HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, December 20, 2015

Movie Review : Dilwale 2015

Assalamualaikum w.b.t

Semalam merupakan hari pertama bermulanya study week aku. Alright. Apa yang aku buat? Aku pergi enjoy movies dengan girls-in-my-family-only petang semalam. Abah on duty, my brother belum start cuti mid-sem lagi. So, kami berempat hangout ke Jusco.

Teringat yang housemate ada cakap pasal nak tengok movie hindustan Dilwale. Lakonan Shah Rukh Khan dengan Kajol tu. Waktu tayangan, aku tengok kat website start 3:30pm , terus rush siap.. dengan jammed lagi (ramai nya keluar weekend ni??? belum gaji kot?? hahahaah) , sampai jusco jam 3:50pm siap parking. Sampai atas adik cakap ada tayangan jam 4:15pm , fhewww. Terus beli tiket ahhh.

Act, aku ada follow twitter @iamsrk , so dia ada update lah pasal movie baru dia nihh. Aku betul-betul ingat yang dia mungkin sambungan citer Dilwale Dulhaniya Le Jayenge tu.. rupanya tidak. Hahahaah. Kedua-dua hero dan heroin ni gangster rupanya.

Tarikh tayangan : 18 December 2015

"Everyone has a heart.. but not everyone.. is a 'DILWALE' (big-hearted)"


Shah Rukh Khan - Raj/Kaali/.... Ramlal??
Kajol - Meera..... Pogo?
Varun Dhawan - Veer
Kriti Sanon - Ishita/Ishu

Self-Review: "sorry tak dapat buat sinopsis sebab baru sekali tengok, so tak ingat susunan cerita dia sangat"

Action. Romantic. Comedy. Bollywood-style.

Action. Boleh dikatakan movie ni memang ada banyak aksi tembak-tembak, tumbuk-tumbuk bagai, tapi tak overrated. Sound effect kuatt gilaa rasa nak terkeluar jantung. Body SRK yang superb on his petite body nampak comel je. Sebab apa aku kata petite? Langsing macam dulu jugak , hensem giloss macam dulu jugak. Bagi aku, action dia tak melampau, aku pun suka tengok. Aku bukanlah penggemar cerita aksi , tapi keseluruhannya aku suka dengan action dalam citer ni. Wahahahaah. Tak pandai lah nak komen bab-bab aksi nihh.

Romantic. Nama pun citer hindustan , salah satu nak tarik penonton wanita dalam kalangan mak-mak dan perempuan yang berhati lembut nih mestilah kena selitkan romatik-romantik gituwww. Barulah boleh feeling. Lagu tema serius bestt (Janam Janam). Aku sukaaaaa. SRK & Kajol memang mampu buat somebody touching gilaa bila scene sedih-sedih muncul. Aku hampir la nak nanges sikit , tapi sebab sit kiri aku nih lelaki , ku tahankan jua. Kekekekkee

Comedy. 10/10. Part yang kelakar-kelakar berjaya diolah, diselit, diterjemahkan dengan baik. I like. Antara watak yang menghiburkan , semestinya Veer ( adik lelaki Raj dalam cerita nih ). Memang kena pergi wayang, tengok sendiri. Ramlal?? Pogo?? Who?? Ni antara part yang lawak jugak dalam citer ni, so kena tengok okayy.

Salah satu scene 'bollywood-style' bagi aku. Tapi version drift punya. Hehehe

Bollywood-style. Tak hindustan lah kalau takde unsur-unsur yang , "Memang citer hindustan betul!" Sorang hero boleh lawan 30 orang sekaligus. Perghhh perghhh. Bila hero nampak heroin je, background sound pun memainkan peranan..itu sudah tentu!! Disebabkan citer ni bollywood-style, aku dah boleh agak sikit sikit apa yang akan berlaku seterusnya. Hihi.


Masa ni , kereta Meera enjin nya bermasalah , kebetulan Kaali lalu jalan yang sama, so Kaali tolong ajelah walaupun sebenarnya dorang berdua nih dah 'bermusuhan' selama 15 tahun 4 bulan 10 hari.. Awalnya tak hujan pun , tiba-tiba time Kaali nih nak tolong, terus TETIBE JE HUJAN!!! HAHAHAH.

Masa nih , penonton kat wayang reaction dia.."AAAHHHHH".. Laki ke pompuan ke sama je reaction dorang. Hahahaha, sebab bollywood-style sangat. Biasalah kan.. Hahahaha.

Scene wajib tengok yang tak boleh dilupakan:
-5 minutes dating. Serius best, sweet walaupun hanya short-date.
-Lagu tema - Gerua. Sari Kajol time lagu nih sangat sangat on point!!! Lawaa sangat!! 
-Meera mengkhianati cinta Kaali...sedih!
-Pembongkaran kisah percintaan Ramlal dan Pogo.
-Kisah hidup Ramlal yang dahulunya tukang cuci pakaian.
Dan lain-lain.... heheheh. Kena pergi tengoklah ye.

Moral of the story. Brotherhood love lines.

Relationship between brother-brother's-brother's friend-friends kuat sangat. Best.

Overall rate : 4.2/5
In short : Worth watching!!
Box office on its first opening day!!

