HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, May 19, 2014

Mewarna? Melukis?


Assalamualaikum w.b.t

Ade yang rindu segmen DIY bersama mak Bedah ye... Sabaq naa... mak Bedah tak rajin sekarang ni.. bertambah busy katanya... goyang kaki.. scroll phone dia.. goyang kaki.. makan.. tu lah busy nya. Wahaha.

Masa zaman sekolah dulu , especially masa sekolah rendah aku memang suka jugaklah melukis dengan mewarna ni selain topiknya mengira , membaca dan mengeja.

Hanya tahap biasa-biasa je sebab aku tak pernah nak kembangkan bakat aku pun sebab ianya bukan minat yang mendalam. Hanya hobi bila aku dah bosan tahap wifi takde connection jerr. Erk.


Bab melukis ni aku kurengg sikit.. tapi handal sebab kalau tengok lukisan orang lain.. aku pun boleh buat. Kiranya bukan atas idea atau kreativiti ataupun imaginasi aku sendiri laa. Aku hanya boleh tiru lukisan sahaja , mungkin tak secantik yang asal , tapi hampir 95% adalah sama jika aku betul-betul rasa nak tiru lukisan tu. Nah , bila ade exam pendidikan seni yang bertema... aku akan cari satu lukisan.. dan boleh dapat A. Tapi aku memang KO bab melukis orang.

Bab mewarna pula aku mengaku.. handal sikit dari bab melukis. Disebabkan exam seni aku dapat A+ dalam mewarna , cikgu bawak aku dengan kengkawan lain wakil sekolah , Cikgu Munif. Masa tu darjah 3. Participate je..

Nak menang macam mana kalau setakat guna pensil warna yang kayu tu? Orang lain guna crayon... orang lain guna water color.. Nak nak kalau chinese , perghh. Aku memang tabik springg kat dorang. Bab melukis mewarna ni memang dorang lah juara. Teringat masa aku form 1 , classmates aku tu lukis air terjun yang memang superbb lah. Aku rasa kalau dia pergi jual kat galeri seni tu , memang lelong ratusan agaknya.


Berbalik kepada cerita aku.. Aku ni suka gak bertanding dengan kengkawan aku yang memang terror bab kaler-kaler ni.. rasa tercabar wehhh. Pulak kawan rapat kan.. Mesti rasa nak bersaing aje.. Tak dinafikan lahh , kakak dia pun pandai mewarna. Tupp.. bakat tu jatuh kat adik dia jugak.

Masa darjah 6 pulak , kat kawasan perumahan aku tu ade jugak pertandingan mewarna. Aku join jugak lah. Mulanya suka-suka je.. ajak kawan sekali sebab masa tu dapat peralatan mewarna yang free wehh. Kalau dorang tak provide memang aku tak masuk lah kot. Yang peliknya , ade gak budak luar masuk.. I mean.. kawasan perumahan aku tu anak-anak Navy (TLDM) je.. Setahu aku tak de chinese pun *mindset dulu la*.

Ade lah 3-4 orang budak cina yang aku nampak join sekaki pertandingan mewarna tu.. Sekali lagi.. crayon besar gedabak tu jugak yang dorang bawak.. Mana nak guna kaler-kaler yang penganjur provide kan. Masa tunggu nama-nama pemenang diumumkan.. Nah, kawan aku dapat saguhati.. Narong. Tak silap aku saguhati hanya 5 atau 10 je.. Nama aku keluar saguhati yang last sekali.. hek ala... dapat jugak lah kan. Alhamdulillah... Top 3 rasanya...rasanya budak cina tu lah kot. Jealousnya lahai.


Then , bakat tak seberapa aku ni.. aku turunkan kat adik bongsu aku.. Takdelah banyak mana dia join pertandingan mewarna kat luar sekolah.. Tapi selagi aku ada bagi support itu ini. Nah , adik aku mesti jadi juara punya .. *tengok kakak lahh! haha*

Masa tu ada pertandingan budak tadika kat Kuantan.. buat kat tengah-tengah padang MPK tu.. Depan masjid Kuantan tu kan ade padang besar.. Aku tengok mak-mak semua bagi support kat anak-anak dia letak kaler itu ini.. Aku pun tak nak kalah , nah aku kakak dia yang bagi support dan jugak pertandingan mewarna yang lain. Heeee~


Alkisahnye laa... Panjang pulak aku punya story.

Korang suka mewarna ke melukis? Aku tengok ramai nau blogger yang pandai buat doodle , jealousnya lahai. Aku hanya mampu tengok dan puji je doodle dorang yang comel tu sebab aku takde semangat nak melukis doodle.. haha.

Pics : weheartit.com
Edit : by Izzati Amira

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

35 comments:

Rina Zaidi said...

