HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, November 2, 2014

Minat bola?


Assalamualaikum w.b.t

Minat bola?? Personally, aku bukanlah peminat bola. Takde lah tak tengok langsung. Aku hanya tengok bila ada perlawanan antara pasukan negeri Perak dengan negeri lain , takpun pasukan Malaysia dengan negara lain... dan secara paksa. Miaahaahah. Why? Sebab aku bukan peminat bola sepak. Tengok bola bila masa aku rasa nak tengok kecuali jika dipaksa. Hoho.

Dulu selalu pikir macam ni.. Pemain bola sepak pasukan Perak , mesti dia tu orang Perak. Yang lahir kat Pahang, main bola untuk Pahang... hoho. Itu dulu.... pemikiran budak-budak..

Apa yang aku buat kalau aku tengok bola?

Satu.. Tengok game dengan penuh rasa berminat. Maksud? Mengharapkan pasukan yang disokong itu sentiasa menjaringkan gol.

Dua.. Cuba mengenali siapakah pemain bola sepak yang berada di posisi penyerang. Antara orang-orang yang bakal mengharumkan nama pasukan. Meh meh meh~ Ingat lagi dulu, pasukan bola sepak negeri Perak ada Khalid Jamlus. Sampai sekarang aku ingat dia je.. tapi ada cerita dia join geng Selangor.. hmmm hampeh. Ekekek.... Ade lagi, Keita Mandjou.. mana eh dia sekarang? Bersara dah kot.

Tiga.. mmmm...

Nak cakap, fokus aku kadang-kadang mudah tertanggu jugak bila tengok bola ni. Bukan pervert hokayyy, tapi selalu ter-usha pemain-pemain yang tonggek nih. Miahahaha. I ols tak sukaaa , tapi selalu tertengok.. kuang kuang kuang...

Sejak dapat tahu fakta pemain bola sepak ni mostly nya tonggek, mesti aku akan pandang kat situ untuk tengok , betul ke?? Miahhaha. Masa tu aku form 3 , aku usha kawan aku punya. HAHAHAHA.

Apa yang aku tak suka mengenai bola..

Penyokongnya terlampau fanatik! Sanggup melakukan apa-apa sahaja demi bola. Macam mana eh? Aku malas nak ulas panjang (macam panjang je) , tapi macam mana eh?? Ada sesiapa peminat fanatik bola sedang baca ini? Ulas sikit tahap fanatik anda tu macam mana kat i ols.. I ols tak dibesarkan dalam persekitaran dunia segalanya bola. Hakhak.

Jawapan makan tak basah mandi tak kenyang terlampau cliche lahhh.

Untuk perlawanan tadi malam, i ols support Pahang lah.  Pahang umpama negeri kedua i ols selain Perak. We've been there so many years. Korang??? Tahniah Pahang.

p/s: Harap-harap, bakal suami tak minat bola.. hehehhe.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

14 comments:

Jie Najihah said...

Saya ! Saya minat bola ! hihi tapi tak de la fanatik sangat. Eh ! akak org perak ke? Sama lahh kita. hihi. tp game semalam mmg kuciwa sikit sbb sokong JDT, last2 Pahang yg menang. btw, Tahniah Pahang ! ^_^

Farrah MF said...

Akak tak minat bola. Rules bola, satu game main berapa lama,..satu apa pun akak tak tahu...huhuhu buat marah fans bola je kan...

At least Zati ada juga cuba tengok bola, walaupun lepas tu ala-ala menyimpang sikit (yang ke tiga tu buat akak gelak!)

Cik Balqis said...

susahh nk cari lelaki xminat bola dikk..haha XD

Aimi Syafiqah said...

Me too. Tak minat bola ^^

Sabrina SA said...

kak mira sokong pahang ke? oh, tahniah ye pahang menang ^^

tiey smilez said...

Saya suka bola tp xsuka people yang over fanatik sangat yg boleh menyebabkan pergaduhan.

Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

Cik Nadyya said...

xminat bola sungguh!!!!!!!! langsung xhingin ngok bola.hhaha tp pna la tmnkn kwn ngok bola.,. bayangkan la.. bape jam kan.. dan yg pasti xthu bape kali sy mguap..hahahah ;p

tp sy support JDT.. iaa tanah kelahiranku.. rasaaaa sedih la jugek.. tahniah pahang.wuuuuuuu

luna paris said...

hahahhaa.... tak minat gak.. p kalo ade org bukak tv layan jela... at least ade laa bende nk nyampuk kalau kawan2 opis borak pasal bola... hahahahhaha..

Eda Johari said...

sama laa kureng minat... sokong sebab tgok muka. But malam kelmarin sokong pahang jugak. Huhuhu... Pemain pahang ada sorang tonggek. kan? ahahahaha

Anis Ifham said...

susah nak cari lelaki yang tak minat bola sepak ni. hehehe.

nayfatimah rasyid said...

suka tengok bola ...
tak kira laer local or oversea ... semua pon suka , if a sports or games memang akan tgk ..;)

hidayu ayumie said...

Xminat lgsung bola..
tp.sejak kawen ni terjerumus lak...
tp xde la fanatik sgt..
takat tgk2 kt tv boleh la

nana liena said...

kita tak minat sangat walaupn perangia kita mcm tomboi sikit..haha.. tak lwak..btw,apa2 rules dlm game bola kita tak pernah tahu atau cuba faham..

org2 lelaki kat rumah kita pun tak berapa layan bola.. bagus betul

maria s said...

Tak berapa minat Juga tapi tak boleh jadi kalau semua duduk berjemaah depan tv tengok bola,last2 tumpang sekaki jugak, macam mana tu dik..hihi