HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, December 23, 2014

Segmen 5 Aplikasi Android Pilihan Saya

Assalamualaikum w.b.t

Thanks sangat kepada yang tag , iaitu Nurhafzan & Zafirah. Aku dah lama tak join segmen cenggini. Sekali sekala boleh la join. Tu pun aku rasa... entah la.. *baru bangun tidur. So... tak boleh fikir sangat. hahaha*

Apps pilihan kan? So , apps yang aku suka lah kan? Disebabkan ruang internal aku yang cam hampeh. So, memang tak banyak lah apps yang menjadi pilihan disini. Semua yang aku suka perlu disimpan kat internal memory. Ishhh , leceh la.

1. Instagram

http://my.shareddis.com/p/9mnWg 

Oh yeah. Aku memang suka apps nih. Sebab nya .. aku boleh tengok updates dari kengkawan aku. 
Tengok dorang pergi jenjalan mana. Lagi , aku boleh tengok updates dari STAR1 ( Sistar fans ) yang selalu update gambar dorang. Hehehe. Aku tau.. ada antara korang yang suka ber-instagram jugak kan... 

Tapi pandai-pandai lah guna. Jangan disebabkan sebilangan kecil itu, satu jumlah besar rakyat Malaysia ( terutamanya perempuan ) naik sekali namanya sebab gilakan Charly Chappuis punya fasal. Oopss!

2. Twitter

http://my.shareddis.com/p/9mnWg




Yang kedua feveret opkos lah twitter. Tempat nak luah-luah perasaan ( especially bila bengang or tak puas hati ) kat sini lah. Hahaha. Teringat masa dulu-dulu nak belajar guna twitter *2010*. Siap tanya member macam mana nak guna. Kelakar sehh.

Kat sini jugak aku boleh tahu fasal perkembangan aktiviti Sistar dengan lebih pantas. Whooohoo!!

3. Clean Master

http://my.shareddis.com/p/9mnWg


Clean Master nih bapak@adik aku yang suggestkan. Phone nih macam komputer jugak kan. Ada masa dia perlu jugak dibersihkan. Buang-buang sampah yang tak berguna. Cepat aje kerja pembersihannya. Aku suka. Thank you clean master!

4. App 2 SD

http://my.shareddis.com/p/9mnWg

Suggested dari adik lelaki aku jugak. Yelah, kalau tak de benda nih. Semua apps akan melekat kat internal je. Dah la internal memori kecik je. Apa-apa apps yang boleh dipindahkan kepada SD Card , apps ni akan bantu anda untuk memindahkannya secara automatik.

5. Memo

http://my.shareddis.com/p/9mnWg 

Satu-satunya apps yang tersedia ada dalam smartphone daripada yang 4 di atas. Memo ni bagi aku bagus tau. Dan aku memang memanfaatkan Memo nih sepenuhnya. Kat situ la buku tiga lima aku (555) , peringatan aku, tempat aku simpan notes kecil-kecil. Apa-apa ajelah benda yang aku rasa aku nak tulis and simpan kat situ. Mudah sebab aku tak perlu install bermacam-macam apps yang melambangkan setiap function yang aku perlukan. Hehe.

Selain itu.. yang aku suka jugak.. ruang Gallery , Music, Clock, Youtube... Hahaha.
Maaflah sebab takde ape-ape apps yang gempak yang aku boleh share kat sini. Heheh.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

Encik Skema said...

yang memo tu memang berguna. setakat ni, dah ada 26 memo. wahaha. tak pakai phone android so, tak guna keempat empat apps yang lain. twitter pun bukak kat web jer. :D

nur zafirah said...

yg App 2 SD tu mcm menarik..nanti nak try la..hehe

Karimah Zulkafali said...

Nak guna gambar aci? Hehe skrg guna laptotp takboleh ss :D

Thanks!

Fara_nym (Farahanim) said...

waa....Fara banyak app untuk art jea..xD

Mek Onie said...

no.4 tatau lak wujud,oh sedihnya saya,haha

Mek Onie said...

no.4 tatau lak wujud,oh sedihnya saya,haha

ezyra daniel said...

lebih kurang sama je kita nie hehe..tu semua apps yang basic org lain pakai kan

zarulfarhana said...

twiter tue smpai skrg saya xbrapa paham...

Liyana Lunia. said...

kita nak suggest guna apps google keep, sbb memo ni kalau kita format hp habis hilang semuanya tapi keep pulak google akan simpan dalam database dia so kita tukar la handphone banyak kali, or handphone rosak ke dah tak risau la memo hilang. and boleh tambah widget dia letak dekat depan sekali senang nak tengok memo-2 penting

wiwiwiw

Farah said...

Tak pernah tahu pasal nombor 3 dan 4 tu.

Papaglamz said...

Papaglamz singgah dan follow blog ni.. Papaglamz suka istagram..

Jom terjah papaglamz..

www.papaglamz.com

Adilla Hasya said...

clean master tu saya pun pakai sbb dah stress sgt kenapalah slow sgt device ni hehe nak try App 2 SD, macam menarik je :)

Nurazlan Azmi said...

semua ada dalam phone alan :D tambah sikit ..whatsapp and wechat :)