HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, October 27, 2014

Ada berani??

Assalamualaikum w.b.t

Cerita kali nih berkait jugak ah dengan Running Man. Pengaruh RM jugak sebenarnya.. Act, aku nih boleh dikatakan takut tinggi. Takut yang boleh dikawal *eh minah ni, semua benda dia boleh kawal*...

Aku takut tinggi , tapi aku suka pergi tempat tinggi. Guane eh? Haha. So far , aku tak pernah main lagi benda-benda macam ni. Aku rasa aku tak pernah main mana-mana roller coaster , sama ada kat funfair atau tempat-tempat lain.


Oh yeahh. Ini adalah episod RM212 di mana, hanya member dan guest tertentu sahaja yang dikenakan hukuman naik benda nih kat Taiwan sebab kalah dalam game. Dah la yang kalah tu semuanya takut tinggi. Hahaha.

Dan.. aku teringin nak naik benda alah tu. Ekekeke... Tapi kena lah ade geng, memang tak la aku nak naik sorang sorang. Takkan ku lupa peristiwa di TS dahulu. SINI.


Gambar dekat. Aku ingatkan roller coaster yang tegak macam ni tak wujud sebab bahaya , rupanya ada jugak erk. Tengok reaction dari RM members cam gempak je. Hehe. Well , Wana cakap dia berani. So, nanti boleh lah ajak dia main game nih sama-sama. Ekekek. Kita tengok macam mana yer. Hoho.


Yang nih dekat Korea. Episod RM211 , nampak macam kayu kan? "Kukuh ke tak kukuh ni?"-hehe. Yang ni Jaesuk dengan sorang guest main.

Part Gary dengan Ailee main pun best gak. Makin kecil landasan tu, aku rasa makin bahaya. Bukan leh caya sangat kat benda benda cenggini. Hahaha. Safety first kan? Seronok nombor dua. Huahaha.


Yang ni dekat Malaysia. Genting Highland - Space shot. Dulu aku pergi genting masa aku kecik lagi , so tengok dari jauh je la. Pulak femly aku pun jenis takut tinggi. Takde sape nak teman. Hahaha.

Inshaa Allah , semua ini ada dalam bucket list. Miahahaah. 
Kumpulkan keberanian anda dan... DUIT.
Anything is possible if you have money. Betul tak?

So, korang nih jenis takut tinggi memang tak akan naik benda-benda macam ni OR
suka sangat dengan benda-benda camni?? Kalau ade pengalaman boleh share...heee.


Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

21 comments:

Hikayat Seorang Budak said...

pergh, ni boleh pening seminggu naik ni. hehe.
tak pernah merasa XD

nana liena said...

boleh dikawal..okay la tu fikir positif..hahaha

em..kita suka tempat tinggi..setakat ni tak ada rasa gayat .. riak ja bunyi..tp main2 benda macm ni tak pernah..teringin juga nak buat..

Lieya Yaya :) said...

yeah episod ni best . gayaaat . memg gayat sangat . suka tgk babak jae suk dgn kwangsoo . haha kelakar je

FiZ said...

Yang part taiwan tu la...kelakar gila2...hahaha...tapi macam best jugak kan roller coaster tu.sangat rare.

Anis Ifham said...

tak teringin pun nak naik roller coaster ni. hehehe -,-

zarulfarhana said...

running ma .. sgt best...

Liyana Lunia. said...

kita tengok ni pun dah gayat! ya ampun T_____T tak mahuuu, mau terkincit nanti wahaha

KorN said...

pergh... bila mesia nak ade cemni

Sentiasa Panas said...

Hebat dan menakutkan..;)

Barniyah Ammara said...

Seram! O_O

Jie Najihah said...

huyooo.. gayat tu tapi teringin sgt nak cuba.. huihui.

entah tahap brp la gayat diri ni kalau dh naik roller coaster tu. >.<

Dayang Nurhuda Datu Muhammad said...

haha! yang kat Genting pun tak berani nak naik.. dulu zaman bujang berani lagi.. sejak2 dah jadi Ibu ni mmg dah gayat jek! :D

http://e-dania.blogspot.com/2014/10/pin-hijab-murah-giler.html

follow you dear :)

Nurazlan Azmi said...

tobat nak naik benda benda macam ni....dah serik lepas naik roller coster kat legoland T^T hahahahah btw lama tak singgah blog best ni :3 dah tukar warna kuning dah :D !!! hye akak zati !!!

nurul aqilah said...

seram nak naik. huhu gayat....

Farah said...

Memang teringin nak cuba benda-benda macam ni

Aina Akmal said...

okayy, rasa macam nak naikk sangat. huahh. pada masa sama ada sedikit takut.lols. tapii ghahaha. tak tau bila lah boleh naik. T^T

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Tak sanggup ler nak naik... Moga apa yang diidam bakal jadi nyata yer ;)

Scha Nazri said...

seram sejuk akak bila dorang main kt china tuuu. aaaaa. seramm


akk suka main solera shot tu. mcm kt atas awan! haha

Invisible Me said...

Tengok yg ni. Sangatlah gerun. Tp best tengok Ailee still boleh nyanyi walaupun naik benda tu.

Farrah MF said...

Huhuh bukan mainan akak ni. Kecut perut tengok!

Gee Lion said...

memang tak la..
naik kete pun dah mabuk, inikan pula naik bende berdesup ni.. nak mampuih?!
huhu..