HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, May 22, 2014

Aku ni dulunya tak suka makan sayur.

Assalamualaikum w.b.t

Oh dulu masa aku kecik-kecik , aku sangatlah tak suka makan sayur. Lebih kurang macam iklan ‘sustegen’ dalam iklan tv tu lah. Bila mak panggil makan , nampak je sayur... tetiba je rasa nak pengsan. Haha. Aku takdelah seteruk macam tu , tapi memang aku avoid habis-habisan lahh.

Bapak aku , dapat tahu je anak sulung dia ni tak suka makan sayur , mula lah dia melancarkan ‘sistem paksa’ untuk aku makan sayur. Tu lah yang aku benci sangat tuuu... Budak-budak lah katekan.


Well.. bila dia dah lancarkan sistem tersebut.. aku pun ada rancangan aku jugak.. tu diaaa...

Taktik yang aku gunakan untuk elak makan sayur.

1. Bila makan berhidang , aku akan susun lauk sayur tu jauh dari tempat duduk aku. 
Kenapa? Sebab , kalau pinggan sayur tu dekat dengan aku , senang lah bapak aku paksa makan sayur tu. Paksa untuk cedok sayur tu sendiri masuk dalam pinggan nasi. Erghh.

2. Duduk jauh dari tempat makan abah.
Kenapa? Kalau aku duduk dekat dengan abah , makin senang lah dia ambil mana-mana sayur then sesuka hati dia je letak dalam pinggan aku. Which is sampai sekarang aku amalkan.. hahhha.

3. Bila sayur tu dah sampai atas pinggan nasi aku , aku akan kuis sikit-sikit then sorok belakang nasi. Haha.
Kenapa? Senanglah bila abah dah tengok kat pinggan aku tu, sayur tu dah takde. Maksudnya , aku ‘dah makan’ la sayur yang dia letak tu.. Heeee.

4. Mintak tolong mak.
Cara yang paling aku suka and selalu aku gunakan untuk selamatkan diri aku. Haha. Kenapa? Aku ni makan memang selalu duduk sebelah mak , so kalau abah paksa jugak aku untuk makan sayur. Aku letak je sayur tu kat tepi dulu... then kalau nampak abah berpaling kepala tengok tv ke hape ke , cepat-cepat aku ambil sayur letak kat pinggan mak. Happy me. Hhaaha.

Tapi tu dulu laa... masa aku budak-budak lagi.. Sekarang dah tak macam tu. Abah pun paham dah aku ni memang tak suka makan sayur. Tapi.. since 1-2 years ago , aku dah pandai makan sayur dengan ulam sikit-sikit. Asalkan bukan yang kaler hijau pokat-pokat tu. Aku pun tak tahu kenapa lidah aku tak boleh terima sawi, kailan, bayam dan seumpama dengannya.


Cuma.. sekarang ni aku makan jugak la sayur-sayur yang lain contohnya lobak merah, taugeh, timun, salad, tomato, kobis, kobis bunga, cili, kacang panjang, pucuk paku, pucuk ubi.. tu ajelah. Masih tak dapat nak luaskan kuasa penaklukan aku terhadap sayur-sayur lain. Miahaha..


Masuk dalam bab ulam-ulaman pulak... aku suka makan yang fresh aje , tak terima yang rebus-rebus ni sangat. Kurengg.. Jantung pisang sodap dehh cicah ngan sambal belacan. Boleh tahannn.

Sayur ni banyak khasiat. Tu lah orang yang selalu dok cakap , lagipun benda memang betul kan. Aku pun masih tengah dalam keadaan nak mindset otak untuk suka makan sayur lagi ni. Slow slow lahh. Hehe.

Korang lak macam mana? 
Suka makan sayur tak? 
Ke sama je 2x5 macam aku? Haha.

Credit : Semua gambar dari pakcik google.com

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

33 comments:

LydSunshine said...

Suka sayur. Tapi selected la. Sayur mcm bendi, terung tu tak suka la sebb pelik. Heheh. Yg daun2 hijau tu mmg suka terutamanya sawi, masak air letak lada hitam. Perghh.. letakkan pulak bebola ikan... perghhh..

. Nana Chibbi . said...

i dari kecik pai sekarang dah 22 tahun, segala jenis sayur semua tak makann. lagi teruk. hahahaha

Izzati Amira said...

@LydSunshine

amboi.. pergh pergh bunyinya.. hee

Izzati Amira said...

@. Nana Chibbi .

haaa.. statement ni lagi best!! ekeke

M Fizan said...

sampai sekarang tak suka. benci =p

jenguk blog saya
http://nazlifestory.blogspot.com

Rinna said...