Other's review :
Lokesh Dharmani from Masala : 3.5/5 , "The film is a perfect concoction of romance, action and comedy that Hindi film viewers generally look forward to. Dilwale will not disappoint you"
The Reporter Times : 4/5
Rachit Gupta from Filmfare : 4/5
The Economic Times : "Lack of soul and freshness"
The Hindustan Times : "Plot is highly predictable"

KLIK POSTER atas ni untuk tengok Klip Video lagu tema DILWALE // JANAM JANAM
Suka part.. "AAAAaaaaaa..Ooooooo Aaaaaaa". Sedap sangat.

"Always be mine , never say..goodbye"

Please watch . Trailer 1. Trailer 2.
Credit : wiki

How is it?
Sapa dah tengok citer nih? Meh komen sini.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, December 12, 2015

UiTM Konvo ke-83 , Seri Iskandar

Assalamualaikum w.b.t

Hampir sebulan sudah minggu konvokesyen UiTM dah berlalu.. dan tinggal aku...yang baru nak update story dekat blog. Miahahahaha , busy dengan life degree. Soon , final exam. Cepat sungguh masa berlalu. Doakan aku please.

My part of the day.


Untuk diploma ni tak hire la photographer , sebab takde feel lah time konvo nih. Heheh. Dengan busy nya kemain , penat gilaaa tahu. Dalam masa dua hari tu lah nak ambil jubah , nak settle itu ini. Pastu dapat jadual konvo petang pulak kan , , nak pulangkan jubah lagi, ambil skrol lahh, busy sehhh. Aku kejar masa , sebab tu laaaaa. Tak rajin lah nak patah balik ke SI dari Taiping untuk pulangkan jubah. Lewlsss. Balik Melaka lagi. Hmmmmm.
Gambar dengan member memang banyak , banyak yang berpeluh-peluh. Hahahaah. Better lah daripada hujan kan , kalau hujan susah la nak tangkap gambar kat outdoor. By the way , thanks kepada mak abah yang sentiasa support , sentiasa paham aku , tanpa dorang , mustahil sangat aku akan dapat bergambar macam kat atas ni , kan?

Yaaa , mak abah je yang dapat attend konvo aku haritu. Adik-adik lain tak dapat join , sebab one of my sister wajib attend dia punya SPM. So sad. Thanks Akin , Kakcik & Adik , sebab bagi akak buli korang time akak tengah stress.Wakakakaaa.

Thank you for everything. Terima kasih kawan-kawan , para lecturers semua. Sarang hamnida~~ wuuuuuu.

p/s: Doakan final degree aku untuk semester pertama ni. Two more weeks to go. Semoga Allah permudahkan segala urusan Izzati dan rakan-rakannya. Aaaaminnnnn.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, November 6, 2015

Cuti mid semester


Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk cuti mid semester. Ye , sekarang ni aku adalah budak degree di UiTM yang berdekatan dengan rumah aku , hehe. Alhamdulillah , setakat ni semuanya berjalan dengan baik , harapnya segala urusan dipermudahkan dunia akhirat. Diberi peluang untuk satu rumah dengan kawan-kawan yang pandai dan rajin , membuatkan aku pun nak jadi macam dorang jugak. Classmates pun best.

Memandangkan ni first sem aku sebagai budak degree , pihak atas dah tentukan kelas pelajar. So, macam biasa , kalau melibatkan 'penentuan' , aku memang takde jodoh dengan kengkawan lama atau classmates yang aku rapat masa diploma dulu. Hmmm. Disebabkan dah biasa , so aku takde masalah sangat. Boleh je hidup sendiri. Well , ada je batchmates lama yang aku kenal dalam kelas tu , jadi.. aku bukanlah forever alone. Miahahahaaa


Rutin harian aku? Selalu datang kelas lambat. Tak pasti kenapa , mungkin sebab dah biasa roommate dengan Lily , hampir setiap hari aku datang kelas lambat. Bukan lambat 10 - 20 minit tau , lambat aku ni selalunya 2-3 minit sebelum kelas bermula. Means , beberapa minit sebelum lecturer masuk kelas?? Adat belajar ni kan kena datang awal sebelum guru datang mengajar. Bak kata Lily , "Datang kelas awal-awal buat apa , nanti gosip je."

Betul lah tu. Sehabis mungkin aku akan tiru cara si Lily ni. Tiru yang baik-baik and yang mampu aku buat aje laa. Contohnya , sambil dengar lecturer bercakap , sambil tu aku ambil notes. Memang sepatutnya macam tu kan? Tapi dulu masa diploma aku tak buat.. hmmm sebab tu laaa. Walaupun tak faham , buat je nota dalam kelas. Alhamdulillah , aku berjaya menjadi vampire di samping Lily , kita resap yang baik-baik. Thanks Lily , Inaz , Paen & Shera sebab sudi ajar aku.

*part yang aku tak boleh tiru Lily ni adalah cara dia berjimat. Erghhh , aku annoyed gila dengan cara penjimatan yang dia lakukan. Hahahah. Sorry.


Jenis aku ni suka belajar dengan banyak orang , so semua yang pandai-pandai tu aku akan tanya dorang itu ini. Aku akan pergi bilik dorang and tuntut ilmu. Sebabnya , setiap orang punya cara yang berbeza dalam penyampaian ilmu , aku pulak tak boleh stick dengan satu orang bila datang bab menuntut ilmu. So , best kan buat macam ni? Hehehe.

*teringat masa zaman SPM , setiap Ahad aku akan pergi rumah Hui Shin nak belajar Add Maths. Kena la buat something untuk dapatkan sesuatu kan? So , berusaha ya kawan-kawan.


Classmates. Spot me. Heheh

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Counting days : Konvokesyen


Pics credit to the right owner.

