HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, June 22, 2014

Jogging pagi di UiTM Tapah.


Assalamualaikum w.b.t

Haaa , semangat kau first week lagi dah ber-exercise kat Tapah. Aku pun tak sangka seawal ini aku akan mula ber-exercise sebab selalunya kalau kat Lendu dulu pun aku jogging sengsorang aje. Member semua malas jog , minum itu ini aje , kuruslah nanti. Haha.

So , hari tu Didi ajak aku jogging. Aku nih jenis suka joging lepas subuh. Sebab , lepas subuh ni matahari pun belum tinggi , takde lah rasa panas sangat. Mula-mula deal dua orang aje , then ajak roommates dia sekali merangkap Huda dengan Lily.


Muka lepas jogging. Matahari pun dah naik waktu ni. Budak-budak pun dah ada yang bergerak untuk ke kelas. Kat sini paling awal kelas start jam 8 pagi , kat Lendu dulu 8:30 pagi.

Bagi aku lah , nak pusing satu UiTM Tapah nih memang seriously besar gilaaa. Macam satu pusingan stadium lah kiranya.

Perjalanan bermula dari kolej perempuan menuju ke kolej Fasa 1 ( kolej lama ) , semput jugak sebab dua bulan balik rumah mana ada aku sambung kegiatan senam senam nih. Masa nak patah balik tu pulak , ingat nak cross kat jalan tengah aje , laluan fakulti. Tapi si Lily nih suruh jalan jauh , tambah tolak kiranya satu UiTM lah kiteowang pusing. Tak joging sangat pun , jalan aje dulu.

Si macek Didi dengan Lily ni pergi buat acara 'jalan laju' macam dalam acara sukan kat tv tu , aku ngan Huda gelak aje kat belakang. Agak dorang dah jauh tu , kiteowang pun start joging balik.. mengejar...

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, June 14, 2014

Sembang sembang drama #KTAR


Assalamualaikum w.b.t

Helo helo sapa kat sini tengok drama slot Akasia ,  Kerana Terpaksa Aku Relakan lakonan Izreen Azminda dan Amar Baharin?? Komen pliss. Miahaha. Yeah , kita kongsi minat yang sama. Tapi , aku nih jenis ada kekangan lah kat kolej.. Sini mana ada provide televisyen , so dalam bilik tu memang mengadap dinding ajelah. Nanti nak copy lah kat sesapa yang ada download citer nih. Huhu.

Sebelum ni aku layan Teduhan Kasih aje sampai habis , sebab abang Adi Putra.. haaa... kali ni layan Kerana Terpaksa Aku Relakan a.k.a KTAR pulak ye. Sebabnya?? Sebabnya heroin nya Izreen Azminda laaahh. Aku suka tengok Izreen berlakon , best. Ye , memang aku memilih sikit nak tengok drama kat tv ni.


First episode lagi aku dah terpacak depan tv. Walaupun nampak macam over , rasanya macam tak kot sebab mungkin karakter Indah Harlina memang macam tu kan , kelam kabut, banyak cakap dan comel. Miahaahah. Suka betul aku tengok bila scene Indah berangan cakap sesekor , tak malu betul. Haha. Ingat lagi masa dia tengah menyanyi kat dapur tengah basuh pinggan , over nya kemainnn. Hehe.

Amar Baharin...bab pelakon baru tak baru ni memang aku tak tahu sangat , tapi semuanya aku akan tanya adik perempuan aku. Cakap lah siapa dia , siapa itu ini semua dia tahu. Kaki drama tv lah katakan... Aku nih jarang tengok tv , so pelakon yang aku suka aje aku akan layan kat tv.


So far , novelnya aku tak baca pun lagi , dah tengok drama kat tv so macam takpayah baca novel kot. *rasa macam nak baca novel dia jugak lah , haha.* Hehe. Ohhh , Amar Baharin. Handsome lah. Rasa macam pernah nampak sebelum drama KTAR ni cuma rasa rupanya biasa-biasa aje macam pelakon lelaki yang lain.

