HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, December 26, 2014

Somtam lover

Assalamualaikum w.b.t


Apakah itu Somtam?
Sejenis makanan dari Siam yang berasaskan betik muda. Tu lah main ingredient dia tau. Nama mudahnya kerabu betik lah.Aku start suka makan Somtam ni masa aku duduk kat Kuantan dulu , abah ada bawak pergi makan kat belakang Cowboy , nama kedai tu H.Lidah.

Sedap tau Somtam dia. Dihidangkan bersama kangkung segar masa tu. Dari aku yang tak suka makan sayur hijau. Terus aku jadi suka. Sedap tau. Try lah rasa kalau nampak Somtam ni ada dalam menu list.

Rasa dia ni.. ada masam, ada manis, ada pedas, ada masin. Dalam tu ada udang kering, kacang panjang, tomato, kacang tanah dan cili. Wowww.

Tapi tengok orang jugak lahh. Tak semua pandai buat Somtam tau. Boleh google ye sapa yang nak resipi tu. Heheh

#prayforpantaitimur
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

18 comments:

anis Sk said...

kerabu mangga rupanya, i likeee hhehe

Cik Fafa said...

sedap somtam ni. makan denga nasi plus tomyam, ikan tiga rasa, sotong goreng tepung. nyum2. hehe

Izzati Amira said...

ni kerabu betik ( betik muda ) la @anis Sk hehe

Izzati Amira said...

@Cik Fafa

amboi. berlemuih mulut nak makan semua... suka perut dpt makan banyak.. hihi

Nur Inani said...

sedapnyaa somtam. kecur air liur ni cik kak oiii :P

zarulfarhana said...

kat kedai saya xminat sgt... kalau kak saya buat sedap..tekak saya leh terima

Iola said...

sedapppp :D

zOrO said...

tetiba berair mulut ni

ezyra daniel said...

pernah makan tapi tak minat lah ..kalau budu tu laju je zyra makan..haha...
klik 6 INTI malam nie

tiey smilez said...

Feveret kita tuuu. Rasa cam nak balik umah terus ni cari Somtam. Tapi, tunggu habis final dulu. hehehe
Jemput singgah : Banjir Malaysia Masuk 9GAG??!

Najib Ariyan said...

somtom memang sedap... tengok cara dia sediakan pun unik... saya pernah makan sekali dua esp masa kat Thailand sana

Nooriah Abdullah said...

salam kenal dik, sedapnya somtam fav akak jugak ni

fifie feyca said...

cantik.. sedap nyewww..

Farrah MF said...

Lamanya tak makan somtam!Akak kalau dapat ni sepinggan, lauk lain tak payah dah :)

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

sama la kite sbb suka som tam ! dulu first makan masa kat langkawi. fuhh. serious sedap.

Farah said...

Nampak macam sedap tapi tak berani nak cuba sebab saya tak suka buah-buahan yang tak masak/muda.

Encik Skema said...

dulu ingat somtam ni sama macam tomyam ,, ternyata kerabu ,, :3

nana liena said...

xpernah makan lg ..teringin pula rasa