HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, December 20, 2014

Dubu Dubu @ Nu Sentral

Assalamualaikum w.b.t

Nak balik cuti mid sem awal punya fasal , ku gagahkan jua mengajak Paen untuk temankan aku makan kat Dubu Dubu nih. Almaklumlah... kalau dah kpoppers tu , mesti lah nak try benda-benda macam ni kan? Nak jugak fer-feeling makan makanan korea nih.

Lets cekidaut!


Ini lah dua jenis makanan , dua jenis air yang kami order haritu.

Tteokbokki ( korean rice cake ).
Bagi aku lahh kan.. Menyesal aku order benda alah ni.. Haaaha. Memang langsung tak kena dengan taste aku. Rasa tteokbokki yang kenyal-kenyal ( susah nak kunyah ) membuatkan aku tak suka nak makan benda alah ni. Lahai... rasa pedas? Tak ade langsung! Kat mana pedasnya? Teringat Song Jihyo makan tteokbokki nih ( dalam Running Man) .. macam pedas sangat je *sebagai orang yang makan pedas, aku sedikit kecewa*.

Chicken soondubu jjigae ( spicy chicken soft tofu stew ).
Tawar. Sorry... Hmmm.. tak tahu lah nak komen macam mana. Kiteowang just korek ayam je.. ye lah.. dah order. Takkan tak nak habiskan.. kiteowang jugak yang bayar. Bukannya orang lain.

Aloe Vera Punch.
Pilihan yang selamat. Antara semua minuman yang ada dalam list , aku rasa ini lah yang boleh buat anak tekak aku segar. Kuikui.

Nasi dia pun biasa-biasa je. Total bil untuk dua orang termasuk services + tax ; RM51 something.


Peneman untuk makan malam itu. Hehe , thanks Paen.
Untuk datang kali ke dua?? Hmmmm.
Not very highly recommended. Entah la.. mungkin lain tempat.. lain rasanya.. lain chef nya.. Haritu lalu Dubu Dubu @ Mid Valley , penuh aje orang dalam tu.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

26 comments:

zarulfarhana said...

mcm budu2 lak

Lollipop Manis said...

lahh tak sedap keee. tengok macam sedap jeee. hehe.. nnti try tmpt lainlah, mane tau sedap kann.

Nur Inani said...

tak pernah pergi lagi Dubu Dubu ni. macam sedap je tuu :)

Izzati Amira said...

@Lollipop Manis

tak tahu la nk ckp macam mana.. mungkin tempat lain okay kot. hehe

Aqilah Azmi said...

Eh dkt nu sentral ada eh!!! Wah boleh gi try hikhik.
Hmm ala tak highly recommended ni acano nii hahahha.
Ok thanksss awakkkk wiwiwiww
Selamatt duit kita hak hak hihi.

<3

Azwar Syuhada said...

Rindunya nak makan dubu-dubu, memang sedapkan..hehe :)

Nadratul Syazwana said...

Wahhh balik terus makan sedap ye? Haha tak pernah try lagi Dubu Dubu nii

Farrah MF said...

Akak makan sana tak pernah lagi. Lintas depan restoran selalu :)

Miss Yana said...

Ermm..sedpnyer..teingin nak mkn kimchi..

luna paris said...

alamak.. tak best ke..? takpe.. riki2 kedai laen lak ye.. tapi mmg cili korea laen sket rase die dengan cili kat tmpt kite... kalo tak kne tekak.. mmm.. rase pon tak best la kot...

Hikayat Seorang Budak said...

tak berapa kena dengan tekak zati kot. hehe.

Sukma Haron said...

Singgah sini

anamizu said...

kalo ana ni mmg xleh makan kot. kalo sushi ana blh lg terima hehe

ehh haah la nama dia mcm BUDU-BUDU pulak kikiki

BudakVanilla said...

apesal nampak sedap sangat nie?? T^T
slurp3.

Mazni Munawar said...

saya mmng xsuka makan tteokbokki sbb bagi saya pedas(sbb x makan pedas) tpi saya suka makan soondubu jjigae! setiap kali pegi dubu dubu slalu order benda tu :p

Farah said...

Tak sedap ke? Tak jadi lah nak pergi macam ni. Pergi Korean restaurant yang lain la gamaknya ni.

Scha Nazri said...

rasa masak korea maybe lain dgn tekak kita. takpe. at least dh cuba.

nana liena said...

tteok dia mcm pulut ..entah semalam tgk kat step forward,hahaha.. cara2 diaorang buat tteo .. kalau tak silap la.. mmg liat sbb dia tumbuk2 ,tapi tak tahu la cara moden ni.. aoo..tgk runningman mmg tak sama mcm yg kita nak..hahaha..

Najib Ariyan said...

haaaa... betullah makanan Korea ni ntah apa2 rasa... yg pedas terlampau pedas, yg tawar terlampau tawar... saya pun pernah makan kat restoran Korea kat KK ni... pun sama... tak sesuai tekak lah...

AisYa IeyKa said...

aisya pon pernah jugak makan ,, memang tak pedas langsung pon . pernah makan ramen dia ? xase pape , tawar jewp .hahaha .... aisya dah follow awak , ada masa follow lah aisya balik ya http://aisyaieyka.blogspot.com

ezyra daniel said...

waaa tak pernah try lagi ni..tapi org ckp tteokbokki tu sedap je..maybe tu ikut restoran juga kot..hehe

Time Traveller said...

Fuh hebat makan korean style kat nu sentral mall.. huhuhuh.. tak pernah pun jejak sana :P

fatin wawa said...

hari tu kita makan kat dubu2 mid valley.. hmm.. bolehla.. yg beef dia sedap. chicken mmg kureng sikit..

Encik Skema said...

betul , lain tempat lain rasanya, kekadang kedai memang sama, tapi kalau tukang masak lain, lain jugak rasanya,, :D

Liyana Lunia. said...

kita tengok running man bakar daging/ayam terus meleleh air liur lantas mencari seoul garden, mmg terbaik. kalau macam tteokbokki ni memang tak la kita makan sbb takut tak kena tekak orang melayu ni hihik

Nur Zayyani Liman said...

Nampak menyelerakan..tapi mmg btul..lain cawngan lain rasanye..sbb air tngan kan..lain2..hihi