HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, November 18, 2014

Cerita kelas 5 jam



http://my.shareddis.com/p/93zik

Assalamualaikum w.b.t

Selepas seminggu ujian komputer undang-undang , aku diminta untuk menghadiri latihan praktikal 5 jam setengah. Mengenali komponen-komponen kereta iaitu, buat RPK ( Rutin Pemeriksaan Kenderaan ) dan RSM ( Rutin Sebelum Memandu ).

Tunggu awal macam biasa , tunggu punya tunggu. Pukul 8 lebih aku dah call asal tak amik aku lagi. Pacek tu cakap dia tak nampak aku pun kat tepi jalan , oh aku akui aku berada di tempat yang agak tersorok. Maap yer. Naik berdua aje dengan pacek tu , boleh pulak dia perli-perli aku yer.. Haha. Sokay la pacek, saya lebih risaukan hal memandu ni dari bebelan pacek itu.

http://my.shareddis.com/p/91PQo

Pacek tu tengok aku pegang buku memandu , “Buat apa bawak buku ni?
Saya baca la. Bosan sangat tadi masa tunggu pacek.”
Well , aku kalau nak buat sesuatu and untuk make sure semua benda berjalan dengan lancar , aku akan cari maklumat sebaik mungkin beforehand! Haha.

Lama gua tunggu depan opis , kata nya kena sampai before 10am. Tunggu punya tunggu, 10:30 baru masuk bilik untuk atur-atur cikgu. Dapat cikgu perempuan. Alhamdulillah , Cikgu Aini ajar aku dengan penuh sabar dan detailed. Nampak aje muka garang, asalnya aku dah risau takut cerewet bagai.

Tapi tu lahh.. Abah cakap , “Kita bayar dia, memang lah tak boleh marah-marah.”

Ceit bapak aku ni. Patutlah dia marah-marah aku time dia ajar.. sebab aku tak bayar dia. Haha.

http://my.shareddis.com/p/91PQo

Pukul 12 baru start belajar dengan Cikgu Aini. Cari satu tempat teduh untuk aku buat RPK. Pastikan keadaan luaran kereta berada dalam keadaan baik , mengenali komponen-komponen enjin kereta dan peralatan keselamatan untuk kereta.

Kemudian, belajar bahagian dalam kereta pulak. Berpeluh nyahh sekejap. Haha. Kemudian aku diajar untuk kawal kenderaan di litar , pusingan bulatan, pusingan S, parking sisi dan naik bukit.

So far....
Enjin ada mati dua kali rasanya...
Selekoh S biasa-biasa aje... nasiblah tak langgar mana-mana batu.
Untuk parking sisi , parking yang cun. Asalkan ada dalam kotak dah okay dahh.
Bukit. Hmmmm... Citer ni ada sedikit panjang.

Masa diajar tu, ha oke, ha oke. Angguk angguk kepala. Faham. Tak faham itu ini aku akan tanya. Terlupa cara itu ini aku tanya. Bila test sendiri haaaa... dua kali aku sangkut, tayar tak sampai line kuning seperti yang di suruh. Terlalu awal sangat aku berhenti. Undur balik ke belakang... kelakar pulak rasa. Cikgu biarkan aku try dua kali je , pastu terus buat benda lain.

http://my.shareddis.com/p/91PQo

Aku stress bahagian nak balance kan minyak dengan clutch je. Dari time bapak aku ajar , selalu failed kat situ. Tapi sebab cikgu Aini ajar aku satu persatu, aku da dapat tangkap cara yang dia maksudkan. Ada certain soalan yang dia tanya aku boleh jawab..

Pernah bawak kereta tak?”
Tak.”- sorry cikgu. Saya tak nak cikgu expect saya boleh bawak kereta sikit-sikit.

Tak lama tu...
Kata tak pernah bawak kereta, mana awak tahu kena lepaskan clutch baru boleh tekan minyak?”
Aku , “Saya baca buku.”, then aku sengih sekor. Hahah
Then dia tanya lagi.. tak semua soalan aku jawab dengan betul.  Ada betul, ada salah.

Mahirah cakap dia datang kelas untuk 5 jam ni dia tak baca buku pun. Ahhh aku tak peduli. Aku nak baca jugak, kang dia tanya itu ini aku nak jawab apa? Hhihi.

Habiskan 5 jam setengah tu dalam sehari je. Aku tak rasa lama pun.. Aku suka belajar dengan cikgu Aini. Memang la dia tak lawak macam cikgu lelaki yang lain. Tapi dia selitkan jugak lawak-lawak sikit dengan muka serius dia tu. Hehe.

