HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, May 5, 2014

QOTD : If I could have any job , what would it be ?


Assalamualaikum w.b.t

Dua hari tak update rasa macam... hmmm. Tak tahu dah nak update pasal ape..dulu ye lahh... kalau boleh 24 jam nak update cerita , tapi sekarang dah tak lagi.. aku pun dah berubah *haktui*

Aku ni tengah belajar dalam bidang perakaunan dan sistem. Err.. nak cakap dulu masa kat sekolah aku ni bercita-cita nak jadi akauntan lah kan. Sebab... suka kira-kira nombor atau suka tengok duit aku pun tak dapek nak pilih yang mana. Hahah.

Berbalik pada tajuk : #QOTD *ingat ni instagram* , kesah? Question of the day..ngeee~

Just a random list.. If I could have any job , what would it be? Aku rasa... rasa... rasa lah kan, aku nak try macam-macam jenis pekerjaan dalam hidup. Dipendekkan cerita , jom baca kerja yang nakkk sangat aku buat.

1. Bookseller ( Penjual buku )


Aku ni boleh dikira sebagai orang yang suka membaca jugak lah *tapi kenapa bila time belajo mu malaih nok baco buku?* ..krik krik. Buku pasai fakta-fakta ni susah sikit nak masuk , yang tu kena pupuk. Bukan apa , bila aku masuk kedai-kedai buku,

'Eh.. bestnya kerja sini... mesti hari-hari boleh baca buku.. Nak apply kerja sini la... kan bagus kalau dekat dengan rumah..'

Motifnya bukan nak kerja sangat pun , nak baca buku free je.. haha. Macam dalam gambar kat atas la kekdahnya.. haaha. Librarian pun oke gak.

2. Bakeries owner ( Pemilik kedai kek )


Aku ni kiranya minat jugak la nak buat kek ni. Tapi disebabkan aku kurang kemahiran , dapat jadi owner kedai kek pun bagus jugak kan?  Aku upah le pembuat kek yang sodap-sodap. Yang pentingnya , kek tu sedap and dapat menarik pelanggan untuk datang ke kedai aku setiappp hari. Whoahh. Motif aku nak jadi pemilik kedai kek ni sebab aku suka tengok suasana kedai cenggini. Tenang je aku tengok. Kalau ada ruang untuk tanam pokok, lagi best. Yahahaha~

3. Fashion Designer ( Pereka fesyen )


Ni semua pengaruh Project Runaway. Ini semua pengaruh.. haha. Bila aku tengok para peserta yang buat baju lelawa tu , aku rasa macam nak join jugak show tu dengan dorang. Hmm, aku mengaku lah dulu masa aku ada masa lapang and terlebih motivated lepas tengok show tu, aku terus amik kertas A4 banyak-banyak then aku lukis lah dress labuh.. macam-macam design yang tak setanding dengan budak seni lukis form 4 atau form 5 , *pulak aku ni dulu amik kos ape kan..*. Boleh tahan lawa jugak la aku ni dalam bab-bab melukis.. haha. Tapi apakan daya.. pegang mesin jahit pun dok pandai. hee.

4. Chef 


Ni memang part paling feveret. Memang aku sangat-sangat suka memasak. Tapi aku ni jenis yang masak ala-ala western food gitu. Masakan melayu tradisional ni aku tak bape pandai. Paling leceh sebab terlampau banyak bahan rempah ratus yang kena handle , aku paling tak berkenan nak handle santan. Hahah. Aku rasa aku sangat suka memasak and teringin nak jadi chef kat hotel ke.. mana-mana restoran aje lah. 

Bagi aku memasak itu satu kepuasan dan bila kau serve makanan yang kau masak tu dengan hati yang ikhlas , kau akan dapat kebahagiaan. Cewahhh.. Aku suka masak seh, aku suka masak seh.

5. Florist ( Penjual bunga )


Antara pekerjaan yang aku suka buat jugak. Hari-hari tengok bunga tak ke kau rasa bahagia??? Nak sangat belajar skill gubah bunga. Oh bunga....

6. Wedding planner ( Perancang perkahwinan )


Kerja planning-planning ni ada stressnya.. Tapi , hasilnya sangat-sangat best. Suka betul aku tengok cara dorang deco-deco ni. Kalau yang bertemakan outdoor tu serious ohsem sangat.

7. Photographer ( Jurugambar )


Antara yang top dalam list. Ggggrrrr. Antara kerja yang tak melibatkan stress mungkin? Haha. Jurugambar ni ada banyak jenis.. tapi aku rasa aku ni jenis yang suka tangkap gambar pokok-pokok , bunga-bungaan, laut.. Keindahan alam la kekdahnya... Sukaaa sangat..

8. Traveller ( Pengembara )


Adakah Traveller ni dikira sebagai pekerjaan? Kalau jawapannya Ya , kira menjadi seorang traveller ni pun impian aku gak. Siapa tak suka? Mungkin ada yang tak suka mengembara , but.. I do. Tapi secara dasarnya aku tengok ni jenis pekerjaan yang kita sendiri yang keluarkan duit , kita sendiri yang planning dan boleh dikatakan semuanya atas usaha sendiri.