Tapi.... start aje citer ni. Nahhh , hensem nyaaa. Suka betul Abang Zin senyum kat Indah yer. Suka betul Abang Zin lepak dengan Indah , suka betul Abang Zin tengok Indah teman dia pergi makan ye.. Sweetnyaa.

Watak antagonisnya , Wati lakonan Nadia Aqilah. Aku pun suka jugak tengok Nadia Aqilah berlakon , natural. Selebeh aje dalam drama kan? Ade banyak duit , suruh suami beli itu ini , tapi baju dia samaaaa aje dari hari ke hari. Dah la pemalas ya ampun.... Paling bengang bila suami balik rumah je , lupa masak nasi lah , penat lah, mengantuk lah ade aje alasan dia. Sakit hati betul.

Watak kesian bagi aku dalam drama ni tak lain tak bukan , Saiful lakonan Afzan A.Rahman. Ye sekarang ni memang dia tengah kena guna-guna , tapi seriously kesian gilaa kan? Macam orang bodoh, turut aje apa yang isteri dia cakap. Kalau isteri dia tipu.. tipu ajelah , tak selidik ke ape ke , percaya aje bulat-bulat. Tapi episod Khamis lepas dia dah macam start sedar yang Wati dengan mak dia ade buat something , kan? kan?

Tambah kesian lagi , bila mak Saiful dah meninggal sedihnya tengok. Bila muncul je scene Saiful ni , terus rasa sedih aje. Moga cepat-cepat lah Saiful tu bukak mata , dengan bapak Indah tu sekali. Hmmm.


Bila aku google gambar Amar Baharin ni , aku lebih suka style rambut dia dalam drama ni. Hoho.

Ape pulak pendapat korang as peminat drama #KTAR ni??? Ade rasa nak penampor Wati tak? Haha. By the way , suka tengok Indah dengan Abang Zen.. heheh.

Credit : SINI , google.com
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, June 13, 2014

Selfmade : Tiramisu

Assalamualaikum w.b.t

Aku ni asalnya bukanlah penggemar tiramisu. Dulu pernah makan , tapi rasa dia macam tak best. Dua minggu lepas , adik aku ada beli tiramisu dari kawan dia. Sedap pulak dah. Tu yang terus cari resipi nak buat tu. Aku buat ni dengan adik aku lah. Jalan cerita nya sangat dramatik okeh. Haha.

Banyak sangat rujukan blog/resipi yang aku tengok , aku main gabung-gabung aje kesemua resipi and guna bahan yang paling mudah nak cari & buat.


Rujuk Blogger Kak Ana ni. Resipi Tiramisu dia dah tunjukkan step by step yang nak kena ikut. Senang aje sebab dia dah providekan gambar dari A sampai Z . Mudah nak faham.

Kalau korang perasan , Tiramisu aku tu aku ada letakkan blueberry jem kat situ. Nak letak pun boleh , tak nak pun sedap jugak. Nak ganti jem lain pun terbaik jugak. Haha.


Ceritanya.. aku buat ni dekat kampung. Rumah Atok memang tak de kemudahan untuk aku buat benda ni semua. Kerja yang aku expect boleh siap dalam 1 jam lebih , berlarut kepada 2 jam lebih jugak la. Mana taknya , mixer dengan blender tak ade. So , aku hancurkan cream cheese yang liat tu guna sudu garfu aje. Mak aihhh, sabor aje lah.

Dah siap buat round 1 , bahan still ada banyak balance lagi. Adik aku cadangkan habiskan aje semua bahan. So ready untuk next round , nenek aku yang bangun dari tidurnya sekejap keluar dari bilik tengok kiteowang yang sedang bertungkus lumus kat ruang tamu kedua.

"Kenapa tak guna blender Atok?", soal Atok.
"Atok ade blender ke? Tu bukan blender cabai ke?", soal aku.
"Tak aih.. tu memang Atok selalu guna buat blender buah.", jelas Atok.

Dalam hati.. 'Mak aihh... kenapa la Atok tak keluar awal-awal dari bilik? Penat tau tadi.'

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.