Eksaited pulak tengok gambar-gambar orang yang dah konvo nih. Semuanya cantik-cantik and kreatif gilaaaaa. Aku? Masih menghitung hari. Hehe

Any suggestion?? Tempat cantik-cantik untuk shooting area Seri Iskandar? Sendiri and kawan-kawan jer yang jadi photographer. Heeee. Segala cadangan amat dihargai.

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, October 2, 2015

Postcards Giveaway by Doodles Of Life

Assalamualaikum w.b.t

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN

Yes. Akhirnya dapat jugak aku join giveaway yang syarat dia super mudah untuk diikuti. Yang sedihnya aku dapat join saat-saat akhir. Kekekeke , maaf lah. Baru ada masa untuk luangkan waktu untuk update blog.

Actually , aku sedihh gilaa sebab aku ni jarang update blog. Hmmmm , nak buat macam mana kan. life must be go on. Inshaa Allah , kalau wifi kolej dah boleh access dengan jaya nya.. hopefully aku dapat update life sebagai budak degree dengan aktif. Wahh gitu.

TAMAT : 2nd OCT 2015 ; 12 PM

All the best gaisssss.

Okay bye.
Assalamualaikum.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, September 24, 2015

Melangkah satu tapak lagi , ke hadapan.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , maju lagi satu tapak ke hadapan , kini sambung belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Aku follow je mana-mana jalan yang dibuka untuk aku buat masa ni. Selagi boleh sambung pengajian , aku akan sambung. Walaupun sebelum ni ada niat nak sambung lambat lagi , nak kerja cari sumber pendapatan untuk bantu keluarga. Mak abah nak aku sambung belajar , so now aku pun dah sambung belajar. Weeeee~~

So, how's degree life?
So far , it's good. Kengkawan yang aku rapat time diploma semuanya kelas lain-lain (ex-classmates). Hmmmm. Dah agak , tiap-tiap awal tahun aku mesti sendirian. Cari kawan baru lagi. Dalam kelas baru ni ade je member yang aku kenal , cuma kawan gegitu je sebab dulu dorang ni kelas lain. Bukan masalah besar bagi aku untuk cari kawan baru, dah biasa since sekolah rendah. Hai kawan baru.

Antara yang best jugak , lecturers kelas aku untuk semester first nih. Semua nya best bagi aku. Setakat ni aku enjoy kelas Arabic Language a.k.a Bahasa Arab. Sebab ustaz memang best , cara dia mengajar memang aku suka. Ada sense of humor , tidaklah aku mengantuk dalam kelas.

Untuk subject financial accounting je dah dua. Hmmmmmmm. Berpijak lah pada bumi yang nyata Zati oi. Memang kau kena struggle. Bila masuk sekolah menengah , tak boleh belajar macam kita kat sekolah rendah. Bila dah masuk universiti untuk diploma , tak boleh belajar macam zaman sekolah menengah. Bila dah masuk degree , tak boleh belajar macam zaman diploma.

"Semoga Izzati (tuan blog nineteecapri) belajar bersungguh-sungguh dalam mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru serta memperoleh Anugerah Dekan setiap semester. Aaaaminnn"


Heheeh. Maaflah sebab aku blurred kan gambar korang.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, September 18, 2015

Thanks for joining , here are the WINNERS.



Assalamualaikum w.b.t

1. http://miamorzafirah.blogspot.com/2015/08/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
2. http://perducinta.blogspot.com/2015/08/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
3. http://thenamyblog.blogspot.com/p/assalamualaikum-w.html
4. http://miszpeacealways.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
5. http://www.syahidahfadilah.com/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html

6. http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
7. http://faranina89.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
8. http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
9. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
10. http://yangbaik.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html

11. http://kisahsinenot22.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
12. http://fififizahresepi.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
13. http://betapunyadunia.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
14. http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
15. http://zarachingu.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html?m=0

16. http://kedaitanty.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
17. http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
18. http://www.kisahpondokkecil.com/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
19. http://farahanasharif.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html
20. http://zzqil.blogspot.my/2015/09/simple-giveaway-20-by-izzati-amira.html

PEMENANG TEKA GAMBAR

MIAMORZAFIRAH - JAWAPAN KALKULATOR ( Blogger pertama yang memberi jawapan dan join giveaway ini. Terima kasih banyak-banyak ).


PEMENANG TOP REFERRAL



PEMENANG RANDOM ORG



Tahniah kepada semua pemenang. Dan terima kasih banyak-banyak kepada dua puluh orang bloggers yang sudi join Simple Giveaway 2.0 . Tak banyak promosi sebab tu lah tak ramai yang join. Hehehe , paham dahhh.

By the way , kepada semua pemenang , sila hantarkan details anda seperti berikut ke emel Zati okayyy ... nineteen_capri@yahoo.com

Nama :
Alamat :
No.telefon :
Nama / Link blog :
Saya pemenang kategori :

Okay sekian terima kasih.
Goodbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, September 4, 2015

Inspirasi & Pendorong

Assalamualaikum w.b.t

Ku. Gagahkan jugak untuk update satu entri. Sebab aku nak berkongsi cerita. Sudi-sudilah baca ye.


Siapakah orang yang memberi aku inspirasi dan menjadi pendorong semangat aku sejak akhir-akhir ini? Ramai sangat.

