HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, November 10, 2014

Mana perginya common sense?


Assalamualaikum w.b.t

*Maaflah jika entry kali ini berbaur kemarahan sedikit. Gua bengang sebenarnya.

Bukan ape lah kan... Bukan ape lah kan.. *teringat satu entry blogger Namee Roslan pasal nih , serius kelakar* . Tapi nak cakap jugak lah kan, nak kata hangin... tak jugak lah. Tapi geram tu ada. Kechik besau kechik besau je aku tengok orang-orang macam ni.

Wahai kaum perempuan sekalian, u ols kalau dah siap solat. Boleh tak terus keluar jangan semakkan lagi surau tu??? Maksud aku, dah tahu surau tu ruangnya sempit.

Kat situlah kau nak borak dengan kawan-kawan kau..
Kat situ lah kau nak bergosip bagai , eh hello???

Kau tak nampak ke ramai lagi gegurls nak solat perlu kan ruang?
Kau tak nampak ke gegurls yang tengah solat tu nak khusyuk dalam solat?? Tak nampak eh? Takde common sense langsung!!


Satu hal lagi, yang tengah mensus tu. Sorry to say. Kita faham, awak cuti tak boleh sembahyang kita faham. Tapi, bila tibanya waktu kemuncak solat, boleh tak keluar dari tempat surau tu, tolong lahh faham. Situasi yang aku selalu jumpa, time nak solat kat surau Uitm Lendu. Yang menggembirakan.... expression muka dorang nih memang thorbaik lahhh. Buat derkk aje.. “Ade aku kesah?”, ha macam tu lah muka dia. Hmmmm.

Paling best, bila yang sengsorang tu takde geng nak ajak borak, boleh pulak dia on call dalam surau tu. Panas aku panas. Even aku dah habis or belum solat waktu tu, consider lah sikit kat orang yang tengah solat tu. Kau cakap kuat aku sakit hati , kau cakap slow tahap berbisik-bisik pun orang boleh dengar lah wehhhh. Tak boleh ke keluar dari surau , then cakaplah sepuas hati kau. Erghhh.

Aku pulak yang panas. Nak hashtag ape? Aku yang on call , kau yang panas?? Aku panas lah kalau kau on call dalam surau menganggu orang lain tengah solat. Yup aku panas.


Tapi sayang seribu kali sayang , nak ditegur... orang zaman sekarang nih bukan boleh terima teguran sikit pun. Nak nak dari orang luar , even aku pun kadang-kadang macam tu. I feel you , tapi kemon lahhh.. Kalau dah nampak situasi macam ni takkan tak faham lagi kot??

Ada yang pernah mengalami perasaan macam aku ni? Ke aku yang selfish? Ke aku yang sibuk fikir pasal orang lain , padahal orang lain tak kesah pun? Padahal dorang lagi suka ramai orang bersesak dalam surau tu? Ke macam mana?

Okay bye.
Maaf yer sebab aku kasar sikit kali nih.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

Syaza Raihanah said...

Harap dengan adanya entri ini memberi sedikit kesedaran kepada semua. Huhu :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Orang laki pun sama Izzati... Masa kat u dulu, surau dah la kecik dorang lepak lak situ...

Jari Manis said...

Terima kasih Izati kerana sudi singgah di blog sis JM..sso datang buat kunjungan balas nih

berkenaan dgn bersesak2 di surau pastu berckp kuat seperti di pasar..mmg di mana2 pun ada org mcm tu..kat tempat kerja sis pun sama..bukan budak2 lagi..ada yg dh dewasa dan berumur..dorang ni mmg x faham langsung dan x peduli dgn org yg solat..sebenarnya x baik kalau mengggangu org bersolat atau buat bg org laion x kusyuk..kira dosa gak tu..dorang ni x faham agama kot..eh!! sis JM lak yg nk mengamuk hahaha

Aisya A. said...

nak on the phone, nak menyembang dalam surau volume kena control. hormat org yg tengah solat. itu sendiri mau ingat lah. dah besar.

Cik Nadyya said...

alahaii.. ini salu terjadi.. terselit sana sini.. pastuu bt bising.. tuuyg susa..

tkpe la sabar ye..

Farah said...

Geram juga kalau jumpa orang macam ni.

Scha Nazri said...

memang tak suka org mcm nii. kekadang memang sound je. kasi setepek kt muka.

Cik Balqis said...

Phmmm sgt. Sllu kne. Xreti nk hormat lgsg. Da xde adab. Typical malay yg LOSER. eh..terover plakk..hoho
Belog Miss Balqis

Azwar Syuhada said...

typical orang perempuan memang macam itu, hahaah..Azzwar pun kekadang bengang jugalah. Nak buat macam mana, takkan nak sound plak. :)

Barniyah Ammara said...

Itulah, tak khusyuk jadinya. Bergelak-tawa dalam tu. :|

Deanna Morni said...

betul tu..saya paling xsuka kalau ruang solat kecik..tapi de plak yg tumpag tido sambil berdengkur....adehhh....semoga Allah memberi hidayah kepada beliau..

Aqilah Azmi said...

Oh sakit nya hati terbayang ni heehehehe
Kalau nak borak pun on call mcm takde tempat lain dah dlm dunia ni hauhhhhhh girlssss

Anonymous said...

Erk, apahal tegor dlm blog? diorang bole dengar ke? jumpa derek ckp elok2 xpon tampal memo, paling x pon bgtau jak pihak bkaitan yg ada kuasa atas surau tu, setakat buat gempak dlm blog msalah xkan selesai.

wek :p

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ye lahhh..surau tempat beribadah.
Jangan dicemari dosa.
Reminder to self.

nana liena said...

betul juga kata cik anon tu.. huhu..
kalau ada ajk surau ke apa bagitahu masalahnya.. tulis memo..,tapi kalau tetap juga ada yang buat perangai mcm tu tak tahu nak kata apa la.. pernah jga alami situasi mcm ni..lepas dah solat,ekemas2 n blah cepat, bukan kita sorang nak guna surau kan..