HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, April 24, 2014

D.I.Y Make Your Own Face Mist

Assalamualaikum w.b.t

Today wa nak share macam mana nak buat 'Face Mist'. Tahu kan Jah, benda tu yang kita spray-spray kat muka kasi muka nampak and rasa fresshhhh gituu.

Credit : HERE

Aku teringat satu babak dalam Secret Garden parody yang BigBang buat dulu. Daesung jadi watak mak , ambil botol spray then.. "Mmm...smell.....smell...smell.." , haha.

Yang aku nak share kat sini untuk oily skin macam aku. Sensitive and normal skin boleh google hokay. Tok sah risau sangat lah Jah, semua benda mu boleh google.

Face Mist for Oily Skin.
Credit : HERE


What you need ;
Timun
Perahan lemon
Gel aloe vera
Air bunga ros - 1 sudu


Mula-mula , potong kulit timun dan kisarkan dalam blender bersama perahan lemon dan gel aloe vera. Kalau nak boleh tambah sedikit air.


Lepas dah kisar tu , ambil kain putih yang bersih dan perahkan macam dalam gambar untuk dapatkan air dia. Then , campur air tu dengan air bunga ros dan tuangkan dalam spray bottle. Kemudian simpan dalam peti ais selama seminggu then boleh la korang guna setiap pagi dan malam.

Cara-cara nak buat Air Bunga Ros ( Rose water )
Credit : HERE


What you need ;

Bunga ros

How to do it ;

1. Mula-mula bersihkan bunga ros dengan air.
2. Kemudian rungkaikan kelopak bunga ros dan letak dalam periuk.
3. Masukkan air ( jangan terlampau banyak , cukup-cukup je )
4. Bukak api perlahan dan biarkan selama beberapa minit.
5. Tutup api then guna penutup periuk yang bersih untuk tutup periuk tersebut. Wap air yang ada pada penutup periuk tu lah mist yang kita nak. Maksudnya wap air tu kita ambil , campur dengan air yang kita rendam dengan bunga ros tu sekali. (:
6. Bila dah sejuk , ambil air dia sahaja then simpan la dalam mana-mana bekas.

Sesungguhnya aku tertarik dengan DIY kali ini , cewaahhh. Sebab bendanya mudah nak dapat... kot. Yang susah nak cari nya bunga ros tu la.


Botol spray ni aku beli kat Daiso je. Aku ambil yang besar punya besar. Sebab aku mesti rasa rugi kalau beli yang kecik dengan harga RM5. Muahahaha~ . Kat Watson pun ade gak kot botol-botol cenggini , yang kecik tapi dia provide 2-3 macam tu la.

Oke. Selamat mencuba.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

27 comments:

YaNg AyEsHa said...

maksudnya, air yg dekat penutup periuk tu saja ke?nanti cuma sembur je kat muka eh?

Izzati Amira said...

@YaNg AyEsHa

air yg kt penutup tu campur dgn air yg dalam periuk tu. air ros yg direndam tu kita guna jugak. (:

Tashira Sha said...

interesting ! kite bookmark kan dulu. thanks akak :)

Affy Afiqah said...

boleh bertahan berapa lama ekk kalau buat macam ni? i mean bukan kuantiti tapi kualiti..heeee

sebab kalau scrub yg kita buat macam seminggu camtu je boleh tahan...tu pun depends kat ingredient yg kita guna..

cik kiera said...

Wahhh, nampak mudah jer. Kiera pun mengalami oil skin... Nak cuba juga. Thanks share yer :)

Izzati Amira said...

@Affy Afiqah

kak, rasanya selagi kita simpan dlm peti ais.. boleh guna (:

Fhatin Amelia said...

wah nak try!

Nurhafzhan The Rauf said...

Wah bestnya nak try la. Nanti boleh buat acah acah cam daesung. "Mmmm Smelll... Smelll.." HAHAHA

Luna Axe said...

Waaaaaahhhh. Macam best je. Boleh cuba ni! :)

Siti Norasikin said...

bagus infonya..

Detective Fiqa said...

daesung comel lalalala :P

dilaella Ella said...

menarik, boleh try ni :)

Nurulee said...

alaaa ee dah ada face mist. tapi macam best lah kalau buat ni. hahaha =D

eintan nurfuzie said...

owh... bagus la diy ni... gerenti halal kan

mirza syazwina said...

menarik la pulak dengar...!
tulaa..bunga ros tu la kot yg payah sikit..mihmih
tapi nak try buat..hehee

Sharifah Amarina said...

Macam menarik. Nanti nak cuba :)

Kalisha Aide said...

nice diy :) thanks

Nurul Farahizzati Zakaria said...

wah.. boleh buat ni... p/s : dah klik darlie kat sini :D xleh nk mention kat cbox sebab xdpt nak tengok captcha.

Aqilah Azmi said...

kyaa face mist <333
thank u very much totally need this hehe <33

Zakiwaaa said...

Hee berguna betul. Buatlah entry diy lagi. Kita suka sangat DIY things ni :)

nur as said...

Kalau tak letak air bunga tu takpe tak? haha

Izzati Amira said...

@nur as

masa buat haritu tak guna air bunga pun.. sebab.. mana nak cari ros?? hahah

Farrah MF said...

Boleh cuba ni....nanti nak cuba wat face mist sdiri ;)

Scha Nazri said...

akk nak try rose mist nii.

Teduhan Azzahra said...

Thanks, nanti nak try insyallah :-)

QaisAisy said...

nk pakai mse ble ye??

Izzati Amira said...

@QaisAisy sebaiknya selepas mandi pagi dan sebelum tidur (: