HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, November 20, 2014

Bahagian 1 : Cerita cinta pacek kelas memandu


Assalamualaikum w.b.t

Ingat lagi tak haritu aku pernah cakap fasal cerita pacek yang ambil aku untuk pergi kelas memandu haritu? Memandangkan aku orang pertama yang naik kereta tu dengan dia, tentulah aku duduk sit depan sebelah pemandu.

Pakcik Din namanya. Disebabkan jauh lagi perjalanan untuk ambil budak yang seterusnya. Pacek tu pun bercerita.. ajak aku berborak bagai. Tapi dalam masa yang sama, aku sendiri kena hati-hati. Perempuan, kau harus tahu cara-cara nak defend diri jika tiba-tiba berlaku keadaan yang tidak menyenangkan atau aneh. Aku tak pernah la berkungfu , lawan silat dengan orang lain, cuma TAHU sahaja. Tapi... aku rasa.. aku boleh defend diri aku jika berlaku apa-apa. Jalan kiri kanan hutan kot. Kita berwaspada aje lah walaupun kita tahu, pemandu tu adalah kenalan rapat atau merupakan orang-orang yang boleh dipercayai. Jangan terlebih mempercayai lelaki selagi dia bukan suami anda.

Oh, panjang pulak pesanan penaja.

Okay kita teruskan bercerita. Awalnya pacek itu tanya dulu aku duduk mana, mak bapak kerja apa. Aku cakap la, kiteowang ni orang luar, bukan orang Melaka. Then, pacek tu suruh aku cari jodoh kat Melaka.



“Entah lah pacek. Melaka ni jauh sangat.. Bapak suruh cari yang dekat-dekat aje. Senang nak balik kampung.” – Tapi, bukan jiran sekampung okay. Negeri sebelah menyebelah tu dah kira okay lah.

“Alah.. Melaka bukan jauh nau.. Kita ni hanya mampu merancang , tuhan aje yang menentukan. Betul tak?” – Betul la tuh. Aku tak nafikan. Jika jodohku di Korea pun aku tak kesah. Hahaha. Ini gurau.

“Bukan nak cakap la.. Tapi pacek sendiri merasai pengalaman tersebut. Pacek pernah ada kekasih dulu , memang dah jatuh cinta sangat-sangat lah. Orang cakap, tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumah pun jadi lah!” – Amboi pacek.

“Pacek masa tu dah nak kahwin sangat dah dengan kekasih pacek. Namanya Saripah. Tapi sebab dua-dua keluarga tak restu. Apa kita boleh buat kan? Masa tu pacek dengan satu pasangan lagi dah nak sampai depan rumah Tok Imam, tapi pertengahan jalan tu.. pacek patah balik. Pacek cakap dengan Ipah tu.. ‘Pah... tak boleh Pah.. Hidup kita takkan bahagia kalau kahwin ni tanpa restu keluarga. Jom kita balik.’ Tapi masa tu, Ipah nak jugak pacek teruskan agenda kahwin lari tu. Tapi pacek tak nak, sayanglah macam mana pun, tapi bagi pacek, kebahagiaan dan restu kedua orang tua kita tu penting.” – Woww. I’m impressed.



“Yelah, pacek ni dulu kerja nelayan je. Kerja nelayan ni kan orang pandang hina. Status kerja tak menentu.” – Dalam hati aku.. adeh. Terkena, tapi aku tak pandang hina la. Itukan rezeki masing-masing. Asalkan halal. Tapi ye la, keluarga mana yang tak nak tengok anak perempuan hidupnya senang kan?

“Tak lama tu, si Ipah tu pun kahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Masa tu, perasaan pacek tak payah cakap la. Sedih hati pacek. Pacek duduk tepi pantai, dengar je kompang dipalu-palu, berderai air mata pacek kat tepi pantai tu menangis.” – Ini novel!!! Ini drama!! Dah macam cerita kat tv pulak kisah cinta pacek ni. Dalam hati aku nak aje berdekah-dekah ketawa.

“Kemudian, pacek bawa diri pergi Singapore duduk dengan abang kakak. Kat sana cari kerja. Kemudian, ingatkan nak kahwin dengan orang sana.. orang panggil apa.. Orang bayan eh?”- Entahlah pacek, ni first time saya dengar ni.

“Tapi Abang pacek tak kasi. Dipaksanya pacek suruh balik kampung (Melaka) , kahwin dengan orang Melaka aje lah.” – Aku angguk-angguk je dengar story pacek ni. Kadang-kadang aku bagi respons jugak.

“Lepas tu , sambil melayan hati duka yang lara ni. Duduk-duduk depan rumah, ternampak sorang budak perempuan depan rumah ni. Dalam hati , ‘Eh.. lawa budak perempuan ni.


Panjang lagi ceritanya. Macam cerita novel tahu!!
Okay bye. 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

16 comments:

Encik Skema said...

wahaha,,, ceh ,, pakcik tu meluahkan isi hati yang telah terpendam lama di dalam lubuk hati ,, wahaha ,, :D

Jie said...

amboi pacek. panjangnya bercerita kisah cinta. boleh buat novel

Miza Idgihat said...

Sedih cerita pakcik ni. Tapi sekarang mesti bahagia. jeng jeng jeng nak tahu cerita selanjutnya :D

Bagus akak. Jadi pendengar setia.

Tapi memang drama, novel tu dari reality hidup masyarakat kita kok ^^ XD

ezyra daniel said...

ohh zyra pernah ada pengalaman macam ni jugak.abg yg ajar untuk lesen kereta tu dok bercerita je sementara nak amek org lain haha..
btw klik 5 lagi kat sini ye^^

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Bestnyer citer pacek tu yer... ade suspend lak tu :)

Sabrina SA said...

kesian nya pak cik tu.. cinta tak kesampaian T-T Hahaha tapi kelakar lah, pak ni terlebih peramah..

Farrah MF said...

Bukan main lagi kisah cinta pacek ni :)

Mek Onie said...

KEMAIN PAKCIK TU LUAH PERASAAN KAT AWOPPPP,HAHA

Zizie Zack said...

layankan jela zati.. asalkan dia tak melalut.. zati belajar kat melaka ke?

luna paris said...

alamak.. kesian pacek tu.... T.T

nur as said...

Hamboi pakcikkk. haha
tak sabar tunggu sambungan..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ada kisah tersendiri bila bercerita pasal jodoh & melaka.

Anis Ifham said...

ok, tak sabar nak tunggu kesinambungannya. hehehehe

nana liena said...

kita skip2 baca ya zatie.. tapi dapat la tangkap cerita sebenar pakcik ni pasal cinta yg tak kesampaian..apa blh buat..

tiap org ada cerita berbeza..seronok jga dengar dlm msa sama pandai2 jaga diri okay! :)

Cik Balqis said...

Mne smbungan??? Update pelissss!!!! XD
Belog Miss Balqis

Scha Nazri said...

okay. nak sambung kisah seterusnya