Dari dulu sampai sekarang , tentu lah mak bapak aku. Yang sentiasa pesan itu ini , bebel itu ini. Walaupun kekadang aku ni degil dan suka melawan. Allahuakbar , aku masih disayangi. Tak lupa , adik beradik aku. Tengok dorang bersungguh-sungguh dalam pelajaran , menjadikan jiwa aku lebih kuat , menjadikan naluri seorang kakak yang nakkkkk sangat tunjuk contoh yang baik kat dorang. Acewahhh. Aku pernah jadi bodoh lah dulu. Serius. Bodoh dengan ego dan sikap sendiri.

Note : Terima kasih kerana sentiasa hadirkan orang-orang yang baik untuk aku dampingi & kenali. Alhamdulillah.


Sekarang ni aku lebih sedar. Selepas dapat kerja , aku jadi orang yang lebih bertanggungjawab? Lebih kurang lah. Aku dah mula rasa , susahnya nak cari rezeki. Tersedar , macam mana lah mak dengan abah boleh besarkan kami adik beradik dengan hidup yang cukup baik macam ni. Kami tak mewah. Ada masa boleh dikatakan cukup-cukup makan , kadang-kadang walaupun rasa sesak dengan kewangan , tapi kami masih boleh hidup. Tak payah compare lah dengan kawan aku yang hidup lagi susah..


Rezeki.

Kita dapat gaji. Dah dapat tu , mula lah kereta kemek la (terlanggar tiang gate , teruk la bagi aku. fobia jap), peti ais dah tak sejuk lah (mungkin sebab banyak pindah randah , tu yang rosak dalam tu) , motherboard pc pun dah tak boleh diselamatkan (dah lama hidup agaknya..hehe) . Ya , semuanya memerlukan duit. Mulanya , berkeluh jugak. Tapi , bila fikir-fikir balik. Sebenarnya , separuh dari gaji kita tu , rezeki untuk kereta kita. Separuh dari gaji kita tu , rezeki untuk dapat peti ais baru . Separuh dari gaji kita tu , rezeki untuk ganti motherboard baru.

Kenapa jadi macam ni? Mungkin kita kurang menderma atau bersedekah dalam erti kata lain.. berkongsi rezeki dengan orang lain? Ye , aku akui. Jarang menghulurkan beberapa keping duit untuk sedekah kat mana-mana tabung masjid. Sebab , aku sebelum ni pun tak bekerja.. satu. Dua nya , aku rasa , dah lah aku ni tak kerja. Macam mana nak bersedekah? Hidup pun mak abah tanggung.

Dulu macam tu la. Tapi sekarang dah tukar , "Berkongsilah walaupun rezeki yang kamu ada itu sedikit." Ada satu pos dekat instagram ni , teringin sangat nak share kat sini. Inshaa Allah nanti aku share.


Inspirasi.

Alhamdulillah , aku bekerja dengan bos dan pengurus yang baik. Dalam kedai tu , asalnya aku dengan kawan aku jadi kerani. Lepas dia berhenti , aku sengsorang selama sebulan jadi kerani dekat situ. Bos aku ni boleh dikatakan berduit jugak lah. Pendidikan? Sekolah sampai darjah 6 je. Tapi macam mana dia boleh jadi pengarah syarikat kapal?

Rajin bersedekah.

Dia tak pernah cerita pun dia selalu bersedekah dekat aku. Tapi , sebagai kerani yang rekod perbelanjaan bos , dia catat semua perbelanjaan dia. Banyak yang aku nampak , sedekah sedekah sedekah. Dalam hati , "Murah rezeki betul. Patutlah...". Macam kisah Syed Al-Bukhary.

Sangat-sangat memberi inspirasi. Mulai saat itu , aku dah tanamkan dalam diri. Aku nak jadi macam dia. Bukan pengarah syarikat kapal ( sebab aku tak minat ) , ikut benda yang baik lah kan? Iaitu rajin bersedekah. Walau sedikit mana pun hasil yang aku dapat , aku harus sucikan harta aku. Gaji yang aku dapat 100% bukan milik aku. Separuh dari nya , milik hamba Allah yang lain jugak.
Dulu , masa aku kecik-kecik , kalau pergi pasar malam , kadang-kadang aku bagi 20 sen dekat pacek macek adik yang selalu duduk atas jalan letak tabung kecil kat depan tu. Masa pergi pasar malam , abah bagi RM 2 je. Yelah , budak-budak kan , so sikit je la aku dapat hulur sebab nak beli sate , gula-gula, eksrem seposen. Tapi kan , kalau jalan-jalan dekat pasar malam , mesti aku akan terjumpa RM 5. Banyak kali jugak lah. 

...........................................................Sebenarnya , Ahad ni aku bakal sambung degree Yeah, bos aku tahu lah sebab aku dah inform dia awal-awal. Pastu dia cakap , "Lepas ni boleh la kerja dekat bank. Jadi pegawai."

See , satu bebanan jugak bila kita belajar satu-satu kos tu , orang terus akan cakap kita akan kerja yang berkaitan dengan kira-kira jugak. Well , aku tahu lah kemampuan aku macam mana. Pastu aku cakap lah , "Kalau ada rezeki saya , inshaa Allah."

Bos aku geleng kepala."Mesti ada rezeki."
"Saya teringin jugak nak bukak bisnes sendiri."
Bos geleng lagi. "Jangan. Cari pengalaman dulu."
Okay.... aku diam.
"Cari pengalaman. Kalau awak nak bukak bisnes tudung , kerja dengan orang yang bukak kedai tudung. Kalau awak nak bukak kedai kek , kerja dekat kedai kek. Dari situ , awak boleh tahu , mana nak cari supplier , mana nak cari material , macam mana proses dia dari A-Z."
SERIUS!! Aku tersentuh gila bila dia bagi nasihat macam ni.