Yang kelakarnya lagi, bila kita dah boleh kawal kenderaan, cikgu akan ajak sembang sikit ingatkan balik itu ini, aku pulak tengah dok sibuk-sibuk pusing tayar jenguk luar nak belok bagai. Haha. Busy sangat ke pulas stereng tu jahh? Haha.

Sampai kat rumah, dah petang. Petang tu aku da pening-pening kepala, ku tahankan agar tidak tertidur. Lepas maghrib da tak tahan sangat, aku terus pengsan dalam bilik sampai la 10 lebih. Bangun-bangun je aku terus jumpa mak aku yang sedang menjahit..

Mak.. akak mimpi. Akak still tak lepas bahagian bukit tu.. asyik berundur je kereta nyaa.”

Then aku kena gelak dengan mak and adik adik aku. Ceit. Macam dah parah sangat. Ingat masa tidur aku takdelah aku pikirkan sangat sebab dah penat. Bangun dari tidur je aku terus geleng kepala.

Dalam hati.. “Kau dah kenapa Zati?”.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

23 comments:

Hikayat Seorang Budak said...

pergh, lima jam sekali harung. hehe. terbaik r zati. bila nak jpj? moga lepas la bukit. kite haritu kat jalan raya time jpj je x mati enjin. kat litar pun ok la. nasib lulus sekali je. XD

Farah Waheda Wahid said...

semoga berjaya mendapatkan lesen...he he he...

Izzati Amira said...

@Hikayat Seorang Budak

semoga nasib kita sama... hehe.

Izzati Amira said...

@Farah Waheda Wahid

time kasih (:

Hafiza AizZawa said...

kelas paling best kelas memandu.. dpt pulak cikgu sporting.. hehe..

Syaza Raihanah said...

Goodluck! SR belum amik lesen lagi... Jealous dengan Zati :D

NoorNazuha said...

Hehehe.akak dulu gagal ujian teori berkomputer kehkeh..x psl2 kena byr lagi sekali...memang salah sendiri sebab tak baca

Siara Elina said...

Hahaha bapak ajar marah2 sebab tak bayar dia =P

Lima jam? Lama tul --'

Apa2 pun, gudluckkkkk kkk. Semoga usaha x sia2 ^^

Najlaa 'Aqilah said...

lawaknya gif! hahaha

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

nur as said...

haha sampai mimpi.
Kite penah tak lulus jpj, haha
tp pengalaman mematangkan kannn.
Bukit buat mmg lepas. Parking jee asek failed. Kah kah

btw, good luck lah jpj nanti yee..

Zizie Zack said...

alololo.. sian dia sampai mimpi2 haaa.. hahaha

Farah said...

Semoga berjaya dapat lesen. nak bagi tips pun tak boleh sebab diri sendiri takde lesen.

Scha Nazri said...

haha. sumpah akak tringat dgn kenangan belajar drive. haha. omey lah zati ni

fayreen mizan said...

Waah... tak lama lagi ada lesen laa ya. All the best :)

CikSiti said...

salam zati,
good luck yer..jangan jadi mcm akak ni ha 4 kali test jalan raya baru lulus hehe

Anis Ifham said...

teringat masa test jpj kat bahagian bukit.. pakai kereta cikgu lain, dan masa dah naik kat atas bukit tu, memang dah cun, cantik. sekali nak turun dari bukit.. handbrake dia keras gila, masa tu jantung macam nak terpecah, ye lah, kalau terundur confirm gagal, jadi kita pun tekan minyak kuat-kuat tangan sebelah menghentak-hentak handbrake. Alhamdulillah, nasib baik lulus. hiks.

Farrah MF said...

Kesian dia,..penat bawak kereta sampai terbawa-bawa ke mimpi. All the best, Zati :)

CT Humairah said...

lima jam ? kalau akak tidur dah hahaha.. tapi hazab tu kejap aje. dah dapat lesen da lulus rempit lah apa lagi hahaha..

Gee Lion said...

setakat ini saya masih pass bahagian bukit. tak tahulah nanti test JPJ macam mane.. hehe..

Cik Fafa said...

saya pun ada masalah nak imbang clutch dengan minyak. sebab tu la tak lepas test jpj. asyik2 mati enjin.haha

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Haha..lepas ni kena bagi bayaran kat bapak.

nana liena said...

itula tidur lagi petang2.. hehehe..

mamai2 dah tu..

cikgu perempuan ada yg okay ada yg garang mengalahkan lelaki..tp tak apa la..nanti dah habis semua bebas dah

zakira afina said...

hahaha same laaa kalau part bukit tuuu memang hmmm laa jawabnya. tapi lama lama bolehlaa hihi. InshaAllah ka zati lulus nanti ni sebab sampai termimpi mimpi hahaha.