HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, December 22, 2014

Cerekarama TV3 : Sedalam Mana Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Hari sabtu yang mana tah ( dah lepas dah la ) , slot Cerekarama di TV3 ada menayangkan cerita Sedalam Mana Cinta lakonan Izzue Islam, Uqasha Senrose dan Faralyana Idris. Sebelum ni tak tahu pulak Cerekarama setiap Sabtu dah bertukar siaran dari jam 10 malam ke 9 malam. Noted.

Masa tu aku takde lah berminat sangat nak melayan cerita-cerita kat tv nih. Housemate lah yang layan cerita ni masa tu. Aku masa tu tengah sibuk kat dapur masak lauk sendiri. Di pertengahan cerita lah kot aku start layan sambil makan-makan. Asalnya tengok-tengok gitu je... dah lama tu terpaut pulak. Maklumlah.. Izzue Islam kan handsome! Hahahaa. Aku bukan lah fans dia.. tapi muka dia handsome. Okay itu je.

Meh aku nak citer sikit apa yang aku rasa bila aku tengok cerita nih.

Hint 1 ; Im tearing okayyyy. Masa ending dia tu..... sedih...
Sedih tau cerita nih. Pengorbanan seorang suami ( Ashraf ) terhadap isteri yang tercinta, Zaliya. Dalam masa dia nak tolong isteri dia , situasi yang tidak di duga berlaku membuatkan dia terperangkap untuk berkahwin satu lagi. Watak si suami ni baik sangat sampai buat aku menangis wehhh. Sedih gilaaaa...
 Kepada yang belum tengok , sila lah tengok. Banyak moral value yang korang boleh ambil dari cerita nih. Takde watak antagonis yang akan membuatkan korang rasa menyampah. Kasihan lagi ada lahhh...

Ni link dia untuk download pun boleh. HERE.

Sangat-sangat suggest-kan untuk korang tengok cerita ni.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

16 comments:

zarulfarhana said...

wahhb izue islam... nak tgk la hbis exam nnt

Farrah MF said...

Ohhh boleh cuba tengok ni. Akak dah lama benar tak tgk cerekarama.

Nur Inani said...

kita layan jugak cerita ni hari tu. ending memang sedih pun sebab hero mati.

yoorin melacolea said...

dah lama tak tengok cerekarama..kejap tukar hari ahad, kejap sabtu.. huhuhuu..tp baru tengok yg dis week punya..

Nadratul Syazwana said...

Wih taktau pun lagi pasal cerita ni. Takpe nanti nanti tengok hehehe

Aqilah Azmi said...

Wah abae izzue hehehehheeh

Nor Nadia Syakila Jamal said...

okey, terus nak pergi tengok sekarang !

jambunya izzue islam !

Azwar Syuhada said...

Tengok juga cerita ini haritu, tapi kenapa endingnya harus suaminya mati.. sedih plak :(

zOrO said...

hmm..hensem jugak izzue ni..hmm

Farah said...

Terima kasih share. Dah lama tak tengok cerita Melayu.

IDAH RASHID said...

wahhh mcm best je..nak kena tgok ni >.<

Miss Xyz said...

Saya ni jenis tak suka tgk cerita yg sedih, feeling2 ni.. Ahaha

Time Traveller said...

Biasa kalau tgk tv cerita2 mcm ni elak tgk dgn mak dan adik sebab nanti kalau menangis aduhai malas nak layan hahaha :P

mardiana abu darin said...

Best ke? Serious dah lm tak layan TV ni.....tapi tulah kan ade izzu pullakkk...minat jugak dgn si izzu ni

Sabrina SA said...

tengok macam best je kak zati T-T dah lah izzue berlakon hisyyy tak leh jadi ni

Jie Najihah said...

Akak ! Jie pun tgk jgk cerekarama ni. sedihh !! tak sangka betul endingnya mcm tu. huhu..