HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, November 24, 2014

Penat lah sangat



http://my.shareddis.com/p/949sg

Assalamualaikum w.b.t

*ini entry lama yang diperam haritu*

Sejak dah mula belajar memandu ni, penat dia lain macam. Sekarang baru aku tahu perasaan dan penatnya rasa memandu kereta ni. Mula-mula mungkin akan enjoy, tapi bila dah lama tu, penat satu badan mengatasi segalanya. Tak payah tengok jauh, bapak aku pun dah cukup la. Hari-hari kena urut kaki bagai... tu sebab dah terbiasa sakit lenguh sikit.. urut. Aku tahu, tak semua orang macam tu laa.. Chill.

Bagi aku, perubahan sedikit ini amat aneh dan macam “teruk sangat keadaannya”.. padahal biasa-biasa je pada pandangan orang lain. Hah.

Macam first day aku belajar memandu haritu , 5 jam lebih kan. Balik terus pengsan (tidur). Sepanjang tidur tu pulak aku bermimpikan aku masih di litar memandu kereta, tak lepas-lepas belajar berhenti kat bukit. Haha. I bet, tak susah mana pun. Betul lah cakap cikgu Aini. Tapi mungkin sebab baru belajar , tu yang aku tak lepas lagi. Bila dah try kali ketiga, aku da dapat feel dia.

Yang tak boleh blahnyaa.. sampai termimpi-mimpi. Honestly, sepanjang waktu-waktu free yang ada, aku akan terkenang-kenang cara-cara nak memandu. Risau kalau aku terlupa step itu ini. Haha.

http://my.shareddis.com/p/949sg

Next, hari kedua untuk dua jam. Lepas balik rumah, makan dan rehat kejap layan drama. Aku dah set minda aku, sambil-sambil layan drama tu aku nak lentok tertidur. Biarkan bilik gelap (aku tak gemarkan cahaya sangat) dan teringin nak biarkan skrin lappy yang tengok aku bila aku terlelap (sampai sekarang tak pernah berhasil , end up aku akan shut down semua then baru tidur).

Nak dekat pukul 3 , mata dah layu-layu.. aku off kan lappy. Tidur. Then aku terjaga, aku tengok jam phone aku , 4:23.

Oh.. 4:30 pagi..”. Aku tengok kanan aku, adik-adik aku tak ade.
Tidur luar ke dorang ni?..”. Aku terpandang cermin tingkap yang langit kelihatan sedikit cerah.
Then aku terfikir , “4:30 pagi??? Langit cerah?? Biar betul!!”. Yes , aku cuak. Haha. Terus bangun keluar dari bilik, tengok adik bongsu tengah main pc , mak aku tengah buat kuih.
Aku tengok balik jam phone aku... “Hek alaaa.. 4:23 PM rupanya... ceit!”. Gelak atas kebengapan diri sendiri. Hakhak.

Aku terus datang kat mak aku then cerita-kan apa yang aku rasa pada minit-minit aku terus bangun dari tidur. Mak aku gelak, adik aku geleng kepala.

Aku masuk bilik, sambung rehat lagi. Ini kah kesannya bila penat sangat bawak kereta? Aneh aja sikap kau Zati. Haha.

Pics credit to tumblr ( suka sangat tengok muka Ron tyme kecik nih, hehe )
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

hyunieuna said...

kahkahkah, salah tngok jam kah, ayyo

Izzati Amira said...

@hyunieuna

haa.. tu la..salah tgok jam. hahah

Cik Balqis said...

Xkn smpai cmtu pntnye..haha
Myb pnt bfikir skli tu..nk hafal step smua..hihi
Belog Miss Balqis

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Dulu belajar punyalah pakai manual.
Sekarang pakai oto je.
Manual? Mtk maap..mmg dah lupa.

Encik Skema said...

agaknya sebab tu lah orang cakap, jangan tidur petang, nanti boleh jadi gila disebabkan keliru antara pagi dan petang .. :D

Aisya A. said...

haha.. penah gak tido pukul 3 petang, bangun pukul 7 pagi esoknya.. confident je tunggu azan maghrib tapi pelik kenapa makin lama makin cerah.. habis terlajak semuanya.. nasib baik tgh 'cuti'. haha

lagi penat kalau drive manual hadap jammed balik kerja dua jam.. rasa macam nak hantuk kepala kat stereng kereta je.

Azrin Rahim said...

perghh penatnya sampai begitu sekali yer.. hehe dulu ayie bljo keter sejam je lps tu balik.. kejap je.. hehe seminggu 3 kali...

puteri kasih said...

ni mesti sebab penat berfikir step kan..tu yang tidur sampai tak sedar pagi atau petang...hehe :)

Izzati Amira said...

@Aisya A.

seriuslahhh? okay ini lawak!!

Sabrina SA said...

Kesian juga dengar cerita kak zati ni.. Tak sangka bawa kereta pun penat juga.. Ye lah, ina belum pernah rasa.. Selama ni, duduk dalam kereta, nikmati pemandangan & hoore hoore je dalam kereta.. Tak sangka walid ina yg memandu rasa penat..

Izzati Amira said...

@Sabrina SA

ayah akak selalu penat bawak kereta.. tgok kawan yg bawak manual pun dorang rasa penat.. sekarang dah tahu dah "memang penatnya rasa" , hhee

Farah said...

Dahsyat betul penatnya sampai jadi macam ni.

Norfaradila Baharum said...

hehe lucu betul lah..Sampai senyum sorang bila singgah kat sini...ada jugak mcmtu ye hehehe msh gelak lagi nih

Cara hilangkan parut jerawat dengan berkesan

Anis Ifham said...

memang penat bawak kereta, walaupun nampak menyeronokkan -,-

Hikayat Seorang Budak said...

termimpi2 ye zati. hehe

Cik Fafa said...

tengah mamai kot tu. sampai jam pun tersilap tengok.haha

Scha Nazri said...

setakat ni akak tak pernah bosan lagi bwk kete. cuma badan tu penat2 sikit sbb asyik duduk je.