HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, May 31, 2014

Happy DIY from Weheartit.com : Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Jajanngg. Ni part 2. Jom cuci mata.


Kertas putih / kertas pembalut hadiah
Pensel
Gunting


Hanger/ penyangkut baju
Spray kuning/pink
Permanent marker
Selotape kertas


Belon
Vase - fungsinya sebagai tapak pegang belon
Confetti - kertas warna warni yang telah dikoyakkan kecik-kecik
Mod podge ( ganti dengan kanji pun boleh )
Span - meratakan confetti


Kertas
Stick
Telur rebus
Getah


Kain berbentuk empat segi sama.

p/s : Seriously aku suka yang gambar last ni. Nanti nak cari kain yang sesuai untuk beg ni. Waaaaa... balik kampung nanti nak serbu Taiping , kat Perak ajelah kain ni jual murah-murah. Heeee.

Korang suka yang mana?
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, May 29, 2014

Hiatus from blogwalking


Assalamualaikum w.b.t

Yes. Zati @ ( akak Zati ?? ) bakal memegang status "hiatus from blogwalking". Lol , why?
Nak masuk semester 5 dah ni. Masuk kampus baru , kat Tapah nuuunnn... Sebab tu Zati buat segmen untuk korang blogwalking , supaya blog aku tidak kelihatan sepi. HA HA HA.

[ Yes. You captured my heart dear readers. ]

Nak citer sikit , sebagai penganggur selama dua bulan ni kerja aku blogwalking aje kan? Masa aku bukak lappy lah aku blogwalking pergi blog korang sana sini , komen sana sini. Best sangatt sebab banyak tips up kan trafik blog aku berjaya ikut. Hehe , big thanks sebab sudi jenguk blog aku.

Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang sudi klik iklan-iklan kat blog aku ni. Pasni tak boleh nak reply klik dah , kalau nak saja-saja klik pun bolehhh. Hehe. Tunggu le aku cuti raya , nanti klik lagi. InsyaAllah.

Tak pun kena tunggu cuti semester yang seterusnya. Haha.

[ Nah , kasi gambar love love sikit. Haaa ]

Aku takdelah tak tinggalkan apa-apa story langsung untuk korang , tapi mungkin tak sebanyak macam sekarang. Kalau tak busy , luangkan lah masa jenguk-jenguk blog macek Bedah ni.

Thank you jugak sebab dalam jangka masa yang pendek ni , tetiba je aku yang susah nak mesra dengan orang luar boleh rapat dengan ye-you-olls ni. Terutamanya blogger yang lagi muda dari aku , rasa dah macam kawan sebaya pulak dah. Jangan lupa hakak ye dik.


Fasal segmen.

Kepada yang lambat join tu , saya mintak maaf awal-awal kalau url blog tak masuk entry lagi. Sorry in advance gituuu. Yang dah join tu Happy Blogwalking lah yer. Sebenarnya aku rasa 3 minggu untuk buat segmen ni memang lamaaa pun. Tapi , lepas tiga minggu tu la aku rasa masa tu aku free untuk layan blog lama sikit , nak umumkan pemenang ke hape ke. Faham faham lah ye...

Mana tahu , aku nak tamatkan Segmen tu awal dari tarikh sebenar ke.... Hmmm.. Bergantung pada waktu lapang aku oke.


Mungkin masa korang baca entry ni aku tengah on the way pulang ke kampung.. Doakan semoga perjalanan kami sekeluarga baik-baik oke. Terima kasih kepada yang mendoakan.

Next week dah masuk sem baru..... Yeaayyy. Pejam celik dah nak masuk bulan Jun. Alhamdulillah , kita masing-masing masih diberi peluang untuk hidup. Ramadhan pun bakal menjelma ye dak?? Semoga kita dapat merasai Ramadhan tahun ini sampai habis. InsyaAllah.


Semua gambar credit : Weheartit.com

Awak awak sekalian , sepanjang saya berblogwalking sebelum ni , kalau ada salah silap , maafkanlah ye. Buat semak shoutbox ke hape ke. Sorry lah ye.

