HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, November 22, 2014

Mini reunion with ex-classmates

Assalamualaikum w.b.t

Malam semalam kami ( aku dan kawan-kawan ) buat mini reunion. Saja.. dah lama kot tak jumpa , masing-masing dok busy dengan belajar laaa... kerja laa.. game laa.. Last jumpa , raya dua tahun lepas. Padahal rumah masing-masing takde lah jauh mana. Busy mengalahkan YB. Hek alaa dorang ni.

Aku kenal dengan dorang pun setahun je , maklumlah.. dah form 5 pun aku still pindah sekolah. Tapi , relationship dah macam kawan lama.. kau kutuk aku, aku kutuk kau. Ekekeke .. tapi dorang ni jenis kawan yang sentiasa support masing-masing. Dalam kutuk-kutuk pun we're still care about each other.

Plan 2-3 hari sebelum. Aku yang cadangkan tempat makan , orang kampung... tak pergi jauh laa.. lagipun kat situ murah. Lagi satu , kita keluar sebab nak borak-borak tanya khabar. Bukannya nak perabihkan duit. So, after 8:30PM aku, Timah dengan Wani dah terpacak kat kedai. Ada beberapa budak lambat sikit. Aku namakan mini sebabnya , 7 orang je yang datang. Miahahah, dah yang lain krik krik je. Diam tak berisi , malas lah nak kacau. Nak join cakap, tak nak join takpelah. Kita paham orang busy macam mana. Pui.

 
Gambar tak clear , suasana kedai gelap ahh.

Kitorang ni memang tak formal. Cakap lah apa nak cakap. Aku gelakkan kau, kau gelakkan aku. Yang bestnya , bila jumpa kengkawan lama ni , perangai masing-masing tak berubah. I miss you guys. Im having a great last night because of you guys. We're laughing hard a lot. Terutamanya aku dengan Wani , haha. 

Keri laa.. Dalam wassap senyap aje tak nak join. Malu nak jumpa kiteowang. Pui betul pacek sekor ni. Pastu bila da sampai, punya la lama sorok belakang kereta , make up touch up pastu datang jumpa kiteowang. Ceh , kiteowang yang perempuan pun simple aje.

Asalnya dua orang je lelaki yang nak datang , yang problemnya dua orang tu masing-masing pemalu. Jenis tak borak sangat , borak sikit-sikit boleh laa. Yang perempuan dah risau sebab nanti jadi krik krik pulak kat meja makan. Hahah. Tapi nasib lahh Keri datang (dah agak konfem dia akan datang , saje gedik cakap tak nak datang) , sebab yang sorang ni kecoh sikit. Haha

 Dah habis makan baru lah selfie whatsoever. Bersepah meja.

Aku order nasi goreng paprik pun tak habis makan. Nak layan makan lagi , nak layan gelak lagi. Terus kenyang. Hahah. Dah habis makan tu ber-monopod lah kejap. Cuba bayangkan , kau ber-monopod kat kedai makan tepi jalan yang rupanya macam warung tepi jalan je. Dalam kedai tu pulak ade pacek-pacek tengah nge-teh. Tapi kiteowang buat bodoh je. Hahahah. Bila ingat balik.. kelakar rasa.

Katanya lain kali jalan-jalan le Melaka ( itu janji dia dua tahun lepas , dia lupa pastu dia ingatkan balik , haha ). Inshaa Allah , kalau takde apa-apa aral cuti lagi 3 minggu ni kita jumpa lagi yer.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

Sabrina SA said...

mesti best kan.. jumpa kawan lama.. haihh agaknya bila lah ina boleh jumpa kawan-kawan lama ina nanti kalau dah besar.. mesti susah sebab masing2 ada hal sendiri..

nur as said...

syiokk erghh reunion. biase lah. dlm wasep grup memasing nak diam jee.. dah jumpe tak hingat dunie

Junkyo Hikari said...

fuyooohh.. outing dgn kengkawan lama bestnya.. :D

takpe2 mula2 reunion sikit2 dulu :)

nanti ingat nak reunion dgn kwn2 lama tapi still tadak confident nak berdepan dgn semua org ahahaha.. since ada setengah kwn mmg dah lupa muka n nama sbb tak contact langsung TT^TT

bestnya 3 minggu lagi nak keluar lagi? kat ne? Melaka ke? XDD

Cik Nadyya said...

wah bestnya mini reunion. teringat pulak mse raya taun lepas.. ber-reunion ngn kawan 1 sekola rendah.. huu enjoy abes la. syokk kan ^-^

Hikayat Seorang Budak said...

haha. kalo dah jumpa kawan memang terus kenyang :)
lama nya x jumpa member sekolah kite.

Nur Inani said...

seronok kan bila dapat kumpul balik :)

nana liena said...

2tahun lepas sekejap ja masa brlalu kan..hehehe.. kita dah berapa tahun tak jumpa member..

Cik Balqis said...

Klo jmpe reramai mmg happening ^^
Belog Miss Balqis

Encik Skema said...

wuu,, best nya ,, maybe lepas ni akak boleh buat gathering yang besar kaw-kaw .. biar satu kelas boleh datang ,, haha ,, :D

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Best kalau sume jenis slamber..
Yang penting x langgar batas agama.

Anis Ifham said...

best best. anis pun baru jugak jumpa kengkawan. hehe.

Scha Nazri said...

haha. akak pernah selpie pakai monopod kat situ. nasib baik tak ramai orang. haha