HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, November 9, 2014

Self made : Pai Ayam & Udang

Assalamualaikum w.b.t


Oh yeahh. Baru-baru nih aku bertambah rajin lagi untuk buat pai !! Yezzzaaa..
Actually, dah lama je aku berangan-angan nak buat pai ayam. Nak ambil mood rajin tu sangatlah memakan masa yer , sebab nak buat doh yang leceh sikit tu. 

Gambar kat atas tu , adalah pai yang aku dan adik aku bikin. Aku tak tutup penuh sebab aku nak pai aku nih nampak sexyy lagi menyelerakan. Sebab tu aku biarkan dia terdedah sana sini. Miaaahhaaha. Try lahh.

Macam biasa , dalam memasak ni kau kena kreatif sikit je. Tak banyak pun. So, merujuk kepada Resipi Citarasa Wan , aku ada ubah sikit bahan-bahan bahagian isi dia je. Ade ade lah, kalau takde, masukkan aje apa yang ade kan... buat apa nak pening kepala. Yang penting, bahan nak buat basic pai je... iaitu bahan-bahan pastri dia.

Ni first time aku buat tau.

Bahan-bahan untuk pastri.
400gm tepung gandum
200gm mentega ( 180gm pun okay kot. Sebab aku guna 200gm , dia jadi rapuh sikit )
100ml air sejuk dari peti sejuk
1 sudu teh garam

Bahan inti.
Isi ayam & udang
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
Sayur campuran sejuk beku
2 besar tepung gandum
3 sudu besar mayonies
100ml susu cair
Minyak masak
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah

Cara-cara.

1. Gaul tepung, garam dan mentega sehingga jadi serbuk roti.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bungkus doh dalam plastik dan disimpan di dalam peti ais selama 20 minit sebelum digunakan.
3. Inti ; Panaskan minyak , tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang dan tepung gandum dan dikacau rata.
4. Apabila ayam hampir masak , masukkan susu cair , sayur campuran dan perasakan dengan sedikit gula, garam dan lada sulah. Angkat dan gaul dengan mayonis dan ketepikan.
5. Canaikan doh pai setebal 2mm dan dipotong bulat ( selebar bekas acuan pai anda ) . Kemudian masukkan acuan doh pai ke dalam bekas acuan.
6. Masukkan inti yang telah anda masak ke dalam bekas acuan.
7. Lebihan doh boleh buat untuk tutup atas pai. Sapukan dengan telur kuning dan bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit.

Notes : Nak buat penutup sexyy macam pai aku nih boleh rujuk link Resipi Citarasa Wan nih. Dia ada tunjuk gambar sekali.

Ikutkan bahan inti yang ni, memang tip top rasa dia.

Rate : 4.3/5

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

28 comments:

BudakVanilla said...

waa. .sedapnya. . :D rajin masak. . :)

Izzati Amira said...

@BudakVanilla

mestilah rajin! hehehe

Iola said...

sedapnyaaaaa hee rajin wat crust dia ya :)
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

Shamirul Afiq said...

nampak sedap. Sikitttt

Najlaa 'Aqilah said...

Salam blogwalking here :)

waaahh! bestnyaaaa! nak try nak try!

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Sara Liyana said...

Rajin nya buat.. rajin2

Nurul Afifah said...

macam boleh buat jeni..balik rumah nanti nak try lahhh..tapi tula..seram kat pastry dia tak menjadi..makan inti jela..haha..

P/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez

Cik Nadyya said...

fuhhh sedapnyaaaaaaa :)

Nys Anis said...

uiii nampak macam sedap , nak !!

Gee Lion said...

rajinnyer dia masak.
bangga mak mentua ni.
eh ada ke?
hehe.. ^_^

Nastyna said...

ewahh mengepie nampak...nak sikit.

zarulfarhana said...

sedapnya tgk

mamawana said...

Assalamualaikum

Rajinnyer... nampak menyelerakan..

♥ AE ♥ said...

Jemput join :D

http://hanaexotics.blogspot.com/2014/11/first-giveaway-by-em.html (25/11)

Mencari lebih kurang 30 pemenang bertuah !

Siara Elina said...

wah wah, thanks share =D

nur zafirah said...

Rajin nya akk.

Scha Nazri said...

homaii. mmg nampak sexyyyyy!

luna paris said...

alalalaaa... rajinye masak.... cantik lak tu pie tu!

Nurazlan Azmi said...

Alan tengah mengidam chicken pie nih T^T hmmm sedapnya !! nak sikit *hulur pinggan*

Isma Ismail said...

Dapnyeee..

Farrah MF said...

Memang rajin! Akak tengok pie tu tak fikir nak try, fikir nak mamam je.....Mintak sikit buleh?

Amy J said...

wah, rajinnya awak buat pai macam ni. nice gila!! hahaha... teringin juga nak makan. malas nak buat. erk

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Terliurnya tengok... nanti rajin nak try juga la :)

Jari Manis said...

ish..rajin nya..namak sedap dan rangup lah

Cik Balqis said...

Waaa..pndainye buat! Nk try jgk la nnt
Belog Miss Balqis

Aqilah Azmi said...

Huweiiii dap nyaaaa wiwiwii

Cik Fafa said...

nampak sedap. haha. nak cuba tapi mood masih malas.

nana liena said...

cantiknyanya rupa.. kita beli readymade pastry masih tak terbuat lagi pai2..