HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, June 13, 2014

Selfmade : Tiramisu

Assalamualaikum w.b.t

Aku ni asalnya bukanlah penggemar tiramisu. Dulu pernah makan , tapi rasa dia macam tak best. Dua minggu lepas , adik aku ada beli tiramisu dari kawan dia. Sedap pulak dah. Tu yang terus cari resipi nak buat tu. Aku buat ni dengan adik aku lah. Jalan cerita nya sangat dramatik okeh. Haha.

Banyak sangat rujukan blog/resipi yang aku tengok , aku main gabung-gabung aje kesemua resipi and guna bahan yang paling mudah nak cari & buat.


Rujuk Blogger Kak Ana ni. Resipi Tiramisu dia dah tunjukkan step by step yang nak kena ikut. Senang aje sebab dia dah providekan gambar dari A sampai Z . Mudah nak faham.

Kalau korang perasan , Tiramisu aku tu aku ada letakkan blueberry jem kat situ. Nak letak pun boleh , tak nak pun sedap jugak. Nak ganti jem lain pun terbaik jugak. Haha.


Ceritanya.. aku buat ni dekat kampung. Rumah Atok memang tak de kemudahan untuk aku buat benda ni semua. Kerja yang aku expect boleh siap dalam 1 jam lebih , berlarut kepada 2 jam lebih jugak la. Mana taknya , mixer dengan blender tak ade. So , aku hancurkan cream cheese yang liat tu guna sudu garfu aje. Mak aihhh, sabor aje lah.

Dah siap buat round 1 , bahan still ada banyak balance lagi. Adik aku cadangkan habiskan aje semua bahan. So ready untuk next round , nenek aku yang bangun dari tidurnya sekejap keluar dari bilik tengok kiteowang yang sedang bertungkus lumus kat ruang tamu kedua.

"Kenapa tak guna blender Atok?", soal Atok.
"Atok ade blender ke? Tu bukan blender cabai ke?", soal aku.
"Tak aih.. tu memang Atok selalu guna buat blender buah.", jelas Atok.

Dalam hati.. 'Mak aihh... kenapa la Atok tak keluar awal-awal dari bilik? Penat tau tadi.'

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

20 comments:

Anis Adnan said...

Buat penat je pakai garfu sudu, tapi berbaloi lah kan tiramisu tu sedap.

ecah khalili said...

sedapnyeee..ecah xpndai buat benda2 gini..kalau buat mesti xmnjadi..

MaMa MuRsYiD said...

kena cuba gak ni

Nur Inani said...

aaaaa.sedapnye.baru ni try buat ciskek harem menjadi.haha. hilang dah seni kulinari :P

ariesbluefan said...

wah... nampak macam sedap... nak try buat jgklah nanti... =)

Rina Zaidi said...

kenapa la atuk tak keluar awal..hihi..nak sikit tiramisu. :)

Cik Nadyya said...

alahaii nampak sedap.. kite xpna mkn tiramisu ponn.. sadisss kan?hahaha. nt nak try mam laa..hihi

baby melody said...

mcm sedap jew tiramisu tu huhuhu

Izzati Amira said...

@Anis Adnan

kan? penat tau. hahaha.

Izzati Amira said...

hhaha. tau tau aje sedap ye semua. hehe. biasa aje rsanya...hehe

Tashira Sha said...

uish macam sedap je kak hihi kalau kite mmng dah give up kalau bab buat benda ni sbb comfirm tak sedap erhh

Izzati Amira said...

@Tashira Sha

kalau dah nak buat tu , buat aje. sedap tak sedap belakang kira. kita kan nk belajar... hehe

Karya Mahirah said...

tiramisu ni senang je buatkan?

Mazni Munawar said...

dari dulu teringin nk rasa tiramisu tpi smpai sekarang tk makan2 lagi. padahal ada je depan mata, haha. malas nk keluar duit. best ah kak zati boleh buat tiramisu bebila masa je :p

Azwar Syuhada said...

Nak cuba buat jugalah..nampak menyelerakan.. xD

Norhaizam Mustaffa said...

Wah pandainya. Saya suka makan kek :)

Izzati Amira said...

@Mazni Munawar

mana ade buat bebila masa aje lah mazni. cari masa yg free aje tau. hoho

Aqilah Azmi said...

ayye dapnyyaa :(((

Ninaa Hassan said...

nyum nyum nampak sedap je. haihh dh lama tk makan

Efa Aziz said...

wah. bestnyeeee. last last tu baru keluar isu blender. hihi