Okelah.. banyak pulak yang aku merapu. Ayat pun macam tunggang langgang aje. Takpelah , entry ni pun suka-suka je. Nak say bye bye gitu. Bye bye dari blogwalking.



Oke chawwww.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wordless

Assalamualaikum w.b.t


Sumber.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Jangan lakukan 24 perkara ini dalam hidup anda.

Assalamualaikum w.b.t







Sekian. Sama-samalah kita cuba mengamalkannya.

Sumber : fb Kopi Lekat
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, May 28, 2014

Sembah Takziah Sultan Azlan Shah, Sultan of Perak.

Assalamualaikum w.b.t

Sultan of Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff  Izzudin Shah mangkat padam jam 1:30 petang tadi. Semoga Allah SWT mencucuri roh baginda dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.



Berita yang menyedihkan buat kami sebagai rakyat jelata negeri Perak.

Disini saya sebagai anak jati Perak Darul Ridzuan ingin memohon jasa baik para pembaca sekalian agar menyedekahkan Al-Fatihah dan bacaan yasin untuk Allahyarham Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah pulang ke rahmatullah.


Terima kasih.
Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Buku - buku yang dibeli haritu.

Belum join Segmen Blogwalking by Izzati Amira ?? Meh KLIK SINI.

Assalamualaikum w.b.t

[ ni bukan aku punya , ini gambar copy dari weheartit.com ]

Setiap dua sem akan di provide baucar buku kan , so nah... Selain aku beli buku-buku latihan sekolah adik-adik aku. Ni lah yang aku beli.

Tak tahu lah kalau korang pernah dengar berita ni kat tv or tak , pembelian buku guna baucar akan diperketatkan , means hanya buku berunsurkan ilmiah aje yang boleh dibeli. Erghh , yang ni aku bengang sikit laa. Sebelum ni beli buku untuk belajar dalam kelas guna duit sendiri , bila baucar dah dapat tak boleh nak pusing balik ke?

Buku nak guna bulan December , bulan March baru dapat baucar , memang best pun. Yang faham , fahamlah. Yang tak faham, sudah.


Tak mau emosional bagai , nah sebahagiannya aku beli ini dan buku latihan untuk adik-adik aku. Daripada 5 buah buku kat atas ni , aku baru habis satu. Haha.
  • Eksperimen Cinta
  • Perempuan Lindungan Kaabah
  • A hundred pieces of me
  • Wizard and Glass
  • Bahagianya menjadi gadis pilihan.
Baru habis yang first  (Eksperimen Cinta) , dua buah lagi baru baca sikit. Cadangnya nak luangkan masa sepi-sepi ku di Tapah nanti. Kononnya.. maklumlah.. kat sana kawasannya baru nak membangun. Kalau nak hooray hooray kena pergi Ipoh... Cameron.. Eh? Haha.

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, May 27, 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.

Yeahhh.. Kali ni kita buat segmen pulak. Hope korang dapatlah support dengan join segmen ni okay. Syarat pun simple , tak susah mana. Aku paling malas dengan syarat yang punyalah banyak yang nak kena ikut. Nah , ni simple.

Tujuan aku buat segmen ni , tak lain tak bukan untuk memudahkan korang yang datang jenguk blog aku ni untuk kenal-kenal dengan blogger yang selalu update & ber-blogwalking , sekaligus dapat up trafik blog. Percayalahh , dengan rajinnya blogwalking , insyaAllah trafik blog korang akan up habis-habisan. Kena usaha lebih lah.

Ekcely , aku ada satu lagi blog khas untuk ga, segmen & contest ni. Biarlah dia ada followers tersendiri. Tak nak promote sendiri. Tak boleh tumpang market. Hehe. So , mostly ( segmen yang syarat-syarat penyertaan mudah habis!) apa-apa yang korang tag aku, aku join melalui blog kat sane aje. Ni kan blog personal. Cewahh.

Happy - happy lah anda sekalian dengan segmen yang saya anjurkan ni.
Segmen berlangsung selama 3 minggu (insyaAllah).

[ aku ni tak kreatif sangat , tapi boleh la... hahah ]

Syarat-syarat penyertaan.

1. Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking by Izzati Amira"

2. Follow blog aku adalah 'Optional'.. maksudnya , nak follow boleh , tak nak pun takpe. Tapi make sure , kalau ada apa-apa information pasai ni secara tiba-tiba , pandai-pandai koranglahh.. HAHAHA.

3. Copy information dalam scroll box kat bawah & paste dalam entry korang.

4: Tolong klik SINI sampai habis loading...... ( ye aku tau.. ramai orang tak buat syarat ni , terima kasih banyak kepada yang sudi follow syarat ni. )

5. Url entry submit kat entry ini sahaja.

6. Warganegara Malaysia.


Pemenang.
Mencari 6 orang pemenang. Nak bagi penghargaan sikit kepada yang sudi memeriahkan segmen ni dengan meluas. Hehe.


1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Hadiah simple sebab segmen pun simple aje kan? Nanti kita buat contest pulak ye , hadiah pun gempak lah sikit. Hehe. Doa-doakan lah supaya kita semua ni dimurahkan rezeki & diberkati ye.


Credit : Google.com , Alia Eyra.

Dengan rasa rendah diri , saya jemput anda semua yang membaca untuk join. Heee.
Terima kasih sebab join Segmen kita ni. Promote lah ye.
Oke bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Meet My Baby

Assalamualaikum w.b.t


Baby? Baby apakah?? Haha.

Tadaa...


Yeahhh. Baru beli haritu , kat pasar pagi Masjid Tanah. Memang aku cadang nak beli satu pokok untuk bawak balik Tapah nanti. Heheeh. Actually , aku ada satu lagi pokok bunga yang aku tanam sendiri , baru naik daun dia... bunga mungkin lambat lagi kot nak naik. Tapi , tu pun aku rasa nak bawak pergi Tapah. Tengok lah macam mana nanti.

Oke bye. Hehe.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, May 26, 2014

Happy DIY from weheartit.com : Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Haaaa.. wa nak share benda ini. Serius DIY ni simple and senang gilaa kalau korang nak buat kat rumah. Barang-barang pun tak susah nak cari , daripada membazir beli kat kedai , nahhh gunakan kreativiti dan semangat korang untuk buat semua ni. Mesti puas hati punya lahhh.

Dont worry too much , bahan-bahannya akan aku senaraikan. Berdasarkan apa yang aku nampak aje lah ye. Hehehe.


Kulit telur
Ucapan
Water colour


Belon kecil yang berisi angin.
Coklat yang telah dicairkan.
Strawberry & cream.


Tin susu / apa-apa jenis tin yang sudah tidak digunakan.
Kertas pembalut hadiah.
Gam.


Casing fon (plain)
Washi tape
Pisau sekupang.


Belon
Butang
Gam / Kanji

Serius comel gilaa kan? Nanti boleh la try erk. Aku pun nak try nanti. Tapi kena tunggu masa yang sesuai dulu ahh. Sekarang ni tak bape nak sesuai sebab busy nak pikir pasai 'anak'..Eh? Haha. Gurau.

Selamat mencuba.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Kemas kemas barang.


Assalamualaikum w.b.t

Oh yeah. Aku tengah stress.. Stress pasai pa plak niih?? Guwa tengah stress nak packing barang ni. Macam before ni kat Lendu aku boleh bawak seberapa banyak barang yang aku suka , tapi kali ni... tak boleh... erghh. Why?

Satu sebabnya , femly aku balik kampung sama. Itulahh , cuti sekolah kan bakal start , so alang-alang aku dah nak masuk Tapah , terus balik kampung kat Taiping. For sure bonet/bumper penuh dengan barang femly aku lagi nak disumbatnya. Sedih.

