HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, May 23, 2014

FAQ about UiTM


Assalamualaikum w.b.t

Asalnya aku tak nak buat entry FAQ ni , tapi since dah banyak sangat soalan yang sama diutarakan kat aku , leceh gak nak jawab satu-satu walhal setiap kali nak start sem soalan yang sama je aku kena jawab.

Bukannya aku tak ikhlas nak jawab ye , tolong jangan salah faham. Cuma ada jugak soalan-soalan yang kelakar aku kena layan , serius lah soalan tu yang korang nak tanye kat aku? Err.. i mean.. kat akak?? Hahah.

Nah. Baca soalan-soalan yang pernah disoal kat aku. And mostly nya aku dah jawab , tapi nah aku bagi jawapan yang mudah lagi. Biar senang faham. Arasso? Eh.


Pasai kolej.

1. Bilik kolej dengan roommate pilih sendiri ke kak?
Setahu akak , budak semester pertama, bilik ditentukan oleh pihak yang uruskan pendaftaran korang.

2. Bilik besar mana ye?
Setiap cawangan Uitm mempunyai keluasan bilik yang berbeza. Toksah lah dok tanya bilik besar mana, katil 3 tingkat ke hape ke. Eh...?

3. Bilik tu ditentukan ikut fakulti ke kak?
Ianya random. Ditentukan oleh pihak yang jaga tempat pendaftaran. Boleh bincang dengan pihak pendaftar kalau ada masalah tertentu , kurang pasti hal yang ini.

4. Kak dalam bilik ada cadar tak? Provide iron tak?
Tak ade. Semua bawak sendiri... kecuali tilam, katil, meja belajar, kipas siling, almari dan kerusi belajar.

Pasai pendaftaran.

1. Masa daftar nanti kena pakai baju apa kak?
Pakailah baju apa-apa pun asalkan sopan. Digalakkan bakal siswa pakai kemeja lengan panjang, seluar slack + tali leher. Siswi pulak pakai baju kurung. Masa ni tak kisah kot nak free hair atau bertudung. DAN.... baju kurung tu nak pakai biru+oren pun boleh. Tak semestinya putih hitam.

Mengenai baju kurung putih hitam & MDS.

1. Baju kurung putih hitam tu kena pakai setiap hari ke kak?
Masa akak MDS dulu , pakai baju kurung putih hitam ni masa acara penutup MDS. Which mean , sekali sahaja. Hari lain pakai baju kurung yang lain.

2. Tudung pakai yang ada batu-batu boleh ke kak masa MDS ni?
Nak pakai yang lilit-lilit pun boleh dik.

3.Waktu MDS wajib pakai tudung kan?
Yes, setiap siswi wajib pakai tudung semasa MDS. Lepas tamat MDS awak boleh free hair kalau awak nak.

4. Kasut hitam?
Semasa minggu MDS korang digalakkan memakai kasut sukan, sebab waktu ni korang banyak sangat berjalan. So , tak nak lah kaki korang nanti melecet ke hape kan. Pasal kasut hitam tu nanti awak-awak kena pakai masa acara penutup.

Pasai barang elektrik.

1. Barang elektrik ni macam mana kak? Kene charge ke?
Setiap satu barangan elektrik akan di-charge rm10. Contohnya , heater, laptop dan iron.. 3 barang total rm30. Cara pembayaran nanti awak boleh tanya unit kolej. Sekali je bayar tu semua untuk satu sem. Nak jimat bayar , boleh share barang dengan roommate.

Soalan-soalan tambahan.

1. Tudung nak kena bawak berapa helai kak? 10 helai cukup tak?
Terpulanglah kepada awak nak pakai berapa helai tudung sekali pun. Selagi muat beg baju, sumbat ajelah.

2. Kat sana ade toilet tak? Toiletries kena bawak ke kak?
Kat mana-mana pun ade toilet sayang , kalau tak jumpa boleh tanya orang kat sana. Kang sesat pulak.. satu hal. Kalau tak bawak toiletries awak nak mandi guna apa? Kat sana bukan hotel yang sediakan sabun free.