Selain tu , aku teringin jugak nak bekerja sebagai pengarah filem macam Yasmin Ahmad. Aku suka tengok cerita Mukhsin. Paling suka cara para pelakon itu sendiri berlakon.Aku suka dengan cara penyampaian pengarah filem terkenal itu sendiri.

Aku rasa aku ada banyak pilihan pekerjaan yang aku nak cuba sendiri dalam hidup. Tapi setakat ni je yang aku mampu fikir, hahaha. Businesswoman , Magazine editor dan banyak lagi kot. Heee..

Korang lak macam mana?? Meh share kat sini meh. Tapi kalau korang boleh buat entry macam ni gak , inform lah aku. Mana lah tahu , korang punya lagi unik and lagi advance. Kadang-kadang ada sesetengah orang ni dia suka cari pekerjaan yang unik habis, tak pernah difikir oleh orang-orang lain.

Pengalaman mematangkan seseorang.
Jauh perjalanan luas pemandangan.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

53 comments:

Aqilah Azmi said...

omg seppp aahahah
qila puun sekarang mcm terliur je nak jadi librarian hihihi.
lagi lagi tengok luar negara punya library pergh pergh hihihi.

Eh eh kalau bukak kedai kek jgn lupa upah qila tau hee~

kalau jadi designer jgn lupa design baju untuk kita :p
hahahahah.

and and last!
kalau jadi photographer jgn lupa tabuat kita jadi model ekeke

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi

waahhh wahh. kemain erk dia.. mentang2 le bru lepas buat cookies erk..hehe

Jie said...

wedding planner and traveller. i loike! btw singgah sini

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

omg izzati ! kenapa kita macam sama?
hazy nak sangat buka kedai kek. pastu boleh makan banyak -ii !

dolu-ii pun pernah ada group design baju sendiri . hahah.

Ieka Farhana said...

dulu cita cita nak jadi wedding planner jugak tapi sebab tengok diri malas yang baik kita lupakan angan-angan sahaja hehe ..

finally ke bidang IT jugak yang dipilih sebab apa ? keje mudah menghadap komputer sepenuh masa tanpa rasa jemu .. bila dah jemu kita baling cpu hahahaha XD gurau ..

hopefully lahh kita taj buat kerja yang sama dalam satu masa .. sebab kita nak jadi penulis novel ..

miahaha panjang nya buat karangan ..btw kita follow sini

Nanie said...

KN sangat suka no 8. hehe

PirateKing™ said...

saya suka nombor 7 dan 8

Affy Afiqah said...

banyak sunggguuhhh ahahahaha

as if for me, doctor jela seumur hidup,.mmg dr kecik tu je cita2 miahahaha...

kalau pemilik kedai..so far ada online shop..tinggal nak cari kedai jdkan boutique or cafe something...online shop pun dh tak termampu..apetah lg jd owner kedai ahahahaha...

photographer and traveller tu..yes..memang sebati dalam jiwa hewhew

ada sikit laa yang sama ;)

ejulz said...

smoga impian jd kenyataan.. :)

Nadyya said...

pehhh, cheff jelaa terbaik.kihkih makan makan n makan :D

Ibnu Ramli said...

Oh best juga macam tu, menyelam sambil minum air, pekerjaan yang seronok ialah kita bekerja dalam bidang yang kita minati :)

Izzati Amira said...

@Ibnu Ramli betul tu betul. heee

IDAH RASHID said...

keje yg akak nak buat tu lebih kurang same mcm kite lah....hehe hmpir separuh sama.. angan2 tu ada, tp bakat tu kurengg pulak XDD

Cik Anis said...

salam perkenalan..Cik Anis datang isi tabung churp churp kamu ^_^

wafacw said...

Hahaha... I have to say that you are actually a very creative person... semua jobs idaman tu menunjukkan yang you appreciate arts... I can feel that you'll become a successful person one day. You know what, besides doing your DAIS now... keep these dream jobs in tact somewhere in your heart and dreams of them a lot... and i mean, a lot or like almost everyday... You'll find that you are going towards them depends on which one is the strongest desire... without you realizing it :D... Good sharing... I mean, it's great for you to share this entry... :D

Izzati Amira said...

@wafacw Aminnn..hahaha. thank you so much.yeah... i think , i am a person who appreciate arts too , heheh. thank u 4 ur supporting words. (: terima kasih..

Iola said...

bakery's owner tu memang among my side dreams haha

Lieya Von Jay said...

semua nya yang best2 ye . dan semua tu mcm idaman akak jugak .. klo xkerja yang skrg ni ^_^

Norain Yusoff said...

owh.. semua best!!
klu ain nk jdi owner butik.. so, leh jadi designer dan juga photog in the same time.. pastu memang suka travel.. ekekke

Liyliz said...

cita2 kita kan dik akan ikut peredaran masa. kita akan sntiasa cuba kenali diri apa kita minat. BTW dear akak tk da la flawless mn pun make up je tu, pakai naturactor :)

ciknadrahismail said...

saya nak jadi traveller...huhu
tp byk kena ada duit woo

bella luna said...

