HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, November 13, 2014

Review novel : Eksperimen Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Novel Eksperimen Cinta. Siapa yang dah baca? Okay kita geng. Dah lama aku beli, dah lama dah aku habis baca. Baru sekarang aku nak review yaaa. Hikhik.

Macam biasa lahh , hero dengan heroin mestilah hensem dan cantik. Cuma hero kali ini berambut karat. Ishh. Ini adalah karya pertama ANJELL yang aku baca. Sebab aku nak baca? Tajuk dia macam best, cover pun boleh tahan cun dan sinopsis belakang buku pun okay okay. Sambil pegang buku tu aku fikir ,

"Aku nak beli buku ni. Tapi hold on dulu.. kita tengok novel lain dulu.. Kalau takde novel lain yang best , aku pilih yang ni."

Maksudnya... Bukan jatuh cinta pandang pertama lahh.. Aku still buat eksperimen cinta untuk mencari novel lain.. miaaahahah. Poyo.


Sinopsis sendiri  ( Tengku Aaron & Damia Farisha ) ;

Tengku Aaaron ni memang kau tak boleh nak expect lebih ahh kalau kahwin dengan dia. Even dia nih orang kaya , untuk bakal isteri dia, dia belikan cincin harga lima hingget sahaja. Seriously. Aku baca pun aku ternganga. Hahah. Tapi , dia ada sikap charming dia sendiri.. dia boleh buat orang sekeliling suka dengan dia. Hati family Damia Farisha mudah ditambat.. apetah lagi pemegang watak utamanya. Walaupun ianya sekadar lakonan pada awal cerita.
"I love black.", luah Tengku Aaron. (Hitam untuk tema majlis perkahwinan mereka.. hahahah. Melampau kuasa dua!)
Kenapa mereka berdua yang saling tidak mengenali ini berkahwin? Sebab.... Tengku Aaron nak buat eksperimen.. eksperimen cinta.. dan ada satu kenangan pahit kenapa dia menjadikan hubungan antara dia dan Damia Farisha ni sebagai benda uji kaji... disebabkan apa? bagaimana? You , yourself should have a copy!! Hehe
"Our deal. Remember?", Tengku Aaron cuba mengingatkan Adam.
"Deal?" Adam keliru. Tapi seketika kemudian dia teringatkan sesuatu sebelum menghamburkan ketawa. Dia ingat pertaruhannya dengan Tengku Aaron suatu ketika dahulu.
Kunci kereta itu digenggam.
"Wah Tengku Aaron jatuh cinta?" Adan ketawa lagi.
"... Apa sangatlah kereta tu kalau nak dibanding dengan apa yang aku rasa sekarang dekat Damia," jawab Tengku Aaron.
Nak cakap lagi.. bila masing-masing dah jatuh sayang.. one day, Damia Farisha ni merajuk balik kampung. Masa tu, hati Tengku Aaron ni dah rindu-rinduan sebab lama tak jumpa , sanggup dia drive jauh semata-mata nak jumpa cinta hati. How sweet~~

Rate : Overall aku puas hati la dengan story line dia. Nama pun perempuan yang suka layan novel jiwang romantik komedi hak pui. Ekekek. 4.3/5 ( banyak sangat dah novel yang storyline dia sedikit cliche , novel kali ni pun tak terlepas jugak ).

Oh ya. Ada khabar Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad diberikan kepercayaan untuk memegang watak Damia Farisha dan Tengku Aaron ni. We'll see. Aku tak pernah tengok lagi Fahrin Ahmad berambut perang...Ekeke. Setakat ni juga aku tak pernah rasa lagi karya lakonan Fahrin Ahmad yang menarik perhatian.. harapnya.. kali ini menjadi lah yer. Hehe. Fighting u olss.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

ezyra daniel said...

dah lama tak beli novel baru..novel yg ada pon tak baca lagi hehe

Anis Ifham said...

macam best. weeee.

nooratiqah mhhdruslan said...

dah baca dan baca lagi..mmg best..hikss..

Cik Fafa said...

tengok drama terus la nanti. hehe. tapi tak best lak hero dia rambut karat. kalau omputih takpa lagi.

Jie Najihah said...

kita tak geng lah akak sbb jie x pernah baca lgi. tp kwn jie baca mmg dia kata best giloss. excited dia citaa.. hehek.
fahrin ahmad? ==' x suka laa, mcm x kena. hrp2 jgn la cita tu spoil hnya sbb pelakonnya.

anamizu said...

aisehh kalo fahrin pegang jd hero rambut karat mcm x ssuai je hurmm.. tu la ana pon rase mcm kurenggg je kalo fahrin jd main actor gini =P

Azwar Syuhada said...

Buku ni memang best, Azwar dah baca.. :)

Janna Cuna said...

dah baca ! and novel ni memang best . hihi

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Akak memang lama dah x baca novel.
Tak sompek.
Nak baca novel ni kene fefeeling sikit kan..