HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, June 14, 2014

Sembang sembang drama #KTAR


Assalamualaikum w.b.t

Helo helo sapa kat sini tengok drama slot Akasia ,  Kerana Terpaksa Aku Relakan lakonan Izreen Azminda dan Amar Baharin?? Komen pliss. Miahaha. Yeah , kita kongsi minat yang sama. Tapi , aku nih jenis ada kekangan lah kat kolej.. Sini mana ada provide televisyen , so dalam bilik tu memang mengadap dinding ajelah. Nanti nak copy lah kat sesapa yang ada download citer nih. Huhu.

Sebelum ni aku layan Teduhan Kasih aje sampai habis , sebab abang Adi Putra.. haaa... kali ni layan Kerana Terpaksa Aku Relakan a.k.a KTAR pulak ye. Sebabnya?? Sebabnya heroin nya Izreen Azminda laaahh. Aku suka tengok Izreen berlakon , best. Ye , memang aku memilih sikit nak tengok drama kat tv ni.


First episode lagi aku dah terpacak depan tv. Walaupun nampak macam over , rasanya macam tak kot sebab mungkin karakter Indah Harlina memang macam tu kan , kelam kabut, banyak cakap dan comel. Miahaahah. Suka betul aku tengok bila scene Indah berangan cakap sesekor , tak malu betul. Haha. Ingat lagi masa dia tengah menyanyi kat dapur tengah basuh pinggan , over nya kemainnn. Hehe.

Amar Baharin...bab pelakon baru tak baru ni memang aku tak tahu sangat , tapi semuanya aku akan tanya adik perempuan aku. Cakap lah siapa dia , siapa itu ini semua dia tahu. Kaki drama tv lah katakan... Aku nih jarang tengok tv , so pelakon yang aku suka aje aku akan layan kat tv.


So far , novelnya aku tak baca pun lagi , dah tengok drama kat tv so macam takpayah baca novel kot. *rasa macam nak baca novel dia jugak lah , haha.* Hehe. Ohhh , Amar Baharin. Handsome lah. Rasa macam pernah nampak sebelum drama KTAR ni cuma rasa rupanya biasa-biasa aje macam pelakon lelaki yang lain.

Tapi.... start aje citer ni. Nahhh , hensem nyaaa. Suka betul Abang Zin senyum kat Indah yer. Suka betul Abang Zin lepak dengan Indah , suka betul Abang Zin tengok Indah teman dia pergi makan ye.. Sweetnyaa.

Watak antagonisnya , Wati lakonan Nadia Aqilah. Aku pun suka jugak tengok Nadia Aqilah berlakon , natural. Selebeh aje dalam drama kan? Ade banyak duit , suruh suami beli itu ini , tapi baju dia samaaaa aje dari hari ke hari. Dah la pemalas ya ampun.... Paling bengang bila suami balik rumah je , lupa masak nasi lah , penat lah, mengantuk lah ade aje alasan dia. Sakit hati betul.

Watak kesian bagi aku dalam drama ni tak lain tak bukan , Saiful lakonan Afzan A.Rahman. Ye sekarang ni memang dia tengah kena guna-guna , tapi seriously kesian gilaa kan? Macam orang bodoh, turut aje apa yang isteri dia cakap. Kalau isteri dia tipu.. tipu ajelah , tak selidik ke ape ke , percaya aje bulat-bulat. Tapi episod Khamis lepas dia dah macam start sedar yang Wati dengan mak dia ade buat something , kan? kan?

Tambah kesian lagi , bila mak Saiful dah meninggal sedihnya tengok. Bila muncul je scene Saiful ni , terus rasa sedih aje. Moga cepat-cepat lah Saiful tu bukak mata , dengan bapak Indah tu sekali. Hmmm.


Bila aku google gambar Amar Baharin ni , aku lebih suka style rambut dia dalam drama ni. Hoho.

Ape pulak pendapat korang as peminat drama #KTAR ni??? Ade rasa nak penampor Wati tak? Haha. By the way , suka tengok Indah dengan Abang Zen.. heheh.

