HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, November 5, 2014

Kes buli lagi dan lagi


Assalamualaikum w.b.t

Entry berunsurkan pendapat. Tak setuju? Boleh pergi jalannn.. Hahah..

Kecoh memang kecoh. Tapi masalah sering timbul dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan.... tahun demi tahun. Apa yang aku boleh cakap fasal kes buli nih? Aku memang pantang!! Bukan disebabkan aku pernah mempunyai pengalaman dibuli , tapi mungkin sifat perikemanusiaan yang sangat tinggi dalam diri dan masih dipinjamkan akal untuk berfikir , bezakan mana baik dan buruk. Semuanya ada batas kan?

Adakah korang menggunakan pinjaman dan kurniaan akal itu sebaik yang mungkin?

Terus terang lah aku cakap. Aku tak tengok langsung video kes buli yang dok berapa kali ntah diulang tayang kat tv. Even, kes sebelum nih pun aku tak pernah tengok. Sekali imbas tu ade lah, sebab mata hati aku nih sakit tengok budak-budak sekolah atau bayi atau kanak-kanak seumpamanya diseksa, dipukul atau diterajang. Der, semua orang tahu benda tu sakit. Badan sakit , mental pun sakit bro.

Aku percaya, dorang nih memang tak tahu menggunakan akal untuk berfikir.

Raging? Raging kepala kaki tangan dia.... Kau tak nampak ke budak tuh dah berteriak nangis bagai mintak simpati ???? Ishhh , nak buat 5/6 lawan 1. Dah tentu yang junior tu kalah , tok sah dok pikir la yang kecik tu akan bertukar jadi hero hindustan or hero tamil ke hape ke.. budak tu melayu , yang cinonet yang masih tak ada daya yang kuat untuk berlawan dengan manusia konon 'Gengster' macam engkorang nih. Kecik-kecik lagi si berlima/enam ni dah bingai. Haihhhhh.

Sorry to say, selayaknya mereka ini dipanggil bodoh tak bertempat. Hmmm , kenapa aku rasa perkataan bodoh ni macam tak sesuai je? Lantak lah... korang boleh pikir sendiri dorang ni layak dipanggil apa.

Selalunya kes macam nih berlaku dekat sekolah asrama , but hey.. aku tak menolak sekolah biasa pun ada jugak kes macam nih tapi pernah dengar kan... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga? Aku sendiri tak menggalakkan adik aku duduk sekolah berasrama. Lantaklah cikgu or orang sekeliling nak cakap apa even result bagus sekalipun.. biar adik-beradik kita nih membesar depan mata keluarga kita sendiri. Semua hal ehwal dia kat sekolah kita boleh tahu directly. Itu mentaliti tak matang aku mengenai sekolah berasrama. Itu pendapat aku. Dulu pun aku pernah kata sekolah asrama nih best lah woi.


Lagi , untuk keluarga mangsa yang di buli. Tolonglah jangan ambil remeh aduan daripada anak sendiri. Mesti ada sebab kenapa anak-anak anda yang asalnya seorang yang ceria tiba-tiba je jadi pendiam dan susah untuk bergaul dengan orang luar. Ada sebab. Selidik hal ini sebaiknya.

Punca timbulnya pembuli.
Mostly orang akan salahkan ibu bapa. Aku tak boleh nak tolak fakta ni 100%. Sebab... majoritinya berpunca pada yang ini. Didikan, perhatian dan kasih sayang itu sangat-sangat kurang. Okay lah, kita paham lah kan.. ibu bapa sibuk dengan kerjaya nak cari duit nak kasi anak-anak mereka hidup senang. Aku petik ayat kawan aku yang sorang ni...

"Mak bapak ni tak pernah tahu, yang anak-anak mereka nih bukannya gilakan harta dunia. Tak payah kejar lebih.. Anak-anak hanya memerlukan perhatian mak bapak dia je." - kawan aku.

Bagi aku, ada betulnya apa yang dia cakap tu , sebab dia adalah salah seorang yang pernah kurang dapat perhatian dan kasih sayang daripada keluarga membuatkan dia tersasar sedikit. Tapi kita kena fikir jugak , ibu bapa buat semua tu bukan sebab kepentingan diri mereka sendiri.. tapi untuk KITA. Anak-anak dia.

Pergaulan. Sebagai orang yang rapat dengan anak-anak , amatlah wajib ibu bapa itu ambil tahu dengan siapakah anak-anak mereka berkawan. Make sure , anak-anak kita berkawan dengan orang yang baik tingkah lakunya dan sikapnya tidak memudaratkan akhlak anak-anak kita.


Sebenarnya , banyak lagi faktor-faktor yang menjadi punca kes-kes macam ni. Tapi, tak nak lah aku ulas panjang kat sini. Dah macam karangan pulak nanti.

Asas pendidikan bermula dari rumah. Anda mampu mengubahnya.

p/s : Perasan tak gaya hidup manusia zaman sekarang , dek terlalu mengejar dunia berteknologi. Apa yang dorang buat kat anak dorang? Even yang bayi pun dihulurnya tab , bising sangat asyik menangis. Baik tak payah beranak!!