Awesome! :)

Nini Hanini said...

perghhh!! A+ mewarna???!! kira kak zati memang terer la ni bab kaler-kaler kan. Adik Nini sorang ambik seni,kalo lukis,memang nampak hidup la lukisan tu,jeles mak! XD

Muhammad Taufiq said...

Great story :)

Jemput singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Izzati Amira said...

@Nini Hanini

perghh.. yg nampak hidup lagi jeles!! huhu

Nanie said...

KN suka sangat benda2 yang kreatif sebab KN langsung tak kreatip!

RynaHakimi said...

Cantik!! Tak semua org ada bakat mcm zati :)

Diyana Hani said...

tantekkk..hani dtg sini

miss fifi said...

Fifi suke buat dua2 melukis and mewarna, but dua2 bakat ala-ala je :D *hidup ni memang tragik*

shameel Iskandar said...

cantik lukisan2 zati tu.. mmg berbakat.. Saya hnya minat menghayati lukisan tapi tak pandai melukis.

ninja said...

anis pun terer tiru lukisan orang haha.

Tashira Sha said...

kalau dalam family kitorang my mom dgn adik laky yg teror melukis plus mewarna. kalau kite ni erkkk pandai cenggitu je.

Izzati Amira said...

@miss fifi

kehidupan ni tragik ye? hahah. LOL

Semantic Sepia said...

melukis kot. tapi tak reti. kihkih

Nuriesya Nadia said...

Perrghh! Cantik!

Ibnu Ramli said...

Aku suka melukis tapi tak suka mewarna.. Ni semua lukisan kau ke? cantik2..

Dee said...

Cantiknya..kita x pandai melukis..apatah lagi mewarna..hehe

Eiqa Almond said...

kte sukeee mewarnaa.! :D
melukis kurenggg..
tp pnah try lukis gmbar hdup muka ibu, nmpak reall. hahaha Tp x ngat dah letak mne. Hilang gamaknya.

Nie mesti suka mewarna ek.? hihii

Detective Fiqa said...

hahaha relax. kita geng okay hehe

SAMIQA ♥ said...

Seronoknya tgok org pandai lukis.. sama mcm adik nurrul rajin sgt melukis... JELES taw dgn org yg pandai melukis nie.. >_<

Izzati Amira said...

@Ibnu Ramli

bukan lukisan saya.. da letak caption credit situ.. sye tukang edit je

Izzati Amira said...

@Eiqa Almond

suka mewarna kalau gambar tu menarik perhatian je.. heee

RDZ Z said...

ohsem Zati..nway kita suka melukis coz tak ada skill mewarna..

Aju Mohit said...

anak akak yg no 2 tu mmg seni orgnya, ibu dia? mmmm hahahah

Ani Ghani said...

kita pulak terer lukis je , mewarna ikut mood *eh pun boleh* haha .

Aisya A. said...

owh bab mewarna melukis ni tak payah cakap lah.. terer kot! tp terer yang nombor kat belakang sekali tu lah. haha

Puteri said...

waktu sekolah rendah, saya ada kawan cina yang memang terer gegilos lah bab bab melukis ni. jeles tengok

nana kimie said...

akak suka mewarna lagi!heeeee...tapi kalau pakai water colour memang fail..bab melukis pun sama tak pandai jugak..takdok seni orang kata^^

eh,zati duk kuantan ke????

Miss November said...

bilang cikgu seni saya . ada 2 ciri manusia dlm bab2 seni ni . yg pertama , dia hebat melukis tapi x hebat dlm mewarna . yg kedua pula , hebat mewarna tapi x hebat melukis . hehe . ^^ saya pun sama mcm kak zati jga :)minat mewarna ^^

Izzati Amira said...

@nana kimie

dulu dok kuantan.. skang duk melaka (:

Putri said...

akak x reti melukis tapi selalu kena jadi guru ganti subjek PSV. anyways akak klik 6 tabung churp2 n iklan nestum izzati

sukaxplo said...

pakcik pon minat melukis..pakcik kalau kat sekolah dulo dulo selalu dapat markah tinggi bab melukis nih. paling best hadiah pakcik dapat yelah 'water colour'. mahal oo tahun 80an dulu tuh..kui kui kui

Nurul said...

HAha... kalau k nrl suka mewarna je, xde skill melukis... :)

nurerna hazwani said...

sememangnya, masa zaman sekolah amik seni lukis.....SPM A jugak mcm Amirah...tp bile masuk matrik...lupe doh...tp warna tetap maintain....bila masuk U amik multimedia...mostly pada grafik sbb boleh lukis dan bermain dengan warna.

Izzati Amira said...

@sukaxplo

sememangnya dulu2 ni water color sangatlah berharga.. hehe

budoxe lee said...

woooow~