HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, November 16, 2014

Cerita ujian komputer undang-undang


Assalamualaikum w.b.t

Haritu dah cerita pasal first day aku masuk kelas kursus pendidikan 6 jam tu kan. Orite, sekarang nak cerita pasal ujian komputer undang-undang yang aku dah ambil last week. A little too late to story huh...im quite busy lately.

Okay jom kita mula baca.

Lepas dengar ceramah 6 jam tu, dia beri masa 3 hari sebelum tarikh ujian berkomputer tu. Hari pertama aku relax lagi. Hari kedua pun aku relax lagi , cuma waktu malam tu aku ada la bukak buku sikit. Ada jugak aku dengar cerita dari kengkawan aku yang ade pernah failed dua kali , tu sebab tak baca buku la. Yang biasa-biasa pernah failed sekali. Yang baca belek-belek gitu , lulus atas pagar. Hmmm, bunyi macam susah.

Tapi aku terpikir jugak, macek pacek yang baru nak ambil lesen ni mesti lah kena ambil ujian ni jugak kan, so impossible la soalan susah babengg sebab dah tentu ramai giler yang akan repeat ( baca ceghita gua dulu sampai habis ). So, aku pun rasa macam nak tak nak aje baca buku , pada waktu yang sama aku risau jugak kalau aku failed. Satu hal aku nak menyusahkan diri aku sekali lagi kan...


So, aku buat keputusan aku baca buku. Agak teliti la jugak aku baca itu ini sebab mungkin akan ada certain parts yang aku boleh blank. Demerit and papan tanda yang jarang aku jumpa kat jalan raya lagi...

Cikgu cakap... kalau nak target , jangan target LULUS sahaja. Target lebih , kalau tergelincir sikit takpela asalkan tak failed kan. Jangan target 42 sebab nanti mungkin akan dapat 40 or 41 kan.

"Target 50! Takpun 55 lagi bagus." - Walaupun soalan tu ada 50 je. Hahah.
Aku target 50. Setiap hari aku cakap dengan mak adik aku, dengan diri sendiri.. aku target 50!! Positif! Hehe.

Besoknya, pergi awal macam biasa. Okayyy, aku orang yang first sampai.... Bukak buku lagi. Kita baca lagi.



Bila dah cukup kuota tu, ahli perempuan yang semuanya 9 orang bergerak ke satu tempat untuk jalani ujian tersebut. Serius jauh gilaaaaaa. Aku dah nak tersengguk-sengguh mengantuk dalam van tahu! Pulak van tu kejap kiri kejap kanan! Yang pacek bawak van ni pulak sonyaappp tak ramah sangat , aku terpikir jugak ,

“Asal jauh sangat ni? Ke dia nak bawak kiteowang ke tempat lain? Haa sudah!!!”

Aku takde la sinetron sangat secara realitinya... aku je suka pikir benda-benda yang mengarut. Miahahaha.

Dalam dok mengantuk tu jugak aku tengok-tengok buku. Budak-budak lain tutup buku dahh , tak boleh masuk katanya. Aku still dengan buku. Titik. Bila dah sampai tu, aku orang first yang turun, aku lah orang pertama yang berurusan dengan penjaga kaunter.

Mintak ICRM10...duduk situ kita ambil gambar.”-kata Amoi tersebut.

The best part is... dengan naik van tadi terhuyung hayang, angin dah tiup tudung gua kemek sana berlipat kungfu spring sana sini. Dia suruh aku ambil gambar?? Nyosal eden tak pakai tudung saji. Ergh! Okay fine, aku berserah aje lah ape nak jadi dengan gambar tu. Masuk bilik kita terus buat ujian yer.

Ujian satu pertiga. Nak check rabun warna or tak.
Walaupun aku tahu aku tak rabun warna , tapi aku cukup berhati-hati time jawab soalan ni. Kau salah satu soalan habislahhh.... Double check kot. PASS. Next...

Ujian dua pertiga. Check rupa bentuk objek.
Sama ada bulat , bintang, petak, nombor, huruf dia bagi soalan. Double check. PASS. Next...

Ujian tiga pertiga. Ujian undang-undang jalan raya.
Lima puluh soalan. Ada tiga part. Tak silap aku, soalan kedua or ke tiga, aku dah cuak (padahal ni part yang senang). Ada jugak signboard yang aku tak pernah jumpa pun kat luar and dalam buku tu, tiba-tiba keluar dalam ujian komputer ni. Hahah. Watdehekkk. Heheh.

