HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, April 29, 2014

Sea of Stars di Pulau Vaadhoo, Maldives


Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa , kalau aku dah bosan tak tahu nak buat apa , aku akan stalk buzzfeed.com tengok benda-benda yang best and benda yang aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Hee~ , kalau korang ade link website yang korang rasa ohsem jugak , please ahh share dengan aku. Thank you.

Maldives. Dulu aku rajin jugak tengok drama Mexico & Sepanyol ni , kalau yang lovers dalam drama tu pernah cakap nanti nak bulan madu kat Maldives. So, apa yang aku tahu sebelum ni Maldives ni tempat bulan madu. Hahaha. Salah sebuah tempat yang mempunyai kawasan pantai dan laut antara yang tercantik kat bumi ni.

Maldives, juga disebut sebagai Kepulauan Maladewa, adalah sebuah negara pulau di kawasan Laut Lautan Hindi-Arab. Agama rasmi untuk Republik Maldives sekarang ni adalah agama Islam.

Yang ohsemnya , aku nak share kat sini adalah pasai ni.



For your information , apa yang kelihatan adalah imej cermin daripada bintang di atas, bioluminescence di dalam air sebenarnya adalah disebabkan oleh mikrob marin dipanggil fitoplankton. Kesan ini membuatkan pemandangan di pantai menjadi indah dan nampak macam dalam kisah dongeng. Subhanallah.


Gambar-gambar ini menunjukkan bagaimana luar biasa fitoplankton bercahaya di keseluruhan pantai di mana ombak melanda pasir dan mereka juga menyala di bawah tekanan, seperti apabila orang berjalan di pasir.

Hasil tindak balas kimia yang dipanggil bio-luminescence, ia berlaku apabila mikro organisma dalam air laut diganggu oleh oksigen.


Ni gambar fitoplankton tersebut.


Tetiba aku rasa macam nak terbang ke Maldives malam ni jugak. Nak tengok indahnya ciptaan Pencipta kita. Allahuakbar.

Credit : Google.com , 2, 3, 4
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

27 comments:

Lee Wa Wan said...

lawanya #mulut.ternganga

Cik Hanizk said...

allahuakbar.. tlalu ohsem! cantik sgt keindahan yg diciptakan olehNya. nice sharing :) btw, hani follow awk ye :)

Tashira Sha said...

allah,sumpah cantik gila! nak usha link tu juga lah :)

HaFizaH aYu said...

Ooohhh maldives sygnya AA dh xde route k sana if x blh bjimba2 ;-)

Sara Zawawi said...

Cantik sungguh :D
wish to go there someday :)

Farra N said...

cantiknya...mcm dlm movie avatar,pijak2 tanah ada kuar cahaya..:O

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

cantiknyaa ! teringin nak pergi sana then snap gambar banyak-banyak !

Anne Nurain said...

masya Allah, cantik sangat..
maldives sendiri dah cantik, tambah lagi dengan fitoplankton ni jadi superb cantik.. hehe..

Ain Nafisha said...

Ya Allah sungguh cantik ciptaan Allah. Cantik betul , nak pergi ke Maldives lah kalau macam gini hehe.

Puteri said...

Subhanallah. omg cantiknyaaa!

Zanizan Hassan said...

kuasa Allah..ajaib sungguh!

eyqa yushaiza said...

Subhanallah. memang cantik gila pulau vaadhoo ni kan? one of the place that i wanted to go :DD

YaNg AyEsHa said...

Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Indahnya ciptaan Allah...

cik lisa said...

subhanallah! cantik :D insya Allah, sampai suatu hari nanti. hehe

Ct Aman said...

ya Allah..subhanallah...serius cantik sgt...rase nk honeymoon yg ke duaploh kat situ...hehe....

ღ Kertas Lipat-lipat ღ said...

SubhanAllah. Serius speechless! XD cantik sangattt

ღ Kertas Lipat-lipat ღ said...

SubhanAllah. Serius speechless! XD cantik sangattt

Fhatin Amelia said...

seyes cantik gila ^^

Aisyah Az said...

subhanallah..lawanyaa.. ecah pernah tgk laut cam ni dalam citer life of pi. tak tau mmg wujud laut cenggini. AllahuAkbar

fadh leyanie said...

kalau tgk ni real depan mata lg bertambah2 kekaguman :D

Sally Samsaiman said...

marilah mari kita pergi..hahaha :D

Lieya Von Jay said...

cantik nya :)

Niyaz zara said...

pehhh ohsem gila..nak ikot zati p sana gak!!!

Farrah MF said...

indah sungguh ciptaan Tuhan.

*DiaNaDiN* said...

Cantiknya..
Kalau sampai kesana mesti lagi best ^_^*

fatin liyana said...

cantik sgtt. tergamam tgokk. nice entry akak comell :)