HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, October 28, 2014

Bucket List : Things To Do Before Getting Married

Assalamualaikum w.b.t

Before getting married? Miahahhaaa. Jom kita gelak besar sama-sama. Belum terfikir untuk ke arah itu lagi. Fokus kat study aje dulu , "Banyak tanggungjawab lagi ni..."

Masa aku form 2 , cikgu Maths aku pernah cakap , "Kalau nak enjoy cuti cuti sana sini, buatlah sebelum kahwin. Sebab lepas kahwin dah susah nak keluar rumah."

Jenis aku, nak enjoy mesti lah dengan family ataupun dengan members kamcing. Barulah syiokkk. Kalau dengan bakal hubby , itu rahsia. Hahaha *ekcely , wa tak pikir pun lagi. Mungkin kat pulau-pulau yang cantik kat dunia ni* Ehem.

Tak salah kalau nak berangan , tapi mesti lah kena ada effort. So, aku berangan je dulu... Disebabkan aku malas nak fikir or peghah otak , mana dimana bila macam mana apakah tempat atau perkara yang ingin dilakukan nanti , aku update sikit-sikit je dulu. Lama-lama nanti jadi bertambah banyak lah kan. Miahahaha.

Note : Entry nih untuk diri sendiri a.k.a syok sendiri. Tapi , apa salahnya nak share dengan korang kan. Boleh aje korang nak share pengalaman dengan aku. Suggest-kan tempat/perkara yang menarik kat sini. Or , kalau ada yang tak nak baca , boleh tutup mata. Dan , entry ni akan jadi bertambah-tambah panjang jika aku rajin update and tetiba je banyak benda yang aku nak buat bila ada DUIT lebih sikit nanti. Meh meh meh~

Kata nak jadi traveller kan...

THINGS TO DO

Water rafting

Water rafting!!!!!! Pernah nampak satu entri blog ni kat Perak ade. Nanti bila rasa nak pergi , baru cari tempat tu. Miahahaha. Syoknyerrrrr.

Paintball.

Tak pernah main paintball lagi. Main dalam hutan mesti lagi best kan.. Baru rasa mencabar habes time tu. Serangggg!!!!

Skydiving (indoor).

Yang outdoor punya pun nampak best dan gempak. Meh meh mehh.

Roller coaster ( Taiwan )

Oh yeah. Apa salahnya dalam banyak-banyak roller coaster kat dunia nih. Kita try satu aje. Ye dok? Miahahahaha.

Bungee jumping

Nih pun aku nak try. Kalau boleh, buat dekat yang bawahnya ada air (tasik contohnya) , selamat ahhh sikit. Paling-paling pun gua jatuh dalam air. Meh meh meh~

Skytrex Selangor

Haritu ade plan nak pergi dengan member , atas sebab-sebab tertentu planning tersebut biar cenggitu je. So, nanti kalau ada peluang , gua nak ke sana. Credit SINI. Dia ada pakej tertentu , inshaa Allah nak try semua game kat situ.


PLACES TO GO

Time Capsule Retreat , Sungai Lembing , Pahang.

Okayy ni aku baru tahu. Tadi time nak cari gambar aku ternampak gambar capsule a.k.a hotel paip nih. Tak tahu pulak benda alah ni ade dekat Pahang. Okay okay , masuk bucket list terus!! Heheh. Credit SINI.

South Korea

Cara orang-orang Korea nih promote negara dorang memang terbaik ahh. Nak nak , orang macam aku yang jenis layan k-drama , k-movies dengan k-shows nih lagi lah rasa membuak-buak nak ke sana. Bila layan benda-benda macam ni, secara tak langsung dorang akan jamu mata aku dengan tempat/pemandangan cantik yang ada di Korea. Perghhh , bila layan Family Outing... Running Man.. lagi lah kau rasa geram!! Aku rasa , kena stay kat sana 2-3 tahun untuk jelajah semua tempat-tempat cantik kat sana. Ekekee.

South Island , New Zealand

Lepas baca entri tuan blogger INI , terus rasa nak pergi ke sana. Tengok air dia.. Jernih wehhhh. Setiap gambar yang di-post oleh tuan blogger sangatlah cantik. Tenang dan mendamaikan.

p/s: Ade banyak lagi.. nanti-nantilah ( ni pun dah dekat dua jam aku cari gambar, pikir sambil layan k-drama ). Aku akan update entry nih dari semasa ke semasa. Syok jugak eh berangan nih. Hikhik.
Credit : google images

Okayy bye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

zarulfarhana said...

wow semua tempat best2

Gee Lion said...

dalam banyak2 tempat kat atas, rasanya kat pahang tu je mampu pergi T_T

Umie Artoqiemie said...

HOTEL PAIP TU COOL GILAKKK!!!

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Kalau zumal, bungee jumping tu memang tak sanggup nak lakukan...

Farah said...

Banyak juga benda sama yang kita nak buat. Moga tercapai satu hari nanti.

Cik Balqis said...

aktiviti outdoor tu mmg menarik. kena try. haha :P

Aina Akmal said...

pergghh minat outdorr activityy sungguh akak ni. XD. aina pun minat tapi memikirkan aina bebudak lagi. lupakan je lah dulu. ahaha.

Suriana abdul kadir said...

Semoga semua impian tercapai..
Salam perkenalan..
Jemput join segmen ini.. http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

Anis Ifham said...

paintball & hotel paip tu, macam best. paintball memang dah lama teringin nak main, cuma belum kesampaian xD

Lieya Yaya :) said...

kalau tmpt tinggi tak berani , gayat . haha . paint ball tuu nak cuba :D

Teesaz said...

wah, tak tau lagi pasal time kapsul tu.. osem nya!

syda_ hlws said...

roller coaster taiwan tu tempat running man pergi hahaaaaaa best jugak tuhhh

luna paris said...

bugee jumping...? ahahahhaa.... nak try... tapi takotttttt!!! =D

Wan Nabihah said...

ayat cikgu Maths akak tu sama dgn ustazah kita dulu. mcm tu jgk dia ckp. sbulum khwin ni enjoy cuti puas2. hahaha

Cik Nadyya said...

skydiving nampak best.. nak pegi. uwaaa

yg kat pahang tuu nampak best. fuuuuhhhh

ddhy aziz said...

Jom main paintball jom Zati!!

Fhatin Amelia said...

hahaha teringin nak try roller coaster tu tapi ........