HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, November 4, 2014

Review novel : Teman Lelaki Upahan


Assalamualaikum w.b.t

Oh hai. Kali nih nak buat review sikit. Sape dah pernah baca novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin?? Hands up please!! Bajek aku nampak aje tangan korang tu, tapi takpe.. berdasarkan riak muka korang yang sekarang nih pun aku dah dapat agak.. Macam mana aku dapat agak? Jiran sebelah ahli nujum pak belalang kauu.. Tak caye? Shuhh sana.

Hashtag #TLU

Watak utama : Kyra Lydia & Ezwan Lutfi.

Macam biasa , aku terjumpa novel nih masa tengah pusing-pusing kedai buku. Tak pasti lahh kat Popular atau kat kedai lain. Dalam banyak-banyak tajuk, Teman Lelaki Upahan ni nampak menarik. Cover pun okay. Sinopsis pun macam best. Tapi, masa tu aku tak dapat baucar lagi, so aku biarkan dulu.

Then, bila dah ada baucar, cari punya cari.. tak jumpa *memang selalu cenggitu, benda yang dicari mesti tak jumpa, lainlah kalau guna pacek google*.

Sinopsis bikin sendiri :

Asalnya Kyra Lydia ni adalah seorang perempuan yang sangat egois, berlagak , keras hati, keras kepala semua bagi kat dia. Kyra nih tak sukakan mak tiri dia dan.. dia benci bapak dia sendiri. Satu hari tu, bapak dia berjanji, kalau Kyra nih kahwin, dia akan serahkan hartanya kepada Kyra Lydia.
Jadi, Kyra Lydia bertemu dengan EL dan meminta lelaki tersebut untuk dijadikan sebagai teman lelaki upahannya. Tetapi dengan syarat, Kyra kena patuh pada EL , dia tidak boleh lawan cakap dan sentiasa kena hormat EL. Boleh kah dia??
Lamaaa tu masing-masing dah fefeeling sama-sama suka. Tapi, masa EL nak luahkan rasa cintanya, dia menghadapi ujian yang amat besar dalam hidupnya. Disebabkan kejadian yang menimpa dirinya itu, dia mula menyalahkan Kyra Lydia kerana menjadi punca atas segala permasalahan yang timbul.
Mulut kata benci, tapi hati kata sayang.

So, bagaimana kesudahannya?? Beli novel nih cepat! Miaahahaha.

p/s : Khabarnya, novel ini akan di-dramakan. Di uar-uarkan bahawa pelakonnya adalah Elizad Sharifuddin dan Ungku Ismail. Pengarahnya pula Azma Aizal Yusoof  (Pengarah drama Kerana Terpaksa Aku Relakan).

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

beba ifa said...

menarik la novel ni :)

Safirul Amar Azmi said...

Wah mesti best drama ni..hee

CikLily Putih said...

jarang dah baca novel niek..

Jie Najihah said...

novel nie mmg best. rmai ckp mcm tu. tp ramai jgk la yg kecewa sbb pelakon utk diadaptasi drama tu x sepandan. tak best.. huhu.. tu kata mmereka. kita tgk je la nnti best ke tidak. ^_^

hidayu ayumie said...

Mcm menarik je ni...
skg cuti bace novel.kalau tak nnt xleh nk berhenti

lovelywa said...

malas nak baca..akak tunggu je drama tu kuar..huhuh

Hikayat Seorang Budak said...

berapa bintang ni izzati? hehe

Maira Hawani said...

Okay. Tiba-tiba rasa nak beli novel nih. Huhu, thanks for the preview yaa. Btw, done follow blog awak. follow lah saya balik :) Nice blog. http://sunshine-kissing.blogspot.com/

Farrah MF said...

Haa boleh masuk list novel yg dipertimbangkan utk baca...banyak sangat novel di pasaran...pening kepala nak beli & baca mana satu

nana liena said...

i guess lastly mesti depa besatu akhirnya..haha.main teka ja..
dah lama tak beli novel

Cik Balqis said...

Da bli tP xsmpt bce lg..huhu

Belog Miss Balqis

nooratiqah mhhdruslan said...

kena carik novel ni..:D

Scha Nazri said...

novel ni agak cliche bunyinya. haha. sorry dikk.