Berkongsi ilmu.

Semakin kita gali ilmu , semakin sedar yang kita ni bodoh. Aku masih lagi insan yang masih kurang dengan ilmu , tapi aku suka kongsi. Walaupun ilmu aku sikit , tapi aku suka kongsi kalau ada yang bertanya. Sebab aku tahu , tak boleh kedekut untuk share ilmu. Kau akan mula rasa riak dan bangga diri. Sometimes , bila aku dapat kongsi sesuatu dengan orang , aku TER- terasa bangga jugak tapi.. lebih kepada PUAS , puas sebab dapat share dengan orang lain.

But still , kalau orang yang sama asyik ulang soalan yang sama , aku jadi fed up. Dah , kau tanya orang lain aje lah. Okay , sikap yang satu ni aku akan cuba perbaiki lagi. Hehe.

................................................Sekarang ni , aku masih lagi jadi part-time-dropshipper. Bila kita layan dan cuba penuhi kehendak customer. Macam-macam jenis sikap manusia yang aku handle. Yang paling senang , paham okay lah. Yang susah sikit , mintak itu ini. Yang perit , kena marah tu biasa lah , risau supplier tak boleh penuhi kehendak customer. Yang sakit , tanya itu ini , tapi tak beli pape. HAHAHAHA. Bukan rezeki. Tak pe lah kan.

The end...................Panjang kan aku cerita. Dah lama tak posting entry. Actually , aku memang banyak cerita nak share. Kekangan masa mungkin.. dan aku dah start malas nak karang entri.. hahahah. Sorry. Bila baca balik , nerd and poyo pulak entry aku kali nih. Hahaha. Anggaplah ia monolog dalaman bertulis dari aku. Ceh! Hehe

Macam mana life korang sekarang? So far , it's good? Sejak akhir-akhir ni.. ada yang memberi inspirasi dalam hidup korang tak? Mind to share?

Okay bye. TQ.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, September 1, 2015

Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti yang dijanjikan , dah lama tak buat giveaway kan ,so hari ni tuan tanah kedaung nak buat giveaway *tepuk tepuk tangan sikit*

Alhamdulillah , ada rezeki sikit kita nak kongsi dengan orang kan. So, nak share lah dengan followers, readers, viewers a.k.a rakan bloggers tersayang untuk join Simple Giveaway 2.0 nih. Ada lagi ke yang masih aktif berblogging? Aktif berblogwalking? Hmmmmm. Harap ramai lah masih setia update story kat blog ye. So, macam mana nak join ni?


GIVEAWAY TAMAT
Tarikh tutup : 25 15 SEPT 2015
*terpaksa diawalkan atas sebab-sebab tertentu

Jom semak rules dulu :

2. Copy code dalam box kat bawah ni dan paste kan dalam entry *select HTML bukan Compose tau*
3. Tajuk entry " Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira "
4. Tinggalkan url entry anda dekat kotak komen entry saya ini.
5. Warga Malaysia sahaja.

Soalan teka gambar :


Apakah benda yang berwarna oren itu?
Sorry takde hint. HAHAHA

Pemilihan pemenang :

1. Pemenang Teka Gambar
2. Top Referral
3. Random 1x

Hadiah?

Hadiah dia simple-simple sahaja. Macam cenderahati jugak lah. Cenderahati rakan bloggers gitu. Inshaa Allah tidak mengecewakan. 


Note : Kalau ramai orang yang jawab soalan 'teka gambar' kat atas tu dengan betul , tuan blog akan pilih link blog yang pertama (dropped komen) teka jawapan dengan betul. Adil kan?

Inshaa Allah aku akan update fasal giveaway ni dari masa ke semasa ye. Senarai peserta aku akan list kan kemudian. Bakal sibuk menjelang September ini.


Copy code bawah ni dan paste kan dalam entry anda :


Besarlah harapan saya jika rakan bloggers sekalian dapat join giveaway yang dianjurkan 100% oleh saya ini. Heheh. Terima kasih. Selamat berblogging & blogwalking ye.

SOON , instagram @minapandora nak buat contest TAG & WIN . Follow lah instagram tersebut ye (:

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, August 21, 2015

Kepada : Sahabat yang ku sayangi


Assalamualaikum w.b.t

"Awak , saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana , bila awak jumpa Allah , saya mohon awak jangan tarik  pahala saya , selepas saya bagi tahu awak semua ini."

Tudung awak.

Awak dah sempurna sebab pakai tudung , cuma.. labuhkan bahagian hadapan tu. Tutup 'dada'. Tu yang Islam ajar.

Kaki awak.

Pakai stoking memang tak wajib , tapi yang wajib itu tutup kaki. Dengan pemakaian stoking ianya adalah salah satu cara nak tutup aurat kaki.

Kalau awak nak pakai kasut Phua Chu Kang atau kasut kotak dekat kaki , terpulanglah.. asalkan awak tutup kaki.


Baju awak.

Pakai tudung cantik dah..
Labuhkan tudung pun dah.. Awak labuhkan lah juga bahagian lengan tu. Kalau awak nak lebih selamat , pakai la sarung tangan. Besarkan baju awak , biar nampak kolot di mata orang , tapi tidak di mata Allah.

Muka awak.

Allah dah cantikkan muka awak , jangan palsu kan muka awak dengan cat yang ber-warna-warni.