Asalnya , kawan mak nak balik sana jugak , ingatkan nak tumpang barang sebab keretanya besar and anak-anak pun kecil lagi. Tiba-tiba pulak cuti tak lulus , so dorang pun tak balik. And aku kena compress barang-barang aku , sumbat lah mana-mana selagi muat dalam 2-3 beg aje.


Ni barang-barang asal yang sepatutnya aku bawak sekaligus ke Tapah.


Nah, disebabkan memang barang sebanyak itu yang aku tak boleh bawak sekaligus , tinggal yang ini je. Ni pun aku rasa mak bapak aku akan suruh reduce kan lagi ni. Hmmm..

Mak Bedah stress kepala nak oi. Tak apelahh. Sabar untuk sebulan je , nanti masa cuti Aidilfitri , parents boleh bawak barang lagi..


Ok bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, May 25, 2014

Cool nya Polaroid Camera Instagram

Assalamualaikum w.b.t

Haritu sambil-sambil blogwaking , jenguk blogger Kak Shida , post entry pasai Polaroid Camera Instagram ni. Serius cool gilaaa.


Kalau camera instax yang kita selalu tengok tu dah gila bayang ( terutama yang gegurls ni ) , apetah lagi yang ni kan? kan? Setuju aje lah Jah oi.

Reka bentuk sama seperti logo application Instagram. Asalnya Polaroid Camera Instagram ni terhasil dari polaroid camera yang fungsinya sama seperti instax camera. Gambar yang diambil boleh terus dicetak. Mungkin dalam Malaysia , Polaroid Camera Instagram ni belum masuk dalam pasaran lagi. Kat luar negara mesti dah banyak kan?



Spesifikasi penuh Kamera Instagram Socialmatic :

Saiz storan : 16 GB
Wifi & Bluetooth
4:3 touchscreen
2 lensa utama
Optical zoom
LED flash
Pencetak gambar terbina
Kartrid kertas
4 tangki dakwat pencetak
InstaOs 1.0


Credit segala info dari Yang Unique & Kak Shida.
Hehe. Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Throwback : Running Man Ep 74


Salam sejahtera.

Oh ya. Terima kasih kepada yang sudi drop komen kat entry aku yang lepas. Serius terharu gilaa.. And and korang buat aku gelak baca komen korang tu satu persatu. Kelakar. Nah.. kesinambungan lagi entry Running Man yang lepas. Hehe. Aku nak throwback sikit lah salah satu episod kegemaran aku and nak citor sikit scene yang best gila kelakar tahap nak terkeluar anak-anak kahak sekalian.

Episod kegemaran dipilih secara random.
Running Man Episode 74. Survival Series 2. No guest.

Antara episod yang bagi impak and start dari episod ni aku bawak adik-adik aku sekalian start minat layan Running Man. Haha.


HaHa : Time Controller
Gary : Duplicator
Jongkook : Sixth Sense
Kwangsoo : Death Note
Jihyo : Reflector & Mind Controller
Sukjin : Phoenix
Jaesuk : Space Controller

Masa ni aku dah macam.. “Waaaa.... Seriously DAEBAK!” , berkata-kata sambil mulut ternganga. Korang macam tu jugak ke? Heee.

Aku paling suka Time Controller!!!!!!!


Semua superpower best-best and memang sesuai sangatlah superpower dorang tu dengan members RM... hahah. Bagi aku semua superpower ni kelakar tahap gaban. Tapi... bila muncul je superpower Time Controller.. semua game kembali kepada yang asal. Serius waktu ni kelakar bila masing-masing dah tahu superpower masing-masing then dorang jadi lebih berhati-hati and try handle situasi. Kahkah.

Pulak masa tu aku baru je habis layan ketiga-tiga siri Death Note. Perghh , untung betul Kwangsoo. Yang kesiannya dia dapat tulis sorang nama je. Err.. kasihan... hehe.

Song Jihyo ni kira advance lah sebab semua kuasa orang dia tahu , tambah pulak dia ade reflection. Sapa-sapa yang tarik name tag dia , orang tu yang ‘mati’ (dalam game ni la...)


Awalnya semua cakap Gary punya superpower yang paling useless , tapi at last dia jugak yang menang. Nah, itu lah kuasa ‘Lol lols’...haha. Comel aje lolols ni , bestfriend gitu. Serius Kang Gary sangat kelakar tyme ni. Tak pasai menang pergi trip ke Europe. Yohoo~

Korang pulak suka superpower yang mana?
Mana yang korang rasa best & yang mana korang rasa useless habis?
Hahaha.


Hehe. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, May 24, 2014

Lidah yang jahat.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam tengok tak Ustaz Kazim Elias ceramah kat tv3?? Ada yang sempat tengok dan ada jugak yang tak sempat tengok.. Takpe takpe , nanti masuk dalam youtube korang boleh google ye. Mulanya aku suka Ustaz Haslin a.k.a Ustaz Bollywood tu.. dah lama tu mak aku kenalkan lagi Ustaz Kazim ni pulak. Oh yaaa.. Kepada sesiapa yang duduk area Masjid Kampung Pantai , Kuala Sg.Baru tu , 27 haribulan ni jam 9 malam , jom dengaq ceramah Ustaz KazimDatang ler awal sebab konfem penuh punyalahh.

Ustaz Kazim dah banyak kali datang kat area tempat aku ni , cuma sebelum ni tak pernah berpeluang pun , mak dengan abah je pernah pergi. InsyaAllah , sesiapa yang duduk area Masjid Tanah , Kuala Linggi , Lubuk China dan sama dekat dengannya , moh ler kita ke sana.

Mak cakap , Ustaz Kazim ni orang Batu Kurau. Satu negeri lah kita.. heheh.


Berbalik kepada cerita semalam.. bahagian 1 aku dah tengok last week , first time aku dengar ceramah dari ustaz melalui tv , disebabkan gaya penyampaian Ustaz Kazim ni best sangat and maklumat pun senang nak faham , sesuai benor lah untuk kita yang jahil jahil ni nak ikut.

Dalam banyak-banyak info yang Ustaz sampaikan semalam , aku nak petik satu cerita.

Mengumpat.

Dalam sedar atau tak sedar , kita ni sebenarnya suka sangat mengumpat pasai hal orang. Kenapa takde yang nak mengumpat fasal diri sendiri?

Mengumpat jiran , mengumpat kawan-kawan, mengumpat orang luar.. macam-macam lah. Dalam bahasa yang mudah faham , kata belakang.

Contohnya ; (contoh diambil dari penceritaan Ustaz Kazim Elias sendiri , contoh yang ustaz bagi best sangat!)

Situasi jiran bagi lauk.

Jiran sebelah hantar lauk kari udang kat kita , kita ambil. Pastu kita pun gaul dengan sudu nak tengoklah lauk apa yang jiran kita beri , gaul punya gaul .. sekor udang je? Kecik pulak tu!!

Mummy J : Abang , ni ha. Bagi lauk udang banyak ni je? Punyalah kedekut! *nada berbisik.
Papi G : Siapa yang beri?
Mummy J : Jiran sebelah.. *nada berbisik.

Petangnya , terus dicanang satu kampung yang jiran dia si Mami Q ni bagi udang sekor je.
Sia-sia je pahala yang dikumpul dengan berpuasa , solat sunat semua dek kerana mengumpat jiran sebelah. Yelah , kalau jiran kita tu dengar , elok sebelum ni dia selalu hantar makanan kat kita , lepas ni tak nak hantar dah.


Kata Ustaz Kazim , “Apa salahnya kalau kita bukak peti ais, tengok lauk mana yang ada, tambah kan aje dalam lauk kari tu , kan mudah. Alhamdulillah sangat sebab jiran kita tu beri kuah lebih , tak payah kita susah-susah nak menumis, letak santan apa semua.”

Lebih kurang macam tu la. Kepada yang terlepas tu nanti boleh google video nya oke.

Selalunya , kalau start je tajuk mengumpat. Semua jari dok tunjuk perempuan. Lelaki pun lebih kurang sama je. Jadi , beringatlah , tak semua manusia sempurna. Jaga mulut.

Aku ni takdelah bagus nau , peringatan untuk diri sendiri jugak. Bila start nak marah je , mesti rasa nak cakap itu ini. Tapi bila teringat balik , dosa kau yang sebelum ni dah berlambak , nak tambah lagi?  Astagfirullahalazim..

Bila rasa nak marah tu , cepat-cepat kawal diri dan stop. Sebelum tidur maafkan semua orang , mujur aku ni cepat cool , malas nak pikir sangat. Kalau rasa diri tu ada buat salah dengan orang , cepat-cepatlah kita minta maaf.


Bukannya apa , kita takut.. bila kita dah start mengumpat lama-lama ia akan jadi fitnah. Fitnah pula , dosanya sama besar seperti kita membunuh. Mengumpat ni pula , ibarat kita memakan daging mayat saudara kita sendiri. Sama-samalah kita beringat.

Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Kot ade rakan-rakan blogger yang tak puas hati dengan saya. Ade tak? Saya mintak maaf lah kalau ada terkasar bahasa ye. Jangan simpan dalam hati ye.

p/s : Cadbury Dairy Milk : Hazel Nut & Roasted Almond disahkan JAKIM mengandungi DNA Babi.

Hehe. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wordless Saturday Morning



Pfffttttt........

Credit : allkpop/meme
Hahah. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, May 23, 2014

Jangan lupa set date petang ni jam 5 petang.

Assalamualaikum w.b.t


Moh ler kite..

Yang terlepas Part 1 boleh tengok SINI.

Kbye.
Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

FAQ about UiTM


Assalamualaikum w.b.t

Asalnya aku tak nak buat entry FAQ ni , tapi since dah banyak sangat soalan yang sama diutarakan kat aku , leceh gak nak jawab satu-satu walhal setiap kali nak start sem soalan yang sama je aku kena jawab.

Bukannya aku tak ikhlas nak jawab ye , tolong jangan salah faham. Cuma ada jugak soalan-soalan yang kelakar aku kena layan , serius lah soalan tu yang korang nak tanye kat aku? Err.. i mean.. kat akak?? Hahah.

Nah. Baca soalan-soalan yang pernah disoal kat aku. And mostly nya aku dah jawab , tapi nah aku bagi jawapan yang mudah lagi. Biar senang faham. Arasso? Eh.


Pasai kolej.

1. Bilik kolej dengan roommate pilih sendiri ke kak?
Setahu akak , budak semester pertama, bilik ditentukan oleh pihak yang uruskan pendaftaran korang.

2. Bilik besar mana ye?
Setiap cawangan Uitm mempunyai keluasan bilik yang berbeza. Toksah lah dok tanya bilik besar mana, katil 3 tingkat ke hape ke. Eh...?

3. Bilik tu ditentukan ikut fakulti ke kak?
Ianya random. Ditentukan oleh pihak yang jaga tempat pendaftaran. Boleh bincang dengan pihak pendaftar kalau ada masalah tertentu , kurang pasti hal yang ini.

4. Kak dalam bilik ada cadar tak? Provide iron tak?
Tak ade. Semua bawak sendiri... kecuali tilam, katil, meja belajar, kipas siling, almari dan kerusi belajar.

Pasai pendaftaran.

1. Masa daftar nanti kena pakai baju apa kak?
Pakailah baju apa-apa pun asalkan sopan. Digalakkan bakal siswa pakai kemeja lengan panjang, seluar slack + tali leher. Siswi pulak pakai baju kurung. Masa ni tak kisah kot nak free hair atau bertudung. DAN.... baju kurung tu nak pakai biru+oren pun boleh. Tak semestinya putih hitam.

Mengenai baju kurung putih hitam & MDS.

1. Baju kurung putih hitam tu kena pakai setiap hari ke kak?
Masa akak MDS dulu , pakai baju kurung putih hitam ni masa acara penutup MDS. Which mean , sekali sahaja. Hari lain pakai baju kurung yang lain.

2. Tudung pakai yang ada batu-batu boleh ke kak masa MDS ni?
Nak pakai yang lilit-lilit pun boleh dik.

3.Waktu MDS wajib pakai tudung kan?
Yes, setiap siswi wajib pakai tudung semasa MDS. Lepas tamat MDS awak boleh free hair kalau awak nak.

4. Kasut hitam?
Semasa minggu MDS korang digalakkan memakai kasut sukan, sebab waktu ni korang banyak sangat berjalan. So , tak nak lah kaki korang nanti melecet ke hape kan. Pasal kasut hitam tu nanti awak-awak kena pakai masa acara penutup.

Pasai barang elektrik.

1. Barang elektrik ni macam mana kak? Kene charge ke?
Setiap satu barangan elektrik akan di-charge rm10. Contohnya , heater, laptop dan iron.. 3 barang total rm30. Cara pembayaran nanti awak boleh tanya unit kolej. Sekali je bayar tu semua untuk satu sem. Nak jimat bayar , boleh share barang dengan roommate.

Soalan-soalan tambahan.

1. Tudung nak kena bawak berapa helai kak? 10 helai cukup tak?
Terpulanglah kepada awak nak pakai berapa helai tudung sekali pun. Selagi muat beg baju, sumbat ajelah.

2. Kat sana ade toilet tak? Toiletries kena bawak ke kak?
Kat mana-mana pun ade toilet sayang , kalau tak jumpa boleh tanya orang kat sana. Kang sesat pulak.. satu hal. Kalau tak bawak toiletries awak nak mandi guna apa? Kat sana bukan hotel yang sediakan sabun free.

3. Kediaman Lendu ni ada berapa tingkat ye sis?
Hmm.. susah nya nak jawab. Ada kolej yang 3 tingkat.. ada kolej yang 4 tingkat.

4. Tumpang tanya , harga buku teks satu berapa ye?
Nanti awak dah start belajar , lecturer akan bagitau buku apa yang awak kena beli. Waktu tu boleh tanya lecturer harga buku teks awak tu.

5. Pergi kelas pakai sandal boleh tak?
Hmmm... better pakai kasut yang tutup semua kaki. Sandal tu... boleh la kot.

6. Sabtu ahad ade kelas tak? Kalau cuti, saya boleh balik rumah tak?
Sabtu ahad tak ade kelas kecuali kalau lecturer awak nak buat kelas ganti atas sebab tertentu. Sometimes , kolej pun ade buat event. Kalau takde event hujung minggu , awak boleh balik rumah.

7. Kalau pakai skinny jeans boleh tak?
Kalau Lendu , boleh je pakai (tak tau lah kalau peraturan dah berubah). Tempat lain akak tak pasti.

8. Lepas MDS ade cuti tak?
Ade.. cuti Sabtu ahad.

9. Kenapa laptop tak digalakkan bawak waktu MDS kak?
Sebabnya, waktu MDS ni kita akan jadi sibuk nak kesana kesini. Memang takde masa nak menghadap benda alah tu semua sebab awak akan penat. Tapi , bagi yang rumahnya jauh dari kolej , bawak ajelah. Simpan barang awak tu elok-elok , sebelum keluar bilik.. almari hendaklah dikunci.

10. Banyak ke aktiviti koko-nya kak?
Seminggu sekali sahaja.


Tu diaa.. macam-macam soalan kan? So, baca lah dulu segala butir yang aku dah provide dalam setiap entry , then baru lah tanya hakak ni. Jangan tanya soalan yang luar bidang kuasa I , kang i buat donno je.

Terima kasih dan sama-sama banyak lah kepada adik-adik yang cakap entry aku pasai UiTM ni banyak membantu. Asalnya note untuk diri sendiri , disebabkan dah banyak jadikan entry tu sebagai rujukan, adalah sedikit penambahbaikan yang aku buat sikit.

Lastly , welcome to uni’s life.
Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.