HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, August 31, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta

Assalamualaikum w.b.t

"Disini lahirnya sebuah cinta" ... tengok lirik pun dah tahu kan sebaris ayat ini datangnya dari lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman.

"Malaysia... Disini lahirnya sebuah cinta" adalah lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-57 nyanyian Bob Yusof  penulis lirik lagunya ialah Ahmad Fedtri Yahya dan Sharon Paul.

"Lagu ini dipilih kerana ianya dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara di dalam jiwa rakyat Malaysia. Harapannya , lagu ini dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat..."


Tahun ini , logo hasil dari rekaan Abdul Mutalib Abd.Rahman dipilih daripada 1586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57 sebagai Logo Merdeka 2014.

Sumber : google.com/images
Sumber : malaysiancoin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 i ols ucapkan.
Terkenang kembali zaman sekolah dulu , gua memang antara pelajar yang sentiasa bersemangat bila tibanya bab nak nyanyi lagu-lagu yang bertemakan Kemerdekaan dan patriotik nih.



Paling feveret ;
Jalur Gemilang , 
Keranamu Malaysia , 
Perajurit Tanah Air , 
31 Ogos , dan
Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Haritu , sebulan sebelum Merdeka lagi kiteowang dah nyanyi lagu-lagu ni dekat bilik.
Habis semua lagu patriotik keluar. Hehe.

Korang pulak suka lagu apa??

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, August 30, 2014

Mak


Assalamualaikum w.b.t

Just want to share. I almost cry.. whaaaa~~~

“Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan orang kata , memang betul! )

Bila dahaga , yang susukan aku... Mak.
Bila lapar, yang suapkan aku... Mak.
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping aku... Mak.

Kata Mak, perkataan pertama yang aku sebut... Mak.

Bila bangun tidur, aku cari... Mak.
Bila nangis, orang yang pertama datang... Mak.

Bila nak bermanja , aku dekati... Mak.
Bila  nak bergesel, aku duduk sebelah... Mak.
Bila sedih , yang boleh memujuk aku hanya... Mak.
Bila nakal , yang memarahi aku... Mak.
Bila merajuk , yang memujuk aku cuma... Mak.

Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah... Mak.
Bila takut , yang tenangkan aku... Mak.
Bila nak peluk , yang aku suka peluk... Mak.
Aku selalu teringatkan.. Mak.

Bila sedih , aku mesti telefon... Mak.
Bila  seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak.

Bila bengang , aku suka luah pada... Mak.
Bila takut, aku selalu panggil... “Makkk!!!”.

Bila sakit , orang paling risau... Mak.
Bila nak exam ,orang paling sibuk juga... Mak.

Bila buat hal , yang marah aku dulu... Mak.
Bila ada masalah , yang paling risau... Mak.
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak.

Yang selalu masak makanan kegemaranku... Mak.

Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan makanan.. Mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... Mak.
Yang selalu berleter kat aku... Mak
Yang selalu puji aku... Mak.
Yang selalu nasihat aku...Mak.

Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Mak.
Ucapan azimat mak , “Biar orang tak sayang kamu.. Mak sayang kamu.”


Kini , Aku ade pasangan hidup sendiri.

Bila seronok , aku cari pasanganku.
Bila sedih , aku cari Mak.
Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku.
Bila gagal , aku ceritakan pada Mak.

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku.
Bila berduka, aku peluk erat emakku.

Bila nak bercuti , aku bawa pasangannku.
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Mak.

Bila sambutharijadi , aku bagi hadiah pada pasanganku.
Bila sambut hari ibu, aku Cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu.”

Selalu , Aku ingat pasanganku.
Selalu , Mak ingat kat aku.

Bila bila , aku akan telefon pasanganku.
Entah bila aku naktelefon mak.

Selalu, aku akan belikan hadiah untuk pasanganku.
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak.


Sayangilah Emak anda sekalian.
Sebelum dia pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Kbye. Thank you.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, August 24, 2014

Mereka yang kaki selfie.

Assalamualaikum w.b.t

Adakah korang tergolong dalam sekelompok manusia yang suka berselfie?