Awak.. Saya sayang awak sebagai sahabat. Saya harap awak dapat ubah penampilan. Awak sudah tahu kan? Mohon ubah ye. Cuba ambil lighter atau mancis, panaskan jari awak , awak mampu tahan ke? Tidak kan? Masakan awak nak menentang kuasa Dia? Azab Dia? Maka... ubah lah.

"Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang buat perangai? Tegurlah si pemakai , bukan TUDUNG tu." Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi ingat , memang benar yang bertudung itu tidak semestinya baik , tapi sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas azab seksa TIDAK MENUTUP AURAT. Manakala ,orang yang baik pasti akan menutup aurat. Sebab.. tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan penciptanya.

Terima kasih awak , kerana sudi membaca nasihat ringkas ini.

Okay , bye.
Credit tumblr


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, August 13, 2015

CPUV #44 - #51

Assalamualaikum w.b.t

Disebabkan dah lama sangat tak update and blogwalking.. ini lah alkisahnyaaa...


Semua dah credited tanpa aku sempat nak review bagai. Hhuhuhu. Terima kasih sebab sudi singgah menampalkan diri walaupun sekejap je. Views tak memberangsangkan , so ciput aje lah. Ciput ciput pun rezeki tauu. Alhamdulillah.


Alhamdulillah , ada banyakkkk lagi yang masih ON GOING. Terima kasih. Please stay lama sikit. Kita promise lagi beberapa hari kita update story okay.

Sebabnyaaaaa.... tuan blog nak buat GIVEAWAY !!! Hadiah mesti korang suka punya lahhh ( harap-harap korang suka lahhh.. ) . Syarat penyertaan macam yang sebelum ni jugak , mudahh sangat. Nanti kita bagi details dekat entry Giveaway tu nanti ye. Khas untuk followers, readers viewers yang tersayang. Pegang title 'blogger' je boleh join tau.

Okay lah. Bye bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, August 9, 2015

Tiga buah novel baru in the house.

Assalamualaikum w.b.t

Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke kedai buku , akhirnya semalam dapat jugak aku dan adik-adik menjejakkan kaki ke kedai buku... pilihan kami.. tentulah... Popular. Well , kiteowang memang suka pergi kedai buku Popular kat Jusco Melaka. Dah jadi member , memang tak cari kedai buku lain lahhh.

Haritu aku ada cakap yang aku nak beli novel Tundukkan Playboy Itu & Suamiku Yang Paling Sweet kan? Jenuh jugak aku pusing 203 kali... bukunya tak jumpa-jumpa.. Eh? Untuk novel Tundukkan Playboy Itu , ranking dia Top 7. Tapi , satu copy pun aku tak jumpa. Kecewa sikit. Keluar dari mall aku tak beli pape pun.. melantak je. Nasib lah sebelah Aeon tu ada Tesco. Dalam Tesco tu ada jugak kedai buku Popular , cuma kecik sikit dari Aeon baru ni haaa.

Masuk je dalam tu , terus aku serbu tempat ranking.. Tadaaaa...


Tundukkan Playboy Itu.

Terus aku rembat. Aku cakap kat adik aku , "Kalau aku jumpa copy yang lain. Yang aku pegang ni aku letak balik kat tempat dia. Heheh". Sambil cari tu aku tengok jugak novel lain. TAK ADE!!! Yang aku pegang ni aje lah satu-satunya copy yang ada. Mak aiiii.... Nasib lah aku cepat , kalau tak... mesti kena rembat dengan orang lain. Hahaha.

Yang kedua...


The Greatest Of Destiny.

Aku tertarik dengan buku ni sebab cover dia lawa habes!! Pastu aku baca sinopsis dia pulak. "Hmmmm, macam menarik." Pastu aku suruh adik aku baca sinopsis ni pulak. Dia kata okay.. so , aku pun ambik lah. Hoho

Yang ketigaa...


Suami Edisi Terhad.

Cover cun. Tajuk macam menarik. Sinopsis pun macam okay. Alasan kukuh aku beli novel ni sebab novelis dia , Marissa ni adalah novelis yang sama bagi novel Teduhan Kasih. So, aku cuba bagi kepercayaan pada jalan cerita novel ni.. walaupun aku lebih suka drama daripada pembacaan dari novel. Hahahaa.. maklumlah.. aku mestilah suka Adi Putra yang berlakon. Kuikui.

Overall. Semua novel ni terbitan dari Karya Seni. Nampaknya , aku memang suka novel terbitan Karya Seni ni... Mana tak nya , majoriti novel terbitan dorang , cover dia cun-cun habis. Sebelum aku pilih novel yang ke-2 dan ke-3 , ada lagi tiga buah novel yang aku berkenan disebabkan cover dia cun sangat !! Untuk aku , ianya mempengaruhi mood aku nak beli sesuatu novel selain tajuk dan sinopsis novel.

Untuk pengetahuan korang yang belum tahu , sambil aku cuci mata cari novel untuk dibeli , banyak karya yang femes dulu ,  dorang buat edisi kedua , kononnya sambungan kepada jalan cerita novel yang pertama laa. 
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya 2
Damya Hanna - Bicara Hati 2
Umie Nadzimah - Terlanjur Mencintaimu ( siri 2 Kerana Terpaksa Aku Relakan )
Tapi , ketiga-tiga novel kat atas ni aku tak beli sebab aku kurang gemar plot/konflik yang cuba ditengahkan (berdasarkan sinopsis yang aku baca). Jenis aku , aku suka baca jalan cerita yang hero dan heroin yang baru nak kenal. Macam mana nak kenal kau , macam mana kau cuba mengenali @ memahami aku. Haaaaa , macam tu la. Kureng sikit nak amik tahu pasal pihak ketiga cuba tagih balik cinta lama , tak boleh lupa first love lepas kawen la , semua masalah lepas kahwin aku tak suka baca. Hmmmmm. Sakit hati mungkin.

