HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, April 23, 2014

Eat Clean : Vegetable salad & salad dressing


Assalamualaikum w.b.t

Semalam dok google-google resipi salad omputih kononnya nak buat sendiri. Eh, senang per.. tak susah pun, make sure isi-isi dalam refrigerator tu penuh lah ye. Haha.

Sebenarnya nak makan salad ni mudoh je , semudah 1+2 bersamaan 3.
Tapi , kena ada semangat lah sikit macam aku ni haa. Orang nak diet kenalah makan benda-benda yang berkhasiat kan? kan? Nak pulak aku ni memang jenis susah nak turun berat badan , kata yang pakar , metabolisme aku rendah.

Meh aku tunjuk cara aku 'meragut rumput'.


Nama : Telur dua bijik bersama kawan-kawannya.

Bahan-bahan salad :
Salad panjang ( kalau suka makan banyak, letak lah banyak-banyak )
Tomato ceri
Kobis bunga
Timun jepun
Ayam - potong dadu
Minyak zaitun
Telur - 2 biji
Bawang merah *optional

Bahan untuk salad dressing ;
Minyak zaitun - 4/5 sudu besar
Serbuk basil @ oregano ( ikut sukalah nak letak yang mana )
Perahan lemon - 1/2 sudu *ikutlah kalau korang suka masam lebih*
Garam / Gula
Lada hitam
Bawang putih - 3 ulas kecil ( tumbuk halus )

Cara menyediakannya ;
1. Rebus telur dulu.
2. Sambil rebus telur , korang potong la bahan-bahan salad tu then masukkan dalam mangkuk.
3. Then, ayam tu goreng dengan minyak zaitun. Sihat gituww.
4. Untuk salad dressing , campurkan kesemua bahan-bahan salad dressing dan gaulkan.
5. Salad yang korang dah potong tadi campur dengan ayam yang telah digoreng then gaulkan sekali dengan salad dressing tadi. Siap untuk dihidang!

Simple je Jah, tak payah ragu-ragu lagi dah. Jom ler buat. Kalau diantara korang tak suka makan sayur yang aku listkan kat atas, letak ajelah pape jenis sayur yang korang suka makan. Macam aku ni , dulu memang sangat-sangat tak suka makan sayur. Nak jaga kesihatan punya pasai, ku telankan jugak Jah.

Tapi , jangan lupa workout jugak tau Jah. Maintainkan stamina tu. Takde lah kamu nampak layu je.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

Ct Aman said...

sy pon ssh trun brt badan...hurrmm....mkn salad je? blh telan tp tekak melayu klu x dpt nasi sehari....rase x lngkap..tu la kelemahannye...

Nanie said...

amboi cam sedap je...

Aqilah Azmi said...

kyaaaaaaaaaa qila pun nak kena start balik ni heeee <33
thanks share ni kak zati hm.
qila tak pernah try. murah tak sayur sayur tu hihi.
Mahal ah sayur dkt sini hahahaha

Iola said...

uummm mcm lazat saja hihi

Izzati Amira said...

@Ct Aman

tu la.. bila makan salad ni rasa macam... "nak nasi! nak nasi!"..heh

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi

kena pandai pilih aa kot. ngahngah

Hana Mohamed Sihat said...

Salam Izzati.. rasa macam nak ngap salad nih

eintan nurfuzie said...

nyum2

Mama Darwiish said...

Salad memang best....kenyang lagi menyihatkan.....tq resepi yg menarik

sYiRa LoKMaN said...

fresh and sedap !

CikLily Putih said...

cam sedap je, ok cilok resipi ek