HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, November 23, 2014

Bahagian 2 : Cerita cinta pacek kelas memandu



http://my.shareddis.com/p/93zik

Assalamualaikum w.b.t

Oh yaaa , kemain korang eh , beri respons yang cukup baik masa aku cerita pasal kisah cinta pacek haritu sampai tak sabar nak aku buat sambungannya.. ingat aku penulis novel ke?? Hahah. Tahu la kisah cinta pacek tu ala ala novel. Eekkeke.

Yang belum baca meh rujuk sini. Bahagian 1 : Cerita cinta pacek kelas memandu.
Yang nak tahu sambungannya.. jom baca sampai habis. Enjoy and amik pengajaran.

“Sambil melayan hati duka yang lara ni. Duduk-duduk depan rumah, ternampak sorang budak perempuan depan rumah ni. Dalam hati , ‘Eh.. lawa budak perempuan ni.’ Masa tu mulalah pacek kacau-kacau hantar surat, budak tu pun balas surat. Pacek masa tu 26 tahun, yang budak tu 13 tahun.”- Aku ternganga! Mak aiiiihhh. Muda sangat tu. Aku pun tak hendak! Hahaha. Muda lagi kot. Apa je yang pandai buat kan.. hahaha. Aku gelak-gelak aje dengan story pacek ni.

http://my.shareddis.com/p/93zik

“Pacek usik dia, pacek cakap pacek nak masuk meminang dia. Dia balas.. dia cakap , ‘Kalau kau nak aku, aku nak kau kerja darat. Aku tak nak kerja laut.’ Okay then, pacek sahut cabaran dia. Pacek kerja dengan ALAM. Lepas dapat kerja kat sana , terus pacek bagitahu dia pacek nak meminang dia. Lepas tu dia tolak pacek, dia cakap dia main-main aje. Dia dah ada orang yang dia suka. Pacek cakap, ‘Eh haritu kau suruh aku kerja darat kalau nak masuk minang kau, sekarang aku dah kerja darat. Kau tak nak pulak.’”- kekek – kekek mak iloi iloi aku ketawa dengan story pacek nih. Hahah.

“Dia dah ada orang yang dia suka. Kapten kapal dekat ALAM tu, muda sikit dari pacek.” – Gila kau tak nak kahwin dengan kapten kapal??? Hahaha.

“Kamu bukak henpon pacek ni tengok isteri pacek tu. Kecik je orangnya.. nampak muda lagi.. muka iras iras cina sikit.” – aku pun bukak laa. Home wallpaper gambar pacek tu dengan isterinya. Nampak la perbezaan umurnya.

“Tapi pacek tuntut janji pacek. Sape suruh dia bagi respons kan? Kebetulan masa tu bapak dia sakit, bapak dia teringin nak menantu. Masa tu la pacek masuk meminang dia. Pacek dah niat dalam hati pacek , kau kahwin dengan aku, aku akan jaga kau sebaik yang mungkin.” – cara pacek tu cakap masa tu, aku tersentuh okayy.  Lelaki yang bertanggungjawab. I like! Bila dah cakap tu, kena lah pandai bikin kan?

http://my.shareddis.com/p/93zik
 Levi-o-sa !

Alhamdulillah , sampai sekarang perkahwinan tersebut kekal dan mereka dikurniakan 7 orang anak. Walaupun dulu dia teringin sangat nak kahwin dengan lelaki kapten kapal , tapi sebab takde jodoh , rezeki kapten kapal tu dapat kat anak-anak dia. See? Kalau dah rezeki tu , tak ke mana kan? Story line yang cukup cantik dari pacek nih. Haha.

Isteri dia dah boleh jalan sana sini dengan anak menantu semua , cakaplah nak pergi mana. Semua tempat boleh pergi. Serius aku jealous gila waktu nih. Hahah.

Pastu dia cakap dia ada dua orang lagi anak yang belum berkahwin. Lepas tanya umur aku ,
Pacek tu cakap , “Anak pakcik sorang atas kamu la.. 21 tahun sorang.. bujang lagi....”
Dalam hati aku , ‘Jangan cakap pacek ni nak kenenkan aku dengan anak dia plak dahh....’
“... Perempuan.. dia dah nak habis diploma dah..”, sambung pacek tu.

Ceit. Buat aku gelabah je. Hahah. Prasantan pulak engko ni Zati oi. Ekekeke..
Tak lama tu, sampai lah aku ke pusat latihan memandu. Weeee...

The End.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

Cik Balqis said...

Waaaaa...lawakk pkcik tuuhh..hahaha
Tp mmg btl, jgn main ckp je kt lelaki kalau itu ini, cmfirm dituntut. Alhmdulillah la kn, bhagia jugak akhirnya :)
Belog Miss Balqis

Nur Inani said...

hahaha.. perasan banyak tuan tanah ni :P

Farrah MF said...

Determination pakcik sangat tinggi :)

Afiqah said...

hahaha okay lawak :P

Sara Liyana said...

Hahah.lawak

Zierwa Zainal said...

haha..best betul storyline pacek tu.. nasib anak pacek perempuan.. haha

Sabrina SA said...

hahaha ending story ni kelakar xD hahaha nasib baik perempuan, kalau lelaki, haaaa boleh buat menantu ni :p

Najib Ariyan said...

aduiii.... tak senang duduk kalau ada pakcik yg macam ni kan... sibuk nak carikan jodoh untuk anak dia... rasanya zaman ni pakcik, anak dah pandai cari jodoh sendiri yer...

Jari Manis said...

beriya betul pacek tu hahahaha

Hikayat Seorang Budak said...

boleh buat novel cite pakcik tu. hehe

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Rajinnya dia story kat zati.
Seyes akak pun jelles.
Semoga depa bahagia ke syurga.

Puteri said...

boleh pulak selit harry potter hahahaha

Farah said...

Amboi. Kelakar bebenor pak cik nya ni ha.

Anis Ifham said...

lawak tapi ada pengajarannya.

Scha Nazri said...

susah gila nak jumpa pacek mcm ni. perghh. tabikk!