (2001) - full horror
2. Tusuk Jelangkung (2003) - sequelnya Jelangkung, semi horror-semi action
3. Kuntilanak 1 (2008 kl tak silap). Sequel dia yg Kuntilanak 2 and 3 tak bagus.

genre action :
1. Merantau - kisah seorang perantau mianngkabau yang bertarung demi membela yang benar.
2. The Raid


ada beberapa lain yang juga best tapi lupa, itu saja yang saya ingat dan menurut saya itu semua movie-movie lama namun recommended.

saya pecinta movie (movie lover) dan saya suka menikmati film2 lokal. kalau ada film Malaysia yang recommended, silakan share dengan saya ya untuk saling tukar informasi..

Im indonesian by the way, salam kenal ye... hehehe :-)

Merfiz Aziz said...

Aslkm, awak ada lagi x link download movie tu atau movie tu sendiri. Saya dah cuba cari, x jumpa :( ...

Izzati Amira said...

@Merfiz Aziz here u are https://www.youtube.com/watch?v=HjRmKLsnH48

syiniz 2 said...

Salam.. akak link yg akak bgi tu bukan cerita tu la.. ade link lain tak kk?

syiniz 2 said...

Salam.. akak link yg akak bgi tu bukan cerita tu la kak.. ade link lain tak kak?

Izzati Amira said...

@syiniz 2 aah laaa... cerita lain... dah cari macam2 link dah... tapi tetap tak jumpa.. sorry dear.. ;(

syiniz 2 said...

Oh ok.. takpe kak ;)