Aku bukanlah kaki selfie. Setiap kali tangkap gambar , muka lebar cam talam. Erghhh. Memang jarang ahh kalau nak tengok wa selfie sengsorang. Lebih suka tangkap gambar dengan orang lain. Awkwardnyaa lahh kalau tangkap gambar sengsorang. Malu ahh *heheh , acheww*

Dua orang member aku dalam gambar kat atas ni memang antara kaki kuat gambar syok sendiri. Kemana-mana aje mesti nak bergambar. Oh okay , tak kesah lah kau suka bergambar , tapi kalau satu tempat , sampai doploh kali snap , tak ke rasa boring nya hidup? Hahaha.

Asalkan dorang happy.. ye dok?


Paling syok bila , orang tu nak orang tangkapkan gambar dia. Tapi dia tak cakap dengan mulut.. dia just pandang je mata kita..

Pandang mata orang tu.. " Hmmm.. yelah yelah. Aku faham", cepat-cepat ambil fon orang tu then snap.

Who's with me?? 
Yang mengalami nasib yang sama macam aku?
Takpun , dia yang buat orang sekeliling dia rasa macam tu? Hahaha.

Nama pun kawan kan , perangai masing-masing ade unik nya. Kalau semua nak ikut perangai macam kau aje , tak have fun lah hidup kau. Lifeless je gitu. Hahah. #itucaramerekabahagia

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, August 16, 2014

Bila classmates mula berselfie

Assalamualaikum w.b.t

Haritu ada sesi bergambar dengan classmates.
Semua have fun gila. Photographer yang sepatutnya bertugas untuk tangkap gambar kiteowang pun dah macam tak boleh nak handle sikap budak kelas yang menjadi kesayangan nih.

Memasing sibuk nak ber-selfie dengan smartphone masing-masing.
Kesian betul. Pulak kelas i ols ni majoritinya perempuan , imagine ajelah macam mana kecohnya kami.

Diarahkan untuk bergambar satu tempat dengan bermacam-macam gaya. Tapi kami....
Kejap ke sana , selfie.. Kejap ke sini , selfie lagi.
Haih.. masing-masing peranganinya memang suka bergambar. Comel lah katekan. Huahahaah.


Comel comel aje classmates kesayangan nih. Ini candid yang tak sabau nak selfie.
InsyaAllah , hingga habis diploma , kita akan grad sama-sama. Aminnnn.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, August 12, 2014

Sempoi


Assalamualaikum w.b.t

Jam hampir menunjukkan jam 12 malam. Oh hoi... Aku baru lepas buat nota sikit untuk keperluan test yang bakal mendatang. Bertemankan angin sejuk , oh yaa... baru lepas hujan daa...

Sesungguhnya aku masih mengantuk , tapi memikirkan Didi yang masih tekun dengan kerja MYOB-nya di bilikku. Ku gagahkan juga mata ini untuk menahan. Boleh aje nak berbasa-basi suruh dia balik bilik dia.. Tapi... bagi dia lebih masa sikit untuk buat kerja dia. Haha

Doa. Kepada yang membaca , doakanlah.. wish pun dah cukup cantik.. Doakan supaya sem kali ini aku dapat capai keputusan yang aku inginkan. Setiap kali sem, aku ada target. Belum ada rezeki , effort pun tak seberapa.. Tapi InsyaAllah , setiap sem aku cuba lakukan yang terbaik. Lebih baik dari sem-sem yang sebelumnya.

Tu dia.. Lagi dua bulan je lagi aku bakal melepaskan title senior part 5. Ahh! Ade apa pada title.. Diploma pun belum pasti ada dalam tangan kau lagi. Doakanlah yang terbaik ye wahai pembaca setia. Hee.. Thank you.

Eh jap. Aku ada azam kedua jugak ni. Reducing my fats. Lately , makan banyak aje. Macam mana nih? Aku jadi pantang tengok nasi. Aku tak boleh tengok nasi. Kalau dah habis satu pinggan tu , mesti aku nak tambah lagi dan lagi.

Tambah pulak aku dikelilingi dengan orang yang kuat makan nasi. Tapi.. dorang tu kurus selim. Aku nih?? Hahaha. Jagalah kesihatan kau Zati oiii.

Tolonglah sedar.

Dah la. Aku mau tidor.

Zati (2014). 23:53.
Goodnight.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, August 1, 2014

Wordless

Assalamualaikum w.b.t


Comel kan??

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Pemandangan di UiTM Tapah

Assalamualaikum w.b.t


Pemandangan dari kolej Beta 4 bila menjelangnya senja.


Pemandangan dari kolej Beta 2.

Bilik kolej nya boleh dikatakan super nice. Memang sangat cantik.
Photographer : AdwyhAziz

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.