Credit : SINI , google.com
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

21 comments:

Nur Inani said...

cair woo tengok abang zen dalam ni. hahaha. gatal betul :p

Izzati Amira said...

@Nur Inani

kan??? hhahaa

Karya Mahirah said...

mula2 akak tak nak layan tapi bila dah TER tengok sekali, terus lekat kat depan TV kul 7pm... aduhai... tu yg malas nak start... tp mmg best cerita dia...

Izzati Amira said...

@Karya Mahirah

saya tengok memang sebab suka pelakonnya.. heee

Nazatul Nazurah said...

will be my faveret drama melayu ever! ahaha best gila cerita ni sweet sangat mihmihmih

Rina Zaidi said...

Rumah sewa takde tv. Harap tengok online je tengah malam. Hihihi. KTAR memang best. :)

Aqilah Azmi said...

dia.......
sangat.......
handsome.
kbye

Budak_Nerd said...

tak tahan tengok Indah ,, clumsy giler ,, then mulut dia asik pot pet pot pet jer ,,, lakonan Wati dengan mak dia sangat menjadi ,, menyampah giler bila tengok ,, ntah si Wati tu bab shopping bukan main, tapi baju sama jer ,, wahahha ,,

Efa Aziz said...

hai tuan blog. kita singgah klik huawei. hihi. Efa kejap tengok kejap tak site ni sbb family more to indon.. ohmaiiii. haha

Cik Nur Shaz. said...

even saya layan jugak drama2 lain sebelum ktar ni . tapi drama ni lain dari lain . feeling dia . fuhhh . haha . sy suka jugak tengok izreen berlakon . lagi2 amar baharin . cute kot . hahaa . xD . setuju dgn akak zati ! suka style rambut abang zin dalam drama ni . cair tengok dia senyum . hihi ;p

budak said...

nak komen. hehe.
actually tak minat ezreen tp lepas layan ktar ni ok lah kena watak indah tu dgn dia. kalau nak puas kena baca novel sekali sebab novel lg complete. mcm sy dah baca novel still nak tgk drama. siap download lagi lepas tgk kat tv.
tak macam ariana rose tuari lepas baca novel tak semangat nak tengok drama dah sebab flat je plot dia lepas kawen. btw, ktar memang lagi best lah.
and abang zin tu lama jugak lah lakon tapi xjd hero, kalo tak silap dia juara anak wayang. and suka tengok dia lakon kat geng surau.
ok, sory komen panjang :)

Mek Onie said...

masa onie baca entry awak ni,onie tgh pause KTAR episode 11,heehehe.. layan kat sini (http://www.acg-tube.com/kerana-terpaksa-aku-relakan-2014-episode-11/)


suka tgk izreen berlakon!seriussssssss...saiful?rasa kelakar,keras kejung je dia berlakon,waakakkaka

Anis Adnan said...

kita jarang layan drama. hmm. hmm.

siti nariha said...

bleh tngk kat blog aswanazmy.blogspot.com kat blog abg aswan ni bnyk drama2..full episode..tp kalau nak download kena tunggu la..huhu

Izzati Amira said...

@Budak_Nerd

kan? kuat betul dia pot pet. haha

Izzati Amira said...

@budak

perghh thank you ahh sebab share info fasal amar.. hahha. takpe..suka baca komen panjangg.. hhehe

Izzati Amira said...

@siti nariha

hahaha thank you dear (:

zakira afina said...

AMAR tuu sangatlah hensemmmm hehe. tajuk best.

Siara Elina said...

Adik saya selalu berebut tengok tv dengan ayah sebab nak tengok cita nie -_- Haha Saya belum tengok cita nie.

Anonymous said...

Handsome abg zen...
Sweet je tengok indah n abg zen....angau jap..

Anonymous said...

Mmg layan habis citer ni. Klu amar ngan izreen couple betul2, sayalah org yang paling hepi..yey...