HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, April 15, 2014

Window shopping kat JJ Melaka.

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari sebelum aku menghadap final paper , roommate ajak jenjalan Melaka. Kononnya, lepas ni tak boleh nak jalan Melaka dah.. katanya... Dorang lah , aku tak. Aku kan asalnya duduk Melaka. So, bebudak Cheras , Johorean ngan Selangor ni lah ngajak gue ngedate *dah tetibe ngomong kayak orang indonesia , pengaruh movie kuat betul*.

Lepas ni kan dah nak bergelar warga Tapah. Sebab tu lerrrr.......

Muka baru lepas tengok wayang and lunch. Muka kelihatan sedikit aneh sebab aku rasa ada something dekat atas kepala. Ciss betul Era niyh. Dia pasang anthena kat kepala aku pulak. Tapi.. nak jugak tangkap gambar. Nak jugak! Haha.


Lepas tu pergi MIBC main bowling. Aku dengan Era tengok je bebudak ni main. Err.. gua takde bajet untuk main bowling. Pergi MIBC ni pun unplanned.


Gambar tak jelas mungkin sebab suasana kat BurgerByte ni romantis benau. Aku bukanlah peminat burger tapi rasa burger kat sini boleh layan lah kot. Patutnya satu burger tu boleh share dua orang , makan separuh je dah rasa full. Air jug besar tu Dibah ngan Mira punya hokay.

Location : BurgerByte , MITC. Depan Mydin. *baru bukak katanya*


Tadaa.. minuman pilihan ngedate dengan roommate kat Sushi King.

1..2.. pose.
Roommate aku yang suka bercerita itu ini. Since part 1 kami jadi roommate , part 2 is excluded. Yang kelakar , since most of the day kami ngedate dua orang dia makan Burger King , aku tunggu. Then, aku makan Sushi King dia tunggu.

Ada satu hari tu , mungkin aku buat salah. Ye, aku buat salah. 
Mak cik ni tegur , for the first time dia tegur aku, sebab cakap and buat benda yang tak sepatutnya.
Tapi , sebab aku dah salah, haruslah ditegur. 
Sorry deh. Thanks sebab tegur *sebab selalunya dia pun join sekaki*.

p/s : Tajuk entry , mmm. Dikatakan window shopping sebab kami keluar jenjalan tak beli pape pun. Melantak dengan berbelanja je.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

14 comments:

Nurazlan Azmi said...

wah...dah lama tak pergi sushi king >_< sedap sangat air tu....tapi lupa apa nama dia ._. ah~~~~ rindu tuna mayo dengan kanitama maki...

Detective Fiqa said...

fuyohhh selfie :P hehehe

BudakVanilla said...

bestnya jenjalan ngan kengkawan. . :D

eyqa yushaiza said...

oemmgee2.. eskrem tuu..
bestnya dapat keluar sama. taksabar pulak nak outing ngan kawan2 nanti :DDDD

Eda Johari said...

huhu, lama tak date dgn kekawan ceni.. Btw, mcm best je selfie guna benda alah *apa tah nama* tu. hehehe

Hafiza AizZawa said...

bermonopod tu... hihi... teringin pulak nk g mkn sushi..

Sally Samsaiman said...

rindu zaman belajar wooo~ sob sob

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Selamat Pagi. Singgah sambil menabung Libresse & YesToRio (^^,) Hehehe...

*Jemput join GA akak yer. Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday.TQ.

mirza syazwina said...

wah,bermonopod kemain ni..hehee
lama x g melake..:DD

Akeyla Azmi said...

ugh how i miss window shopping hiihihihi rindunya TT_TT
heeheheheh happy n comel je semua weee~~

Nurul said...

Saat yang paling seronok bila dapat jenjalan ngan kawan2...Dah lama tak rasa saat2 camni... ^__^

Budak_Nerd said...

banjir blog ni dengan air liur yang meleleh akibat melihat gambar air tu ,, :D

Nurul Syahada said...

serius best dapat hangout dengan kengkawan. sush kingg em emmm >.<

Iezwa Razk said...

Waa Sushi King tuuu.. Tak pernah try pun ekcelii..kekeke. Bestnya awok dapat hangout ngn kengkawan. Sy dah lama tak keluar ngn kawan ):