HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, October 29, 2014

Kahwin muda.

Assalamualaikum w.b.t


Oh ho! Apakah ini?

Untuk semester kali nih , aku dikelilingi oleh member yang memang tak sabar sabar sangat nak kahwin. Even roommate aku sendiri pun macam tu , tapi dia nih jenis okay sikit lah. Dia tunggu anak raja datang meminang. Ngeh ngeh.

Berbalik kepada member yang memang aku rapat untuk semester kali nih , semuanya tak sabar-sabar nak kahwin muda. Tak sabar nak dibelai suami katakau. Mak aihhh. Advance?? Tak cukup advance , tu baru sikit. Tidaklah akan ku dedahkan semuanya disini. Biarlah fantasi minah minah ni semua hanya kami aje yang tahu. Ekeke.


Ada yang memang dah tetap tu la pilihan hatinya..
Ada yang masih bermain cinta.. tarik tali..
Ada yang masih dalam fasa kenal mengenali..

Terpulanglah. Yang pasti, aku nih memang tukang pasang telinga aje. Aku memang tak masuk campur , takde hati lagi. Tak jumpa lagi pemilik tulang rusuk yang aku simpan selama ini. Pui. Jom muntah kuning ghamai ghamai. Hahah.

Secara puratanya topik kahwin muda ni akan muncul 2-3 kali sehari (bukan dalam mood final sebab fokus study aje masing-masing). Dorang yang jenis berminat itu ini, memang syok lah dengar , hidung kempas kempis, pipi kembung kempis, mata kelip kelap semua adalahhh. Hahah.

Aku?? Masih sibuk memikirkan sama ada nak warnakan matahari kaler kuning atau oren? Kau rasa mana lawa?

Korang pulak macam mana? Apa pandangan korang fasal kahwin muda ni?

Kepada hadek-hadek(adik) yang kerut kening tak tahu nak beri pandangan tu boleh jawab soalan yang lain. Soalan mana? Soalan yang matahari tu ler... hikhik


Nah. Baca sendiri kepada yang berminat.
10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda?
Tips kahwin muda dan cara berhadapan dengan ibu bapa.

Credit ; google & tumblr

p/s: Semoga kita dipertemukan jodoh yang bersungguh-sungguh akan melindungi dan membimbing kita hingga ke akhir hayat. Aaminnn.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

21 comments:

Gee Lion said...

zaman belajar.. zaman tak dibebani lagi dgn komitmen & tanggungjawab except for belajar, memang kita terdorong fikir lebih daripada belajar iaitu; nak kahwin.

cuba dah masuk alam kerja.. realistic lagi real. tiada yg real melainkan yg real belaka.. haaa.. memang tak fikir nak kahwin ini semua.. nak kukuhkan ekonomi dulu baru berani fikir pasal kahwin. zaman sekarang ni serba serbi mencabar. orang kata takde duit pun boleh kahwin tapi sedar tak sedar antara punca utama masalah rumah tangga adalah kerana duit..

boleh google kalau tak caya. unless kita dapat pasangan yg cintanya hidup mati kerana kita & Allah, inshaAllah bahagia rumah tangga..

nana kimie said...

aamiiin..... :)

memang seronok tengok adik2 yang kawen muda (eceh bajet tue la sangat kan ;p ) rasa sweetje^^

zarulfarhana said...

kawen muda nie ada kebaikan ada kelemahan dia.. tapi kalau dh snpai seru dah ok la

Sally Samsaiman said...

akak tgh fikir...camne nak kayakan diri daripada duit bos..susah kan.. -_-

Kasut Kusut said...

Ramai zaman skarang nak kahwin muda.. tapi niat tu kena btul. kalau nak kecapi rumah tangga muda2 sbb nk khidupan indah, tu nmbor dua atau tiga. tp kalau untuk elak maksiat & lengkapkan ibadah, tu mmg ptut

Farah Waheda Wahid said...

tak salah kahwin muda tapi kena betul2 fahamlah konsep perkahwinan tu...

Jie Najihah said...

ok, saya golongan hadek-hadek kott.. so, rasa warna matahari kalau warna biru lawa sgt. eh !! pilihan oren dgn kuning je. heee.. ;)

#gurau >.<

Izzati Amira said...

@Gee Lion

setuju. apa yg gee fikir, kita sama. bukan nak cakap kita ni materialistik.. tp nak hidup bahagia, duit mesti kena ada.

contoh mcm cerita Ibu Mertuaku. Tengok hidup Kasim Selamat tu macam mana (sebelum dia buta).

Izzati Amira said...

@Jie Najihah hahahha. apa salahnya kaler biru kan.. boleh jee

Amy J said...

kahwin muda ni, mostly ramai kahwin sebab nafsu and sebab ikut member.. kita tengok macam best.

tapi ada akak peguam ni kata, dia lagi banyak tengok pasangan muda bercerai dari happy sepanjang marriage.

kalau rasa dah mampu, buatlah. kalau baju pun mak sendiri gosokkan, rumah pun bersepah sampai x reti nak kemas, x pelah. memang tunggulah anak raja datang pnang.

Adilla Khairulrizal said...

haha. disebbkn sya ni kategori hadek hadek je saya komen pasal encik matahari tu. haha. warna oren kut lg cntik tkpun cmpur dua dua skali. #krisis identiti

Ainur Ann said...

Budak poli saya baru sem 1 dah ade yang kawin ! . Haha . Taktahu lah kak . Depends pada diri memasing . Tapi bagi saya , saya suka kawin bila dah ade kewangan dan kerjaya :D .

Scha Nazri said...

bagi akak, kalau ada kemampuan, kawenlah cecepat.

bagi akak, akk nk tunggu bakal suami stabil dlu bru kami kawen. Takdelah bergantung harap kat parents je kan.

Farah said...

Dekat sini pun topik kahwin ni jadi topik hangat. Tapi, saya malas nak layan sebab busy dengan benda lain lagi.

tiey smilez said...

Nampak best je kahwin time belajar kan. hehe. Classmate Tiey pum ramai jugak tu haa yang nak kahwin hujung tahun ni. Aiyoo, Nak jugak. heee
Menabung kat RHB :)
Jemput singgah : Penting Ke Jam Tangan Ni??

Umie Artoqiemie said...

Baru tadi borak pasal nikah gantung dengan kawan2 hahahahhaa..

Sara Liyana said...

Dulu time belajar selalu ckp pasal hal kawin. Skrg bila masing2 dh keja, klu yg xdak bf lg mesti mls nk ckp pasal hal kawin2 nie

Cik Fafa said...

selalunya sebab yang mendorong untuk kita pun rasa nak kahwin awal ialah bila kawan2 sekeliling kita ramai dah kahwin. jadi jauh di sudut hati mesti ada keinginan jugak. tapi tu la, awal2 ni kita nampak yang manis saja. kita tak nampak lagi 20 tahun akan datang camna. orang yang kahwin awal Allah bagi jodoh awal mungkin sebab mereka dah bersedia. apa2 pun satu hari nanti pasti jodoh akan tiba pada waktu yang kita dah sedia. insyaAllah. ^^

*sorry terbuat karangan.hehe

Cik Balqis said...

kalau dah bersedia dan mampu, boleh kawen awal. :)

nanadhoi said...

kawen muda kena pandai bahagi masa, serius tangggungjawab besar.


ramai kawan-kawan nak kawen awal, tapi for me, nak travel puas-puas dulu.HAHHA

Izzati Amira said...

@nanadhoi

yess!!! kita sama..hikhik