3. Kediaman Lendu ni ada berapa tingkat ye sis?
Hmm.. susah nya nak jawab. Ada kolej yang 3 tingkat.. ada kolej yang 4 tingkat.

4. Tumpang tanya , harga buku teks satu berapa ye?
Nanti awak dah start belajar , lecturer akan bagitau buku apa yang awak kena beli. Waktu tu boleh tanya lecturer harga buku teks awak tu.

5. Pergi kelas pakai sandal boleh tak?
Hmmm... better pakai kasut yang tutup semua kaki. Sandal tu... boleh la kot.

6. Sabtu ahad ade kelas tak? Kalau cuti, saya boleh balik rumah tak?
Sabtu ahad tak ade kelas kecuali kalau lecturer awak nak buat kelas ganti atas sebab tertentu. Sometimes , kolej pun ade buat event. Kalau takde event hujung minggu , awak boleh balik rumah.

7. Kalau pakai skinny jeans boleh tak?
Kalau Lendu , boleh je pakai (tak tau lah kalau peraturan dah berubah). Tempat lain akak tak pasti.

8. Lepas MDS ade cuti tak?
Ade.. cuti Sabtu ahad.

9. Kenapa laptop tak digalakkan bawak waktu MDS kak?
Sebabnya, waktu MDS ni kita akan jadi sibuk nak kesana kesini. Memang takde masa nak menghadap benda alah tu semua sebab awak akan penat. Tapi , bagi yang rumahnya jauh dari kolej , bawak ajelah. Simpan barang awak tu elok-elok , sebelum keluar bilik.. almari hendaklah dikunci.

10. Banyak ke aktiviti koko-nya kak?
Seminggu sekali sahaja.


Tu diaa.. macam-macam soalan kan? So, baca lah dulu segala butir yang aku dah provide dalam setiap entry , then baru lah tanya hakak ni. Jangan tanya soalan yang luar bidang kuasa I , kang i buat donno je.

Terima kasih dan sama-sama banyak lah kepada adik-adik yang cakap entry aku pasai UiTM ni banyak membantu. Asalnya note untuk diri sendiri , disebabkan dah banyak jadikan entry tu sebagai rujukan, adalah sedikit penambahbaikan yang aku buat sikit.

Lastly , welcome to uni’s life.
Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

Farah Waheda Wahid said...

UiTM yang telah lama kutinggalkan...hu hu hu...

zakira afina said...

huhuuu walaupun tk msuk uitm tpi post akan untuk uitm punn cukup berguna utk sy. at least dh nampak gmbaran macam mana keadaan bila dah masuk belajar. muheehe, tapi ada jugak soalan pasai toilet ohhmoo :o akak jawab sempoi je hehe. terbaikk :D

Fuza Musa said...

Teringat Zaman dok ITM Segamat dedulu

miss fifi said...

uh, risau betul yang tanye pasal toilet tu :D

Tashira Sha said...

yup mmng berguna entry pasal ni kak. dapatlah tahu sedikit sebnyak pasal semua ni walaupun tak masuk uitm :3

amira azemi said...

wuuuu , hakak zati ni terer lahhhhh

Fatin Patengg said...

Lawak lah. .xD . Ada tanya toilet ada ke tak? Hehe~ Kalau tak ada, agak-2 macam mana ya? ^^,

muja said...

erkkk,, saiz bilik??? nak gi study,, kecik pun tak kish la kan,, asalkan boleh tidor -_-

cik lisa said...

macam seronok je dunia uni's ni, tak sabar je rasanyaaa, hahaha

Pretty Honey said...

thx for d info....^^

Eiqa Almond said...

Hambikkkkk..
Berderet soalann. hahaa

Aqilah Azmi said...

hmm qila ke uia T_T
heheheheh

nurerna hazwani said...

Rasanya, pihak u akan sediakan gambaran apa yg perlu kita lakukan. Bukan UITM je......mase uthm dl pun, dia ade bg tau apa yng perlu di bawak mase MHS....alahai..bukan x leh fikir kot.....segan pulak baca soalan yg kira emmm....

Anonymous said...

Kalau hari biasa pergi class boleh free hair and pakai jeans tak?

Izzati Amira said...

@Anonymous boleh (: