HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, November 16, 2014

Apakah itu Nuffnang?

Assalamualaikum w.b.t

Haritu ada yang bertanyakan mengenai Nuffnang & Churpchurp. Nuffnang ni ape seh? Churpchurp ni ape seh? Actually , kalau you ols google pasal benda ni , ramai aje blogger or website yang ada menerangkan dua benda alah ni kat entry dorang. Memandangkan dah ada orang tanya directly dekat aku , so aku akan cuba menjawab sebaik yang mungkin.

Memandangkan aku banyak share link entry dari blogger lain , so credit to them lah kan.
Certain pics credit to google & tumblr.

Entry ini merangkumi ...
.. Cara-cara nak daftar nuffnang buat kali pertama
.. Cara-cara letak iklan nuffnang dalam blog
.. Cara-cara update survey untuk nuffnang
.. Cara-cara kenal pasti status glitterati
.. Apakah itu CPC & CPUV
.. Tips mudah untuk dapatkan CPUV
.. Cara cashout nuffnang kali pertama
.. Cara tunaikan check nuffnang/churpchurp


Berbekalkan ilmu pengetahuan tak seberapa terhadap dua benda alah ni. Aku akan terangkan dalam bahasa dan ayat yang paling mudah lahh! Tak belit-belit semua. Harap macam tu lah yer.

Nuffnang.


Nuffnang ni classmate aku masa form 4 yang kenalkan dekat aku. Dok blogging-blogging kosong tu, dengan adanya nuffnang, kita boleh earn income. Orang klik iklan kita , kita klik iklan orang.

Rujuk entry blogger Nurie.Sya.Nadia nih untuk tahu step untuk daftar dan cara letak iklan dekat blog - Apa itu Nuffnang?

Untuk blogger baru yang belum ada akaun nuffnang ni kena la buat registration dan tunggu confirmation dari pihak sana. Then baru lah boleh bernuffnang.

Earning dari nuffnang ni ada dua jenis , CPC dan CPUV.


CPC ( Cost per click ) - Setiap kali iklan kita diklik , kita akan dapat income. Tak sure la satu klik tu bape sen.

CPUV ( Cost per unique visit ) - Nak dapatkan CPUV nih , unique visits untuk setiap hari kena maintain 100++ views. Bila dah dapat maintain 100 views , nuffnang akan beri CPUV kat blog kita. Bila dah dapat CPUV tu , kenalah maintain unique views kita okayy.


Antara CPUV yang masih kekal sampai sekarang.. thats why kena maintain pageviews , supaya earning tu sentiasa stay dengan kita. Dan... kaching!! Yang bawah tu pulak dia record untuk orang yang klik iklan untuk kita.. Cukup RM51 , dah boleh cashout. RM1 untuk charge perkhidmatan (rasanya..). Nak tunggu beribu riban pun boleh.. Terpulang kepada anda.

Sebenarnya ada banyak lagi income yang kita boleh dapat dari nuffnang ni. Contoh yang aku tahu , blogbuster campaign (buat video) , promoted content yang korang selalu baca dari blogger yang diberi kepercayaan & tanggungjawab untuk promote sesuatu produk. Bagi aku, blogger macam ni umpama duta-duta kecil. Contoh macam iklan Sony Z3 baru-baru ni , dorang di-sponsored oleh Sony untuk promote barang dorang tu dekat orang ramai. Best kan?? 


Paling penting, jangan sesekali berlaku curang dengan nuffnang yer. Tak boleh letak iklan selain dari geng nuffnang itu sendiri. Nanti status glitterati anda akan hilang. Kena kekalkan , fyi ... nuffnang dan churpchurp ni satu geng.

Walaupun ini adalah entri lama , kepada yang belum tahu, boleh rujuk entri ni untuk lebih pencerahan gitu.. Apakah itu status glitterati nuffnang?


Satu lagi.. rajin-rajinkanlah diri tu untuk 'update survey' supaya pihak nuffnang tahu yang kita ni sentiasa aktif berblogging. Berdasarkan tips yang aku pernah baca , kalau nak update survey nih , better submit/save tepat jam 12 pagi waktu nuffnang.

Rujuk entry Miss Azwar Syuhada fasal tips nak dapatkan CPUV dengan mudah. Satu persatu dia cerita dekat entry dia tu. Tips Mudah dapatkan CPUV dari nuffnang.

Pasal soalan cara pihak nuffnang/churpchurp bayar kita ni , dorang akan bayar kita melalui check.
i)  Mula-mula kena cash out dulu. Rujuk entry ni - Cara cashout nuffnang kali pertama.
ii) Bila pihak sana dah hantar check , kita dah boleh tunaikan check tersebut kat mesin cash deposit bank! Rujuk entry ni - Tunaikan check nuffnang dan churpchurp

Inshaa Allah , dalam 3 hari waktu berkerja , duit akan didebitkan ke dalam akaun bank anda. Harap entry kecil aku ni boleh membuatkan cik sakura dan aisya dapat sikit lah bayang-bayang dia daripada zero tak tahu apa-apa kan.

Conclusion nya - orang klik iklan kita , kita dapat duit.
Notes ; Jangan terlampau obses nak kejar benda ni semua sampai korang tak fikir perasaan blogger lain. Lakukannya secara sederhana dan sukarela. Niat untuk membantu dan saling tolong menolong gitu. Tapi, kalau kita klik iklan dorang, dorang tak klik iklan kita , jangan pulak kau serang orang tu jahhh. Tak bagus yaa.
Note lagi , ada banyak lagi cara nak buat duit secara online ni , dengan nuffnang ni kena sabar banyak sebab susah nak dapat income. Memandangkan aku ni setia , aku guna nuffnang dan churpchurp jer , malas lah nak buat banyak-banyak. Takut tak terjaga, aku pulak yang  pening. So, aku terangkan fasal dua benda ni ajelah. Jangan pula ditanya benda yang lain. Hoho. Thank you.
Selain itu , korang boleh google cara-cara or tutorial...
... Tutorial letak iklan nuffnang atas header
... Tutorial buat poll / buang poll
... Tutorial letak iklan nuffnang bawah entry

Next , nanti aku ceghita pasal churpchurp laks.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

16 comments:

Flawless Sakura said...

Thank you awak !! :)
faham dah. hehe. Selama ni duk pening la macam mana nak guna nuffnang ni. hehe. thank you sangat sangat tau. Its just tabung masa hadapan kan, kena la tau cara nya. hehe. thank you naaa dear ^^

Izzati Amira said...

@Flawless Sakura

most welcome!! harap dapat bantu sikit2 (:

tiey smilez said...

Nice sharing for those yg still new as a nuffnangers.
Jemput singgah : Barang Dari Zalora Dah Sampai!

Belog Santai said...

Banyak kelebihan kalau register dengan nuffnang..In Shaa Allah boleh dapat pasif income everymonth...

Cik Fafa said...

nice sharing. clear explanation. ^^

aniesa ahmad said...

Mantopp punya penerangan. Rasanya semua boleh faham, kalau sekali baca, :) terbaiklahh !!

nur as said...

try daftar hearbeat :)
Tak effect glitterati pun..

baca ni : http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/10/daftar-heartbeat.html

Gee Lion said...

faham to the maksima.. ahaks..
thanks for the info yg simple and mudah difahami ni cik zati ^_^

Anis Ifham said...

nak tahu pasal churp churp pulak lepas ni. hehehe.

Amy J said...

saya pun baru join Nuffnnag. seronok jugalah. yang churp2 tu x berapa faham sangat. -.-

Scha Nazri said...

Bagus2. Sesuai utk newbies. hehe

nana liena said...

kita reti guna churp2 ja ..itu yg faham konsepnya yg nuffnang ni tak brapa faham. tak nak ambil tahu dah..fokus pada satu ja.. hehehe

n betul tu nak cari duit poket ni jangan pentingkan diri sendiri.. jngan guna cara kotor

TheFishas said...

Hee. Paham sikit! :D

geoffrey stephen said...

info menarik tentang nuffnang..sy guna google adsense di blog saya http://www.geoffreystephen.com

geoffrey stephen said...

info menarik tq..http://www.geoffreystephen.com

Ct Roxalynna NH said...

Alhamdulillah, info berguna... Terima kasih. Saya ambil buat rujukan yea cik... Jemput singgah ke teratak saya : http://duniactroxalynna.blogspot.com/ :)