HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, June 17, 2014

Balik rumah dengan KTM

Assalamualaikum w.b.t

Ye. Haritu balik rumah dengan member naik KTM. Waaaa.. First time nih. Kenapa tetiba nak balik rumah padahal duduk kat Tapah belum pun sampai seminggu dah gedik nak balik? Miahaha. Sebabnya jadual untuk kos kiteowang ni tak susun habis lagi. So, daripada terperuk aje dalam bilik tak buat pape , aku pun dipengaruhi oleh Dibah dengan Linda untuk balik rumah naik KTM.

Dekat aje KTM tu dari tempat kiteowang. Masing-masing dapat sit jauh sebab banyak tempat dah full.


Coach paling hujung , sit paling depan. Nasib lah sebelah aku tu lelaki India , kalau warga bukan Malaysia alamatnya aku duduk atas lantai lahh. Untung lagi sepanjang perjalanan dia tidur aje , senang hati aku. Tapi aku tetap tak boleh tidur gak. Istanbul Aku Datang yang dorang tayang kat screen pun kejap ade kejap takde je. Dah nak sampai and penghujung movie barulah dia takde sangkut-sangkut.

Perjalanan dari Tapah Road ke KL Sentral memakan masa dua jam. Oh ye.. disebabkan KTM ni berhenti dekat bawah and orang pun ramai gilaa kat KL Sentral , kiteowang bertiga naik tangga aje untuk ke atas sebab eskalator penuh dengan orang.

"Takpelah.. kita exercise..", kata Dibah.


Kiteowang naik tangga memang tak tengok atas la sebab memasing nak cepat kononnya , so naik aje lah. Dalam hati ingatkan anak tangga ada dalam 10-15 je , tapi bila dah sampai atas.. kaki dah menggeletar mak jah oiii. Hhahaah. Acano nak naik tangga Batu Caves nih? Haha.

Dah sampai KL Sentral aku dengan Dibah beli tiket ke BTS ( Bandar Tasik Selatan ) sebab kiteowang nak menuju ke tempat masing-masing dengan naik bas. Linda pulak beli tiket terus ke Nilai.

Bye bye to Linda , aku dengan Dibah turun dekat stesen BTS. Sorang beli tiket ke Muar , sorang beli tiket ke Masjid Tanah.

Aku beli tiket awal jugak lah sebab nak cepat kan , beza tiket bas aku dengan tiket Dibah dalam 30 minit je. Tapi bas aku lagi 20 minit nak sampai. Kenapa aku cerita hal ini? Sebab dalam masa 20 minit tu lah aku terkejar-kejar nak pergi beli Subway. Lahai... dengan kedainya terperosok kat dalam dibalik dinding , macam hilang arah pulak nak mencari kedai Subway.

Aku order dua sebab dah janji dengan adik haritu nak belikan dorang Subway , kat Melaka takde Subway. Dengan mengharapkan pekerja Subway tu melakukan kerjanya dengan pantas , jam di tangan sudah menunjukkan jam 3:16 mungkin? Lepas dapat je bungkusan tu terus aku berlari-lari anak menuju ke tingkat bawah untuk cari Gate 5.

*masih dalam usaha untuk mengurangkan double chin dengan pengurusan pipi , tips plis??*

Serius ahh ini semua nya pengalaman yang pertama aku buat sendiri. Dengan tak tahu ini kat mana , itu kat mana. Dalam masa yang singkat , aku kena kejar itu ini supaya tak terlepas bas.

Untunglah aku awal dalam 5-8 minit. Fhewwwwwww.... Tarik nafas panjang betul. Seperti yang dijadualkan , aku pun naik bas menuju ke Masjid Tanah. Happy me dah sampai rumah. Kahkah.. ade member yang jealous sebab kiteowang dah sampai rumah. Relax ahh geng.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

budak said...

part tangga tu kelakar. dah macam sama dengan part lisa surihani naik tangga dalam istanbul aku datang.
btw, selamat balik umah :)

zarulfarhana said...

xpernah lagi naik keretapi

aniesa ahmad said...

nak keretaapi memenatkan, tapi tetap best walaupun penat .. :)

Lee Wa Wan said...

peahhhh sikit punya tinggi tangga tu... ahahhaha

Ika Chenta said...

tak pernah naik ktm jauh2.. mesti takut n risau kn?.. hee.. :)

blogwalking sini.. :)

Mazni Munawar said...

jarang naik ktm. slalu naik komuter yg lembap tu je. hahah!

syafika ghazali said...

mane satu akk??

mirza syazwina said...

x pe..exercise sekali sekaleee..hehee
syok x naik ketapi..hehehee!

Cik Yaya said...

ok la tu..bnyk excrs kann ^,^

Hafiza AizZawa said...

boleh tahan tinggi tu.. hehe...

Nadratul Syazwana said...

Boleh imagine tangga kat KL Sentral cemana. Dulu Nad siap bawak luggage T.T

Iola said...

lama tak naik kereta api since graduate..moments i could not forget :D