HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, December 25, 2014

Berendam di Hotspring Sungkai , Sg Klah

Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu selepas masuk semester baru ( semester akhir actually ) , kami ke Hotspring Sungkai , Sg Klah... yooohoooo. Sebenarnya , bila dah semester akhir ni, jadual dah tak pack sangat tapi jangan terlebih enjoy pulakk. Disebabkan lapang sangat , dan duit pun baru masuk. Moh ler kita berendam-rendam dalam air panas yer. Actually, memang dah lama sangat dah aku nak ke sana. Tercapai jugak akhirnya...hewhew. #girlsdayout


Semua muka bajet poyo sikit. Miahahaa. Ploles kau semua jahh.


Jujur ku katakan , tempat ini sesuai sangat untuk orang yang sudah berkeluarga yang ada anak-anak kecil untuk bermain , bersantai dan bermandi-manda kat sini. Tempat ni memang santai gilaaa. Untuk remaja macam aku dengan geng-geng yang suka water games memang rasa tak puas lahh. Haha.

Ye laaa.. gelongsor panjang ada satu. Gelongsor pendek ada satu. Yang satu tu aje aku dengan geng main banyak kali jugak lah. Sekali main ada la 6-8 kali turun naik. Tak puas punya fasal. Haha , tak adventure katakau.. Siap gaya superman lah kiteowang buat (aku lah yang paling semangat nak super superman bagai , hehe ). Bagi game tu nampak lebih menarik untuk main. Hahah.

Air Panas. Kat situ banyak lah kolam air panas. Ada yang suam-suam... ada yang panas gilaaaa. Semuanya aku try masukkan badan dan kaki. Relax.... Tenang aje. Duduk dalam air panas pun boleh buat kiteowang berpeluh jahh oi. Ramai orang melayu dan chinese yang datang sini.



Tak best lah kalau kau tak merasa untuk merebus telur kat sini kan. Padahal rasa dia sama je macam kau buat kat rumah, tapi sedap lagi buat kat rumah agaknya. Haha. Tapi takpe.. inikan pengalaman. Kalau anak cucu kau tanya.. jawab lah , "Nenek dah pernah merasa benda ni semua..", uhuk uhuk batuk batuk.

Pacek-pacek yang jaga entrance tu ramah gilaa. Mungkin sebab geng-geng anak dara datang untuk bermandi manda. Tu yang mulut ringan kot? Haha. Jenuh nak melayan dorang ni. Nak pergi mandi pun tak senang, nak balik pulak apetah lagi. Heheh. Inshaa Allah , ada jodoh saya bawak suami dan anak-anak ke sana lagi yer pacek. Hoho.

Harga tiket untuk dewasa : RM12
Kanak-kanak : Below RM12 *aku lupa laa... RM8 kot..ntah la*

Overall... tempat cenggini memang sesuai untuk orang yang sudah berkeluarga. Nak santai-santai dengan family. 

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

14 comments:

luna paris said...

ok first to comment! hahaha...

orang kate time blaja laa time yang paling best.. sebab mcam2 bende boleh buat... dan banyak mase boleh spend utk beraktiviti! no time constraint.. agak2 malas, ponteng kelas pastu g jenjalan.. hahaha.. ups! tapi jangan ikut amalan ponteng kelas tu ye! hihihi..

anyway.. best jugak eh tempat ni.. paling tertarik sbb boleh rebus telur.. hihhi.. =D

ain syafieqa said...

banyak perubahan dah tempat ni..first time datang dulu tahun 2003..

Mazni Munawar said...

Bestnya hotspring. Tgh2 musim hujan ni mmng seronok berendam dlm tu. Siap boleh rebus telur lak tu :p

Nur Inani said...

oiiii syoknyaa pergi hot spring :)

Sabrina SA said...

macam best je kak zati ina tengok.. tapi paling dahsyat sekali telur pun boleh jugak rebus kat situ wowowow mesti panas gila kat air dia? haihh nampak macam menarik tempat dia..

Nurazlan Azmi said...

wah..bestnya air panas !!! lama gila teringin nak pergi :') tapi tak pernah pergi pon...huhuhuhuh

Sya Syahirah said...

jeles tgk sebab cuti ni tkpegi holiday memana lagi!! tak adil camni! haha

Miza Idgihat said...

Ya Allah bestnya... akak.... nak pergi juga. Teringin nak pergi. Tak apa, insyaAllah akan dapat juga nanti :'D

Akak.. semoga berjaya untuk final sem ni. ^_^

Azwar Syuhada said...

Bestnya, cantik kawasannya. Azwar tak sampai lagi.. :)

Nini Hanini said...

Tak ingat bila last time nini mandi kat kat tempat macam ni. Rasanya, darjah 6, ke darjah 4 ea? haha, part rebus telur ngan borak ngan pakcik tu lawak XD XD XD

Cik Fafa said...

bestnyaa. ^^

Farah said...

Nampak macam menarik juga.

Encik Skema said...

pacek tu pantang nampak anak gadis cun kot,, :3 haha , part nenek tu memang kelakar, ntah ada lagi ker tidak kolam air panas untuk generasi akan datang ,, :3

nana liena said...

heheh..layankan aja la pakcik2 yg ramah mulut ni.. mmg terjaga ya tempatnya lama tak singgah air panas..