Owwwhh tgk jantung pisang tuh sedapnyaa. bila direbus pun cicah plak ngan sambal belacan..:)

Nara Haqifa said...

Same with me. Sampai sekarang tak suka makan sayur sangat. Boleh hidup tanpa sayur. Hikhik. Anti sayur berdaun hijau. Masa kecil dulu mama selalu paksa makan sayur hijau. Tapi sekarang tak lagi. Hee

Cik Hanizk said...

hani pula paling suka makan sayur, tak kisah sayur pape, semua hani mkan.. ulam2 pun sama hehe.. hani xde mslh bab sayur ni.. :)

Amanda Suria said...

akak makan apa sahaja jenis sayur kecuali lobak dan ulam2 yang berbau...hehehhee

Asyraf Azizan said...

suke sayur dan ulam ulaman. kene dgn sambal belacan plak. pehhh

Tashira Sha said...

kalau salad & ulam kite suka. yg lain tu ermm macam kurenggg sikit. hihi

zakira afina said...

suke jee sayur tuu. hehe tapi sawi no laaaa. macam carrot, tomato, eh bayam kangkung termasuk dalam list feberet muhehe.

Khamsi Abdullah said...

Saya penggemar ulam dan lauk rebus.. walaupun hakikatnya bedal je semua. Tapi kalau ada ulam, sambal or budu dan ikan bakar..cukup dah untuk membuka selera naga saya ni! Siyes tak tipu..klu tak caye cer belanja nasi ulam..cer la cer la.. xDxDxD

qila said...

kecik2 memang tak suka makan sayur, bila dah besar nie kena makan la jugak. sebab sayur banyak khasiat ;)

Fatin Patengg said...

Err, sayur! Haha, sampai sekarang tak boleh hadap sayur-2 tu. .

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

macam sama je ayah kita ni? tangan laju je nak cedokkan sayur kat pinggan orang.
dulu hazy tak makan sayur, tapi sekarang macam zati la.. dah makan sayur sikiy-sikit . XD
ada orang perli hazy, dia kata "patutlah pendek, tak makan sayur. " agagaga. menyesal gila masa kecik tak makan sayur .

Izzati Amira said...

@Khamsi Abdullah

perghhh. kita plak yg kene belanja ye.. hehe

Izzati Amira said...

@Nur Haziqah Mohd Rosli

haha. kaitan eh ketinggian dengan sayur? hhaa

Khamsi Abdullah said...

@Izzati Amira Ehh..haruslahh

Farah Assheqen said...

hahaha .. actually , sayur ni sodap dimakan kalau kena gaya ngn cara masak dia .

tapi Cik Ziyi lagi suka makan jntung pisang wat rebus berulam dgn sardin atau budu . yummylicious ^^

Aisyah Az said...

aip aipp.. apa ni tak suka makan sayur.. common laa. haha bajet je ecah . padahal diri sndri pun picky but sayur2 ni.=p

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Suka sayur, makan nasi tanpa sayur ibarat minum air tanpa gula. Muehehehe....
Singgah sambil menabung mr.nuff (^^,)

Azhafizah Md Nor said...

suka sayur :) jantung pisang rebus cicah dengan sambal belacan memang sodap!

Lieya Yaya :) said...

suka sayur . tp tak suka sayur sawi ! hehehe . suka ulam pegaga dgn buah tomato ! sedappppp :D

Fatin Farhanah said...

suka tapi tgk mood. Kalau rasa nak, baru makan. Kalau tak, selamat tinggal 'romeo'.

dilaella Ella said...

akak suka semua jenis sayur :)

Niyaz zara said...

kita makan semua kott..hohoho tapi petola tu kurang siket sebab pahit,,,hahaha

Izzati Amira said...

@Fatin Farhanah
main dgn romeo plak dah..hahah

Izzati Amira said...

@Niyaz zara


haaa.. bru teringat petola. haha. peria pun kita tak suka makan.. hhaaha

Zierwa Zainal said...

zz mkn syur tpi memilih jgk la.. haha

ninja said...

i love brocolli !! sedapnyaaa

http://anisninja.blogspot.com/2014/05/aku-hampir-sampai-ke-penghujung-asasi.html

Eiqa Almond said...

Hahahaaahaa
ape nie ain nyorok2x sayur bawah nasi, jauhkan sayur. Kelakar laaa.
Bagus la dah makan sayur2x nie..
Rugi tau sape yg x makan..
Cuma bab ulam nie, diri sndiri pun x brjinak2x lagi, hohoo Ulam lpas tu buat kerabu baru la makan, khikhih

Nurazlan Azmi said...

sawi,kobis,bawang,salad dengan timun jer makan...yang lain jangan harap Alan nak makan XD