Okay done. Nantikan aku untuk buat review untuk ketiga-tiga novel ini okay. Inshaa Allah , kalau best aku buat review okay. Kalau tak de review , maknanya tak best lah. Hahaha.

p/s : Perasan tak semua novel yang aku beli cover dia hitam? HAHAHAHA
Okay bye. TQ



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, August 8, 2015

K-Drama Review : Master's Sun

Heyya.



Kita nak review drama yang baru je habis tengok minggu ni. Cerita ni best okay ; Master's Sun. Cerita lama , baru kali ni rasa nak tengok. Master's Sun lakonan So Jisub dan Gong Hyojin.

Total episode : 17 episode.

Sinopsis.

A romantic comedy with horror elements. Selepas kemalangan kereta , Tae Gong Shil terlantar di atas katil hospital selama 3 tahun. Selepas bangun dari 'koma' , dia mendapati dirinya boleh melihat roh orang yang dah mati. Dia ni takut sangat pada hantu, tapi nak buat macam mana... hantu-hantu yang sering muncul di sekeliling dia suka kacau hidup dia. Mostly nya nak mintak tolong tunaikan hasrat si mati yang tak tercapai semasa hidup. Kononnya , selagi roh si mati tidak tenteram (sesuatu hajat tidak tercapai semasa hidup), mereka tidak akan meninggalkan bumi.

Secara kebetulan , si Tae Gong Shil ni terserempak dengan Joo Jong Won , seorang pengarah Kingdom shopping mall yang kaya. Setiap kali hantu muncul menganggu Tae Gong Shil , secara automatik hantu tu semua akan hilang jika dia bersentuhan dengan Joo Jong Won. Sejak dari itu , Tae Gong Shil sentiasa mencari peluang untuk mendekati Joo Jong Won agar hantu-hantu yang selalu berada di sekelilingnya berhenti dari menganggu hidup dia. Tetapi , Joo Jong Won tidak suka orang asing seperti Tae Gong Shil yang kelihatan seperti seorang perempuan yang hidupnya tidak terurus menganggu dirinya.

Walaubagaimanapun , selepas mengetahui kebolehan Tae Gong Shil yang boleh melihat hantu , lalu dia mengambil Tae Gong Shil bekerja dengan dirinya dan memberi perempuan itu satu misi yang berkaitan dengan kekasihnya yang telah mati 15 tahun yang lalu akibat kemalangan. Adakah Tae Gong Shil menerima tawaran Joo Jong Won itu? Apakah ganjarannya?

Nanti tengok lah eh.

Notes.

Kepada yang betul-betul tak boleh tengok hantu dalam tv tak payah lah tengok eh. Macam aku ni 89% mata akan tutup kalau hantu muncul kat tv ni. Hahahhaha , muka dorang seram-seram kot. Nak nak kalau yang suka muncul tiba-tiba... yang merangkak , yang merenung pun seram jugak. Hahahah. Tapi citer ni bukan 100% horror tau. Ada kisah cinta , kasih sayang ,tanggungjawab , komedi.. best lah bagi aku. OST Drama pun best-best tau.

Yang si hero ni bagi aku dia kelakar. Kelakar tang mana tu korang kena tengok sendiri lahh. Spoil pulak kalau aku bukak cerita sekarang kan. Okay kasi can lahhh... episode 12 , bila hero kena nyanyi lagu kanak-kanak.. Serius lawak!! Dari segi karakter dari episode 1 , dia ni jenis yang takkan buat benda yang dia tak suka. So, bila dia terpaksa buat demi 'roh budak yang dah mati' .... rasa kelakar pulak. Hahahah. Cerita aje okay. Memang banyak part yang kelakar pasal hero ni..heheh

Tapi aku suka dia buat benda kat bawah ni..


 Get lost !!

Rate : 4.7/5

Okay , selamat menonton.
Bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, July 24, 2015

Selamat Hari Raya 2015

Assalamualaikum w.b.t


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Tuan blog agak busy dengan life dia , agak sukar untuk dia selalu update entry dan blogwalking. Walau apa-apa pun , tuan blog nak mintak maaf jika sepanjang anda mengunjungi blog ini , ada perkara yang tidak menyenangkan hati , tuan blog mintak maaf ye.

Terima kasih.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, July 5, 2015

WOW , Best-best semuanya bila tibanya Ramadhan!!

Assalamualaikum w.b.t

Berita nombor 1.
Okay , just nak bagitahu kat korang semua ni , dengan jawab survey ( soal kaji selidik ) dari Jom Bazaar , kita berpeluang untuk menang baucar RM 100 untuk shopping raya!!! Wowww , bestnyaaa.. Nak tahu lebih lanjut ? Klik gambar bawah ni!!


Berita nombor 2.
Nak berjimat dalam berbuka? Pening kepala tak tahu nak masak apa untuk berbuka? Dapatkan tips-tips dalam portal Jom Bazaar ni cepat!!


