HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, November 26, 2014

Nama folder asdfghjkl



http://nineteencapri.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t

Haritu masa tengah dok scroll timeline twitter , aku paling suka baca @UiTMConfession punya tweets. Sesiapa yang ada twitter tu boleh la folow sana , dijamin korang takkan rasa bosan bila baca confession dari pelajar-pelajar uitm tu sendiri.  Ade jugak yang ex-uitm follow situ , ade jugak yang bukan budak uitm confess kat situ. Terbuka untuk semua orang sebenarnya... nak meluahkan perasaan terpendam dalam hati. Tak dapat cakap or sound depan-depan , kita confess kat sana lah.

Tapi setakat nih aku tak pernah confess lagi. Satu , sebab aku tak rajin. Dua , apa yang nak di-confesskan , orang lain dah confess. Kerja aku tinggal retweet aje lah. Hahah. Eh, aku bukan nak cakap fasal benda nih sebenarnya. Ayo.

Ade satu confession tu ..
Aku letak nama folder aku ‘ehem ehem’ ataupun ‘barang baik’ supaya orang yang pinjam pendrive takkan bukak folder aku sesuka hati. Padahal dalam tu gambar biasa je.”

Orang innocent macam aku kalau nama folder macam tu pun aku takkan bukak , keluar yang bukan-bukan , aku jugak yang pengsan katak kat situ. Heheh. Tapi , kes aku lain sikit la.. Pernah jugak baca tweet yang situasi macam aku ni. Nak save sesuatu dalam folder ke ape ke.. Nama folder tu mesti merepek takde relationship dengan aku langsung.

Contoh macam ni...

http://nineteencapri.blogspot.com

Satu , mungkin terpengaruh dengan bapak aku, sebab aku selalu nampak dia save apa-apa nama dokumen atau gambar , mesti nama macam ni ..

jjjjjj
jkkkkk okkkkk

See... lelaki memang simple. Kalau perempuan mostly macam ni..

Outing with le girlfriends
my heart
i love you

Lol. Nak fikir nama folder tu bagi aku memang leceh , so aku selalu la buat macam tu.

http://nineteencapri.blogspot.com

Even nama pendrive aku pun tak relate langsung , “LOLA” tu je. Sebabnya aku malas nak fikir lama semata-mata nak berikan nama yang bermakna untuk pendrive *macam nak bagi nama anak pulak*. Aku selalu taip nama apa yang paling dekat dengan jari je dan.. hampir semuanya nama pendek-pendek.. kadang-kadang tu..

111111
aaaaabbb
aaaammmmmmmm

Takpun , bila aku create New Folder... aku tak edit pape pun. Biar je nama dia 'New Folder' haha. Pastu, dah lama gagau sendiri lahh. Eh folder ni pasal ape erk? Eh aku simpan ape erk kat word ni? Eh , kat mana aku save project haritu erk? Kuikui. 
Okay , who is with me?? Simple macam aku jugak? Haha. Ke korang lagi super double triple lagi unik?? Heheh.

Nama folder , nama gambar ni aku tak kesah sangat nak letak apa-apa pun kecuali nama video korea aku.. heheh. Nama-nama video ni kenalah letak yang ada makna sikit. Kalau letak nama 'jjj1' atau 'xxxx' , eh ape kejadahnya video ni erk? Video orang merisik aku haritu ke atau video aku clash dengan pakwe aku nih? Dah , satu hal kau nak tengok satu per satu balik kan... Tak ke susah cenggitu? Hehehhe.

Pics credit to tumblr & here
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

24 comments:

Nur Inani said...

kann.. lelaki memang mudah aje buat apa2 :P

Amy J said...

saya paling pantang nama letak daucbajacia.. haha. saya cerewet sikit benda remeh macam tu. saya nak letak, biar betul. nnti saya yg pening apa bendalah folder tu. last-last saya buang. padahal penting -.-

CikSiti said...

saya pun malas nak bubuh nama kat folderrr selalu biar je yang default punya setting hehehe

Farrah MF said...