LOVE u blog !! kemas je. suka dngan idea2 tu.. haha . perempuan kalau boleh smua die nak bolot. multitasking kata kan .. hahaha. buat ape yg kite minat dan suka. baru membuahhasil =) bella da follow sini

Izzati Amira said...

@bella luna

haha. tq .. blog cik bella pun cantik gak..heee

Izzati Amira said...

@Liyliz

betul tu kak, setiap tahun kalau nmpk benda baru..mesti rasa nak cuba itu ini (:

Fuza Musa said...

Memang semuanya cita2 idaman
Tapi la ni dah dapat cita2 SURIRUMAH

Nadya Syamimi Mat said...

Nombor 1 sampai 8 semua saya suka ! Hehehe .#Blogwalking :D

Hazirah Muslim said...

semoga cita2 awak tercapai :)

Misz Yue said...

hyepp:)..minat awak ngn kite sama la.. ^^,/
nk jd florist, wedding planner, kje kt kdai buku sambil brangan nk bkk kafe. huhu. teringin jgk nk bt kedai buku yg ada sekali ngn cafe.ala2 2 in 1 gituu. yeah! best kn? amacam? ok x? :)

Izzati Amira said...

@Misz Yue

perhhh masyuk la idea tu. kita pun suka ade kafe ngn ruang baca buku..ngaaa~~ *berangan berangan* , heee

Izzati Amira said...

@Fuza Musa

kak, sesungguhnya kerja suri rumah adalah kerja yg paling mulia kat dunia ni kak. (:

Cik Hanizk said...

traveller pun satu pekerjaan juga... hani suka yg itu uat masa ni hehe

Anisyamir Leejo said...

Kak, sy rasakan semua list akak ni sama dgn saya XD haha kecuali bookseller. Mak aih ! I xsuka baca-baca ni. Tapi yg lain sama . hehe Nmpk tak hati kita ni sehati sejiwa ? Ngeh ngeh :D

Izzati Amira said...

@Anisyamir Leejo

tu dia... sehati sejiwa gitu,,,heee

Nor Nadia Syakila Jamal said...

eh. eh..
macam sama je pekerjaan yang kita mungkin akan buat..

hoho.
inshaAllah , teringin sangat nak jadi pengembara.. bermula bulan 12 ni -- doakan dear ~!

Aenur Nabihah said...

Hai . Awak telah ditag untuk Liebster Award :) . Sorry line saya tak okay untuk reload cbox awak :)

Sara Jungrara said...

no 1 ,2, 6 n 7 tu my dream job juga ^_^

Izzati Amira said...

@Nor Nadia Syakila Jamal

waaaa...oke2.. semoga perjalanan menjadi seorang traveller baik2 aje. (:

zana fahmi said...

Kakpb suka yg last sekali sebab apa....tak perlu tungkus lumus kat dapur...haha. Memang tu hobi kakpb sebelum kahwin. Kalau tak kahwin dah jauh perginya...hehe.

Apa2 pun boleh asalkan happy dan mendatangkan hasil. Penting sekali...ianya halal.

Hafiza AizZawa said...

kerjaya nie semua mmg nampak enjoy kan..

Cikgu Norazimah said...

bestnyer kalau boleh try banyak job kan? mmg CN nk job mcm2 cari experience, bila bosan tukar job lain ! pergh ! bestnyer !

Hashira Yusoff said...

paling best kalau dapat jadi traveller... berjalan je kerja. haha

Delimasari said...

semua mcam best

Mohd Suhaimi said...

bagusnya dah ada impian kerja yang diidamkan... Keep up the good work!

ezyra daniel said...

sama la kita..pernah berangan nak jadi bakeries takpon jual buku nie..
tapi bila belajar amek course secretary pulak ahahaha

Nurul Farahizzati Zakaria said...

1,7 & 8 jela.. yang lain, xde bakat.. hahaha...

Eellee Nana said...

hehe, suka baca buku free jugak :) tapi yana suka baca buku nutrition..hehe

Aisya A. said...

emmm kalau dah start berangan ni sampai sudah tak berhenti. haha.
nak jadi puteri raja. boleh? haha!

syafeika edora said...

Hahahaha dari dulu nak jadik guru je

Lina Kwon said...

hihi let's be allll this togetha x'D

xx
http://nothingmuchbutyeah.blogspot.com/2014/05/my-april-playlist.html

Kalisha Aide said...

wedding planner !! minat sgt benda-benda mcm ni. tapi modal kene besar kot. adoiii kene pikir dulu. hehe

Tashira Sha said...

hampir semua job yang akak senaraikan tu sama dgn job yang kite nak try. -.- berangan mmng no 1 . hahaha

Mimi Azirah said...

Cita cita dlu nk jd tentera udara tp xkesampaian..skang nk jd businesswomen n penulis novel..in shaa Allah sedg ke arah itu..

sYiRa LoKMaN said...

semuanya best2 !