HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, November 6, 2014

Resipi : Roti Goreng dan Aiskrim

Assalamualaikum w.b.t


Resipi paling kacangggg nak buat kat rumah. Inilahh dia.

Tak tahu lah orang lain pernah buat atau tak , tapi asalnya idea yang telah gua ubah sikit dari fenomena Telur Goyang. First time dengar?? Nah , google sendiri pasai tu. Kali nih aku nak story pasal resipi mudah mudah , semudah ABC gituu.

Macam mana feel dia? Crispy dia toksah dok bilang lahh. Memang mantop. Tambah pulak eskrem kat atas dia.. perghhh.

Bahan-bahan.
Roti
Aiskrim
Minyak

Cara-cara.
1. Panaskan minyak guna api. Minyak tu jangan banyak sangat yer , sebab roti nih kan adalah spesies yang menyerap.

2. Okay then.... Elok dah rasa panas tu , masukkan roti sekeping. Goreng sampai garing (kuning kuning oren matahari).

3. Bila dah perang perang oren tu plak , angkat and kononnya tos kan minyak tu kat tepi.

4. Lastly , letak aiskrim apa-apa jenis perisa yang engkorang suka then siap untuk dimakan.

Tadaaaa... personally , aku lebih suka roti yang digoreng macam ni daripada bakar. Makanan berlemak memang menjadi pilihan. Tapi jangan selalu, kadang-kadang boleh laaa..

Rate : Untuk simple resipi macam nih rate dia 4.5/5. Kategori yang simple lah yer. Bukannya yang high curlass tau.

p/s : Selamat mencuba.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

Nao Mei said...

Pernah gak cik akak cuba dik...entah banyak lak minyaknya .hihi..tapi sedap..

Farah said...

Simple je resipinya.

Gee Lion said...

simple. and menjimatkan masa buat sarapan.. ^_^

Lieya Yaya :) said...

sedap nii :D

Siti Nurzafirah said...

macam sedap ja.. macam boleh try je ni.. hee

nana liena said...

ala.banyak lemak ah..haha.. kita suka roti sosej tu belah tgh letak la aiskrim kat tengah2 tu..sedap sikit..walaupun ya roti mcm 'liat'

Farrah MF said...

Nak aiskrim triple scoop buleh?

Jie Najihah said...

alalaaa.. sedapnyaa.. simple and nice! i likeee.. (Y)

luna paris said...

lajinnyeee =D boleh try ni!

Cik Balqis said...

Hahaha..yg konon2 tos minyak tu klaka..mcm tkena d dri sndri plak..hihi
Belog Miss Balqis

Scha Nazri said...

yeap tak elok makan selalu. sakit jantung plak kang. hehe

Cik Fafa said...

berminyak tapi kalau makan dengan ais krim tak la rasa sangat minyaknya kan. hehe