Akak kalau time malas memang akan save file macam tu. Letak nama/huruf yang terlintas di kepala. Masalahnya, bila nak cari,..sampai pucat2 muka nak ingat nama tu balik! :)

ezyra daniel said...

ehhh sama la zyra.selalu nye kalau nak buat folder name tu zyra men tekan tekan je keyboard hahaha

Nadzirah Salahuddin said...

sama ahh.. malas nak fikir panjang, taip je butang mana dekat ngan tangan. pastu lama2 malas nak bukak cek satu2, delete semua yg rasa tak berkenan.. haha..

nama pendrive tu letak nama sendiri je. senang. kalau hilang pun orang senang nak cam. :)

yoorin melacolea said...

ai pon letak nama folder macam tu.. AAAA, abcd.. hahahaha.. nanti nak cari gelabahhh nak bukak mana 1.. hehehe

husna yusof said...

hehehe una selalu mcm tu.. kalau nak save just tekan je kat keyboard ape yang keluar lantak save je pastu hehehehe

Sally Samsaiman said...

depends...tapi kalau folder selalu mmg ada nama la...kalau doc tu tak kot

Azrin Rahim said...

Hahaha..sama jer mcm ayie..
ayie pon mcm gitu gak..
mls nak fikir nme folder sgt..
ap yg terlintas terus tulis...

Sabrina SA said...

Hahaha wow simple nya kak zati.. Ina biasanya letak nama ina je.. Heheh rasa macam susah pulak kalau nk cari balik kalau folder nama jjjj ke asbbdbd hehe

Cik Fafa said...

kalau cikfafa, folder tu memang taip betul2. cuma bila nak save apa2 gambar ja selalu tulis camtu "kkk" etc. kadang2 main taip ja. ^^

seraa rose said...

mau tergapai2 kalau save mcm tu. tp kalau file yg nk save skjap lps tu delete mmg mcm tu jgk kita namakan.. hehe

Scha Nazri said...

kalau akak mmg namakan benda sama dgn isinya. nnti takde tergagau gagau mencarinya. hehe

Farah said...

Samalah. Selalu letak nama yang mengarut. Lepas tu, bila ada masa, baru terhegeh-hegeh nak betulkan balik.

Junkyo Hikari said...

selalu bab nama nih tak kisah kalau nak gambar je XDD

kalau file kena fikri nak letak nama apa sbb nak dia nampak cantik and kemas :3

jeles betul dgn org yg innocent, TT^TT

if its me, I'm gonna open that drive.. tapi tu pun kalau org yg bagi pinjam tak cakap tak leh buakk fail yg lain-lain ahahaha XDD

nana liena said...

kita dulu buat mcam tu,main tekan ja,last2 leceh nak cri.. pft..

baca twitter sana ,hehehe..sesi luahkan perasaan

Nurazlan Azmi said...

yeahhH!! same with me kak zati !! tak suka bagi nama folder..leceh

Cik Mimie said...

HAHAHA..kte geng..:) Cik Mimie kalau save pape juz letak nama..jjj, lll, www. ikut suka nak tekan huruf pe...haha..

Encik Skema said...

haha,, sama la ,, main letak jer nama 'aaaa' '1' '2' 'aaabb' 'alllaaa' ,, kekadang tu, ada 2 3 folder yang sama nama ,, disebabkan nama folder yang pepelik tu, dah tak tahu apa isinya, kekadang ada isi penting terdelete sebab nama yang merepek ,, :3


p/s : harga tiket kat Lost World Of Tambun, untuk dewasa RM50 , kanak-kanak RM43 , bagi kanak-kanak bawah 90cm adalah percuma. :D

Cik Balqis said...

Sy jns yg tulis 'hhjjjkk'. Sng, xpyh pkir. Bila nk kmskini bru rename..hihi
Pencarian Sponsor Diperlukan

Anis Ifham said...

kita letak yang simle je, satu perkataan. malas nak panjang-panjang. huhuhu.

Echa H. said...

hahaha saya pun selalu main letak skati je. malas nak fikir. tp kalo dh rajin cepat2 tuka takut konpius pulak. hihiihi

Tashira Sha said...

kite kalau malas je letak macam tu,like nama gambar. tapi kalau folder tu tak ah,takut nanti penting tapi dah terdelete. haha