Maaf lah entry kali nih ada terkasar bahasa sikit. Aku dah cuba sedaya upaya untuk gunakan perkataan yang sesuai.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

20 comments:

hidayu ayumie said...

Tula dulu xnk dok asrama sbb cmni laa...mintak dijaohkan dr kes2 buli ni..
sakit ati bile tgk... kalu smpai cmni pon xserik jugak xtau la.. kecik2 dah pndai.. bile da besar

Erin said...

bukan setakat buli menjadi2. budak skrg makin kurang ajar. haa. :D

Syaza Raihanah said...

Salah satu sebab kenapa taknak duduk asrama/hostel. Sekarang ni macam-macam berlaku. Takut dibuatnya..

Freak_ rare said...

sekolah aku sering pergaduhan bu buli x de lah kot.

Freak_ rare said...

#berlaku

Farah said...

Tak tengok pun video buli yang orang kata hangat sekarang ni sebab memang tak suka.

Gee Lion said...

- muda, darah panas.
- duk asrama, makpak takde, rasa bebas, melencong.
- cikgu, marah sikit. mengadu kat makpak. makpak datang serang cikgu. besar kepala. bangga.
- filem, gangster sana gangster sini.. tiru.
- viral. belasah budak dapat masuk internet. jadi femes.

antara punca-punca budak jadik pembuli. hurmm.. frankly speaking, saya pun tak tengok video tu. takde paedah. rasanya dari dulu lagi situasi ni wujud. kita tahu keadaan dia macam mane. cuma sengaja buat pekak telinga tutup mata. hurmm..

Siti Zawiyah Rahmat said...

Tak sampai hati nak tengok video tu. Di harap ada tindakan terhadap budak yg membuli tu..

Hikayat Seorang Budak said...

kebanyakan kes buli yang aku perasan banyak jadi kat budak laki. aku rasa dorang ni pengaruh tv dengan kawan2 pun ada. kadang sebab nak tunjuk hero konon. tapi tv pun satu, video tu dikecam tapi duk ulang2.

Nur Shazleen said...

Setuju sangat sangat!

Encik Skema said...

kes buli sekarang makin menjadi jadi, sebab apa ?

sebab ibu bapa terlalu ambil mudah , anak lelaki bergaduh , biasalah lelaki ,

anak perempuan bergaduh berebut pakwe, biasalah umur meningkat remaja ,,

so tak hairanlah kalau kes buli ni ibu bapa boleh cakap ,
"biasalah buli kat asrama, itu pengalaman, semua orang kena apa," ,,

inilah dunia sekarang ,, :D

Eda Johari said...

betul, otak bingai.. kononnya abg long kawasan gituu.

Hakim Zaini said...

Sabar jela kan, semoga belia kita sentiasa diberi petunjuk. amin :)

Izzati Amira said...

@Gee Lion

betul tu. nak jugak sentuh pasal pengaruh cerita2 kat tv... budak2 yg tak fikir pnjg akn mundah terpengaruh nk tiru gaya pelakon.

Izzati Amira said...

@Hikayat Seorang Budak

setuju jugak psai pengaruh tv tu. drama/file gengster2 seumpamanya

Farrah MF said...

Personally, bagi akak masalah begini berakar umbi dari rumah. Ibu bapa mainkan peranan yg sangat penting utk didik anak2 dari kecil. Tak boleh harapkan orang lain...tak boleh tuding jari pada orang lain.

Zizie Zack said...

akak dulu sekolah berasrama. memang kes buli ni byk. masa akak sekolah dulu, xdengar pulak buli sampai pukul2 mcm ni. buli ambil baju mhala junior, suruh junior tu jadi mak nyah, pecah masuk asrama puteri, adala.. bila akak jadi senior, junior pulak buli kitorg. hah, pelik kan.

memang geram la tgk video2 tu. rasa nak menangis sebab terfikir kalau adik sendiri kena mcm tu. akak selalu pesan kat adik2 bila nak balik asrama, jgn pernah naik kaki tgn kat org lain. buruk padahnya nanti. alhamdulillah, dorang jadi 'lebih manusia'. memang ada pro and cons pasal asrama. ini semua gejala x sihat ni. ikutkan kawan la kononnya. panjang pulak komen ni. hehehe

nana liena said...

dulu kes buli tak kira kat asrama ke sekolah biasa,tak ada la seteruk mcm sekarang..sekarng parah perangia yg membuli,ada kes sampai yg dibuli mati. mcm komen yg lain,semua berpunca dr perskitaran,filem,keluarga etc.. tp semuanya bermula dr diri sendiri. kalau ada masalah atau bengang dgn sesiapa,bersemuka cara elok,jangan ikutkan emosi

byk video buli,mostly tengok kat tv,malas nak buang masa buka youtube o facebook..huhu..sedih ja tgk anak muda sekarang

Cik Balqis said...

Skola harian pun sme. 2X5. xde beza pn. Ada juga kes buli..cuma xde masuk paper jee, xde video rakaman mcm kes yg lain. Skola sy blmbak kes buli..baik yg dilaporkn atau x. yg jdi tukang buli, x kira meayu, cina or india. 1msia maa..Huhu

Scha Nazri said...

akak pun xntgok video tu. nanti sakit hati. kesian budak yg kena buli tu. trauma boleh sampai ke besar.