HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, October 26, 2014

Law presentation

Assalamualaikum w.b.t


Thank you for your great cooperation Agnes. Heee. Sayang lebihh.

Since Part 1 lagi , Agnes selalu aje jadi partner aku. Tak kira lah berdua , bertiga or berempat. Obviously aku memang mudah rapat dengan member dari bangsa-bangsa lain.

Haritu kami jadi partner untuk presentation kos Law. Opkoz aku gabra lebih sebab.. 
"...tengok lecturer la..."

Madam takde lah garang or annoyed sangat. She's the best. Banyak benda yang aku belajar dari dia , semua story life dia aku suka dengar. And aku rasa , aku je yang paling over nak gelak fasal ceghita dia. Setiap butir penyampaian tu bagi aku kelakar dan comel. Hehe.

Berbalik kepada cerita presentation haritu..mujurlah kami berdua ni group second round. Jika dah takdir group aku present masa first round.. hmmm , menangislah dari pagi sampai besok petang. Admit , aku memang tak prepare sangat masa tu. Untunglah dapat second week , memang prepare habis habisan.


Pui. Walhal aku dengan Agnes bertungkus lumus pagi tu practice sama-sama sebelum present petangnya. Lepak library... hafal itu ini. Then , tetibe library tutup pulak pukul satu. Keluar pergi kafe berdekatan sampai beralih meja tiga kali. Terkena tempias hujan. Masa hujan lebat , hafallah kuat-kuat sebab takkan ada sesiapa pun yang dengar. Haha.

Then, hujan berhenti. Kafe pulak bertambah bising. Masuk library semula , menghafal dalam library sebanyak yang mungkin. Yang cuaknya presentation tu ada had masa. Lima belas minit je. Kalau terlebih kena potong markah 1. Satu markah tu sangat berharga okayy adik-adik sekalian.

Akhirnya... selesai je presentation, hati ni lega sangat.
Tak tahulah bagi madam oke atau tak. Yang penting , kita dah cuba yang terbaik.
Kan? Kan? Kan?

Pernah tak korang rasa berdebar cam aku jugak? Actually, semua jenis presentation buat aku berdebar. Masing-masing nak buat yang terbaik kan. Mesti lah cuak sehh.

p/s: Entry ni dah lama taip. Baru nak publish. Heee
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

Sara Liyana said...

Takut kalau nak present apa2.. kadang2 cuak. Kadang2 pucat habis muka. Self confident xda.

zarulfarhana said...

sama la ngan saya... tiap kali presentation.. mcm2 rasa... berpeluh hbis.. settle present terasa beban tue lega sgt

Nur Inani said...

samalah kita.. kalau nak bentang apa apa mesti berdebar sakan.. tapi bila dah bercakap tak nak pulak berhenti.. adehhh :p

mama amir said...

kalau presentation memang dap dup...rasa nak cabut gak jantung...hihi

Jie Najihah said...

huhu.. kdg2 sampai rasa nak terkeluaq jantung bla nk present something. sabo je lah.. kdg2 tgn shaking mcm apa ja lg. sadiss.. >.<

Cik Nadyya said...

biasa la kan.. nak present tuu.. pehh rasa dup dap laju btl,, rasa mcm na larik pon ada.hahah

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

bersungguh yer practice klu sy.. trjah jer.. pastu mula ar.. eh ape yg ak ckp ni... hahahahakkk

btw gud luck 4 ur next presentation yer...if adalah kan.. tapi tiap sem mesti ada kan.. hehehehe

Izzati Amira said...

@Ahlam Miera Amirul Shafie

haruslah buat yang terbaik sebab markahnya banyak. penting untuk final... hihi

Farrah MF said...

Seronok ada member yang boleh co-operate & sekepala dgn kita. Senang buat kerja kan,...