Baru jawab soalan berbelas-belas , aku dah rasa macam lamaaa gilaaa. “Baru 14??”. Okay kita teruskan menjawab lagi. Sambil jawab, sambil tu la aku detect berapa banyak yang aku salah, means soalan yang aku tak yakin dan tak tahu jawab, aku dah bilang siap-siap dah. Selesai 50 soalan, aku rasa 10 soalan aku out. Aku dah start geleng kepala, ni failed ni.

Aku semak balik soalan dari awal, betulkan apa yang tak betul. Yakin kan jawapan kat soalan yang aku tak yakin. Hahah. Lepas double check tu, aku rasa 5 aku akan salah. Bismilahirrahmanirrahim.

SUBMIT.



Dapat result je aku jadi blank. Mana satu markah aku ni?? Dah nampak dah satu nombor tu, cuma aku tak pasti. Keluar aje dari bilik tu, penjaga kaunter tu bagi aku slip. Alhamdulillah. Lulus. Impressed satu hal, tak sangka result flying colours~~ pui. Hahaha. Ni pun sebab baca buku kan. Ingat lagi tak budak 18 & 19 tahun yang duduk sebelah aku haritu, dorang pun lulus. Yeay. Kawan aku yang sorang tu pun lulus.

Masa tengah tunggu orang lain jawab soalan tu, barulah aku teringat. Mungkin pacek macek ni dia tak ambil ujian berkomputer.. mungkin ada yang ambil secara bertulis dan lain-lain.

Then aku call mak aku, suruh adik aku datang ambil, sebab pakcik yang nak hantar balik rumah tu kata lagi 3 jam dia baru boleh hantar. Oh myyy. Memang tak la aku nak tunggu. Macam macam aku boleh buat sementara nak tunggu pacek tu hantar.. antaranya.. tidur. Hahaha.

Mak aku tanya okay or tak. Aku jawab nak tak nak je. Mak aku cakap, “Hmmm tak okay la tu..”. Dalam hati tersengih-sengih.

Balik rumah aku kena tarik telinga dengan mak, sebab lakonan aku menjadi sangatlah katakan.. hakhak. Aku gelak-gelak.. “Anak sape!....”... sila baca dengan nada yang betul yer.

Alhamdulillah. Dipermudahkan. Next... latihan praktikal 5 jam pulak. Adioss!

Pics credit to google & tumblr
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

19 comments:

Faris Yahani said...

Jom join pencarian bloglist.
Mudah sangat syaratnya .
Jangan buang masa . Jom ..

http://faris-ris.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

zakira afina said...

wahhhh tahniahhh kak zati!

sya said...

time ceramah 6 tu boring tahap siput nagaaa hoho!..

ezyra daniel said...

muka haha sentiasa blur..
hehehe kelakar je.
btw klik 5 lagi kat sini^^

Miss Yana said...

Wah..tahniah..biar skali jer jgn bkali2, bt abis duit jer..huhu

Miza Idgihat said...

Hahaha ok tak boleh blahh sebeum kak zati suruh sebut dengan nada yang betul. dengan automatik dah sebut anak sape XD

Tabarakallah. Alhamdulillah. Tahniah kak. Moga Allah permudahkan urusan seterusnya :D

Zizie Zack said...

tahniah la.. akak sejahk fail ujian komputer, xambil2 lagi dah.. bila la nak ambil lg ni.. hihi.. satu markah aje lagi kot T____T

Gee Lion said...

lesen L kita dah nak mati.. dah dekat setahun tak renew and tak g kelas.. hak3..

Cik Fafa said...

teringat pulak kisah lalu. dugaan betul masa nak ambil ujian komputer tu. nasib baik lulus. tapi lulus ujian komputer ja laaa. ujian jpj sampai sekarang belum repeat.haha

Deanna Morni said...

saat yg mendebarkan bila amik lesen kan...all da best yee :)

Izzati Amira said...

@Cik Fafa

aisehmen. doa2 kan la kita lepas ujian jpj nnti. huhuh (:

Jie said...

Tahniah tahniah :) singgah sini

Farah said...

Tahniah ya! :)

Sabrina SA said...

tahniah kak.. no pain no gain hahah :p ina baru 15 tahun, tp dah excited teringin nak bawak kete hoho. but bila baca entry pasal ni, rasa macam susah pulak ambil lesen

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Wow flying colors tuh result.
Semoga segala nya dipermudahkan.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Tgk kereta atas tu...
Mak oiii lajunya.....

Anis Ifham said...

waaaaa. lulus exam berkomputer, tahniah!

Scha Nazri said...

akk fail first test sbb takde buku nak baca. hampagas btul.

nana liena said...

biasa orang ambil mudah,sebab fikir soalan snang..mmg senang cuma kena fikir betul2 bukan main klik2 ja.. markah tinggi la tu..ehehe..tahniah yea