HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, May 24, 2014

Lidah yang jahat.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam tengok tak Ustaz Kazim Elias ceramah kat tv3?? Ada yang sempat tengok dan ada jugak yang tak sempat tengok.. Takpe takpe , nanti masuk dalam youtube korang boleh google ye. Mulanya aku suka Ustaz Haslin a.k.a Ustaz Bollywood tu.. dah lama tu mak aku kenalkan lagi Ustaz Kazim ni pulak. Oh yaaa.. Kepada sesiapa yang duduk area Masjid Kampung Pantai , Kuala Sg.Baru tu , 27 haribulan ni jam 9 malam , jom dengaq ceramah Ustaz KazimDatang ler awal sebab konfem penuh punyalahh.

Ustaz Kazim dah banyak kali datang kat area tempat aku ni , cuma sebelum ni tak pernah berpeluang pun , mak dengan abah je pernah pergi. InsyaAllah , sesiapa yang duduk area Masjid Tanah , Kuala Linggi , Lubuk China dan sama dekat dengannya , moh ler kita ke sana.

Mak cakap , Ustaz Kazim ni orang Batu Kurau. Satu negeri lah kita.. heheh.


Berbalik kepada cerita semalam.. bahagian 1 aku dah tengok last week , first time aku dengar ceramah dari ustaz melalui tv , disebabkan gaya penyampaian Ustaz Kazim ni best sangat and maklumat pun senang nak faham , sesuai benor lah untuk kita yang jahil jahil ni nak ikut.

Dalam banyak-banyak info yang Ustaz sampaikan semalam , aku nak petik satu cerita.

Mengumpat.

Dalam sedar atau tak sedar , kita ni sebenarnya suka sangat mengumpat pasai hal orang. Kenapa takde yang nak mengumpat fasal diri sendiri?

Mengumpat jiran , mengumpat kawan-kawan, mengumpat orang luar.. macam-macam lah. Dalam bahasa yang mudah faham , kata belakang.

Contohnya ; (contoh diambil dari penceritaan Ustaz Kazim Elias sendiri , contoh yang ustaz bagi best sangat!)

Situasi jiran bagi lauk.

Jiran sebelah hantar lauk kari udang kat kita , kita ambil. Pastu kita pun gaul dengan sudu nak tengoklah lauk apa yang jiran kita beri , gaul punya gaul .. sekor udang je? Kecik pulak tu!!

Mummy J : Abang , ni ha. Bagi lauk udang banyak ni je? Punyalah kedekut! *nada berbisik.
Papi G : Siapa yang beri?
Mummy J : Jiran sebelah.. *nada berbisik.

Petangnya , terus dicanang satu kampung yang jiran dia si Mami Q ni bagi udang sekor je.
Sia-sia je pahala yang dikumpul dengan berpuasa , solat sunat semua dek kerana mengumpat jiran sebelah. Yelah , kalau jiran kita tu dengar , elok sebelum ni dia selalu hantar makanan kat kita , lepas ni tak nak hantar dah.


Kata Ustaz Kazim , “Apa salahnya kalau kita bukak peti ais, tengok lauk mana yang ada, tambah kan aje dalam lauk kari tu , kan mudah. Alhamdulillah sangat sebab jiran kita tu beri kuah lebih , tak payah kita susah-susah nak menumis, letak santan apa semua.”

Lebih kurang macam tu la. Kepada yang terlepas tu nanti boleh google video nya oke.

Selalunya , kalau start je tajuk mengumpat. Semua jari dok tunjuk perempuan. Lelaki pun lebih kurang sama je. Jadi , beringatlah , tak semua manusia sempurna. Jaga mulut.

Aku ni takdelah bagus nau , peringatan untuk diri sendiri jugak. Bila start nak marah je , mesti rasa nak cakap itu ini. Tapi bila teringat balik , dosa kau yang sebelum ni dah berlambak , nak tambah lagi?  Astagfirullahalazim..

Bila rasa nak marah tu , cepat-cepat kawal diri dan stop. Sebelum tidur maafkan semua orang , mujur aku ni cepat cool , malas nak pikir sangat. Kalau rasa diri tu ada buat salah dengan orang , cepat-cepatlah kita minta maaf.


Bukannya apa , kita takut.. bila kita dah start mengumpat lama-lama ia akan jadi fitnah. Fitnah pula , dosanya sama besar seperti kita membunuh. Mengumpat ni pula , ibarat kita memakan daging mayat saudara kita sendiri. Sama-samalah kita beringat.

Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Kot ade rakan-rakan blogger yang tak puas hati dengan saya. Ade tak? Saya mintak maaf lah kalau ada terkasar bahasa ye. Jangan simpan dalam hati ye.

p/s : Cadbury Dairy Milk : Hazel Nut & Roasted Almond disahkan JAKIM mengandungi DNA Babi.

Hehe. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

sinuha said...

nice sharing (Y)

Ain Nafisha said...

Fisha ada tengok yang Ustaz Kazim ceramah pasal mulut tu dekat CH101, yang pasal Cadbury tu terkejut jugaklah masa kecik selalu makan coklat tu .

Lollipop Manis said...

dah dua kali jumpe ustaz kazim live dekat uum. mmg syok dgr ceramah dia dpn2. rasa puas. hehe.
menyumpat buat tambah pahala orang, tp kurang pahala kite.

IDAH RASHID said...

this is so true.. :)
sama2 lha kita ingat mengingatkan antara satu sama lain ^^

Tashira Sha said...

peringatan utk diri sendiri juga. hmm sedih kot dengar pasal coklat cadbury tu. erhh

Hafiza AizZawa said...

Fiza suke tgk kat maya HD.. Kalau dah jodoh.. mmg best..

Nadratul Syazwana said...

Susah nak lari daripada mengumpat ni kan? Kekadang kita borak gossip gossip pastu ter mengumpat pulak haih

Eiqa Almond said...

xde salah pape punn :)

Manusia tak lari dari kesilapan, tapi kesilapan tu kita boleh ubah. Ehh, awat ayat pelik habissss niee -,-

Aqilah Azmi said...

thanks share ni kak zati <3