HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, August 30, 2014

Mak


Assalamualaikum w.b.t

Just want to share. I almost cry.. whaaaa~~~

“Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan orang kata , memang betul! )

Bila dahaga , yang susukan aku... Mak.
Bila lapar, yang suapkan aku... Mak.
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping aku... Mak.

Kata Mak, perkataan pertama yang aku sebut... Mak.

Bila bangun tidur, aku cari... Mak.
Bila nangis, orang yang pertama datang... Mak.

Bila nak bermanja , aku dekati... Mak.
Bila  nak bergesel, aku duduk sebelah... Mak.
Bila sedih , yang boleh memujuk aku hanya... Mak.
Bila nakal , yang memarahi aku... Mak.
Bila merajuk , yang memujuk aku cuma... Mak.

Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah... Mak.
Bila takut , yang tenangkan aku... Mak.
Bila nak peluk , yang aku suka peluk... Mak.
Aku selalu teringatkan.. Mak.

Bila sedih , aku mesti telefon... Mak.
Bila  seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak.

Bila bengang , aku suka luah pada... Mak.
Bila takut, aku selalu panggil... “Makkk!!!”.

Bila sakit , orang paling risau... Mak.
Bila nak exam ,orang paling sibuk juga... Mak.

Bila buat hal , yang marah aku dulu... Mak.
Bila ada masalah , yang paling risau... Mak.
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak.

Yang selalu masak makanan kegemaranku... Mak.

Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan makanan.. Mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... Mak.
Yang selalu berleter kat aku... Mak
Yang selalu puji aku... Mak.
Yang selalu nasihat aku...Mak.

Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Mak.
Ucapan azimat mak , “Biar orang tak sayang kamu.. Mak sayang kamu.”


Kini , Aku ade pasangan hidup sendiri.

Bila seronok , aku cari pasanganku.
Bila sedih , aku cari Mak.
Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku.
Bila gagal , aku ceritakan pada Mak.

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku.
Bila berduka, aku peluk erat emakku.

Bila nak bercuti , aku bawa pasangannku.
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Mak.

Bila sambutharijadi , aku bagi hadiah pada pasanganku.
Bila sambut hari ibu, aku Cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu.”

Selalu , Aku ingat pasanganku.
Selalu , Mak ingat kat aku.

Bila bila , aku akan telefon pasanganku.
Entah bila aku naktelefon mak.

Selalu, aku akan belikan hadiah untuk pasanganku.
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak.


Sayangilah Emak anda sekalian.
Sebelum dia pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Kbye. Thank you.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

3 comments:

Anis Ifham said...

sayangi emak anda :')

Mazni Munawar said...

sayang mak <3

PeRdU cINta said...

Redha Allah bila ibu meredhai kita..