Berita nombor 3.
Dapatkan Magnum THE BEST CHOCOLATE INDULGENCE to celebrate HARI RAYA AIDILFITRI.. Aghhhhhh sedaaappnyaaa. Dekat MYDIN sahaja tau.


Apa lagi??? Serbu details ketiga-tiga berita kat atas ni by clicking each of the pictures uploaded. Eksaited enough??? Wohooooo... Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, July 2, 2015

Uniknya strawberry



Assalamualaikum w.b.t

Comel kan? Kiut gilaaaa... rasa sayang pulak nak makan. Heheh.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, June 27, 2015

CPUV #41 , #42 dan #43

Assalamualaikum w.b.t


Thanks.
#41 uMobile
#42 Nando's
#43 Resort World Sentosa

Alhamdulillah , sila melekat lama sikit ye. Hehhe



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, June 23, 2015

Macam mana nak jadi dropship agent ?

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru dengar pekerjaan as dropshipper ni dalam 2-3 bulan yang lepas. See ? Betapa ketinggalannya aku apabila memerapkan diri di dunia Tapah. Haha. Sekarang ni aku tengah free , sambil lepak kat rumah (belum start cari kerja lagi) , aku buat kerja fulltime as dropship agent. Tapi sekarang ni dah jadi part time , sebab dah ade kerja tetap. Hehe. Sayang pulak nak tinggalkan.

Dropship agent.
Secara ringkasnya , dropship agent ni kerja korang adalah sebagai tukang ambil order. Interaction korang as dropshipper dengan customer sahaja. Segala kerenah/karenah customer , you ols yang tanggung.

Ciri-ciri yang korang harus apply dalam diri untuk menjadi seorang dropship agent ;
a) Rajin , alert , bersungguh-sungguh
b) Pandai handle customer
c) Penyabar
d) Wajib ada online banking ( eg : maybank2u ) @ asalkan ada bank akaun pun okay!
e) PALING PENTING , JUJUR & AMANAH.

Credit : babyandkidstore.com.my

Mudah je nak jadi dropship agent ni. Yang penting korang kena betul-betul rajin promote barang yang korang jual tu dengan bersungguh-sungguh.
Steps :
1. Pilih mana-mana supplier yang memerlukan perkhidmatan dropship agent.
2. Pastikan supplier @ seller tersebut adalah antara yang boleh dipercayai. Emel atau direct message through whatsapp or whatever untuk bertanyakan segala perihal yang korang nak tahu pasal produk tersebut.
3. Deal dengan seller harga dropship yang ditetapkan.
4. Mulakan khidmat sebagai dropship agent sebaik sahaja ada persetujuan antara you dengan seller ( start promote barang melalui online @ face to face marketing ) .
Kalau tak paham lagi , you ols tanya aje dari A-Z macam mana nak jadi dropship agent ni.


Cerita aku.

1. Survey.
Macam aku , aku buat survey dulu. Menggunakan '#dropshipdiperlukan' @ sebagainya di instagram , aku scroll mana-mana produk yang aku rasa , aku boleh bawak atau aku boleh jual barang ni. Self confidence tu kena ada lah ye. Rambang mata tu memang lahh , macam-macam item kot korang boleh jual, tapi aku prefer dropship agent yang tidak memerlukan modal. HAHAHA. Kena pandai cari yer.

Aku kecikkan skop aku dari berlambak-lambak sellers yang memerlukan dropship agent tu , aku pilih 4-5 sahaja. Yang jual-jual baju, kasut, beg tangan dan sebagainya. Kalau item tu kena dengan jiwa kita, confirm kita boleh jual produk tu. Hehee. Inshaa Allah , rezeki tu ada.

2. Bertanya.
Aku whatsapp kelima-lima sellers tersebut , dan tanya beberapa soalan macam...

i. Saya berminat nak jadi dropship agent , ada apa-apa requirement yang perlu saya patuhi? ( formal gilaaa kan??? hahaha )

ii. Kalau tak faham lagi konsep dropship agent ni macam mana, mintak sellers jelaskan sekali lagi.

iii. Tanya pulak soalan berkaitan dengan payment. Berapa fixed price yang sellers amik, untuk mark up price kita boleh tentukan sendiri.

iv. Ambil tahu serba sedikit pasal item yang kita nak jual ni.
Tips : Tak kesemua sellers beri requirement yang kena dengan kehendak kita. Kalau pun semua requirement tak memberi masalah buat korang, tapi saranan aku.. jangan TAMAK. Kenapa? Pilih satu item yang korang rasa okay dulu. Bila dah pandai manage satu item ni , barulah boleh tambah item lain. Kan??
3. Buka akaun ( instagram @ facebook @ etc ).
Cara aku. Aku bukak akaun instagram baru. Khas untuk nak jual barang sahaja. Lepas dah create akaun baru , masukkan dua tiga sepuluh gambar pasal barang yang korang nak jual. Pastu dengan serta merta nya korang kena generate followers seramai yang mungkin.

Randomly following others account. 
Mana nak cari?? Kalau yang tanya ni baru pestime guna instagram aku boleh maafkan lagi , kalau yang dah bertahun guna tapi tak tahu jugak , memang mintak kaki. Haha. Okay macam ni, pergi lah mana-mana akaun yang banyak followers tu, korang follow je semua. Setiap hari follow je mana-mana akaun yang korang belum follow.

Kenapa? Sebab kita tak tahu dalam banyak-banyak orang tu, siapa yang berminat nak beli barang kita kan? So, follow aje semua. Fyi , instagram hanya membenarkan korang follow others acc 20-30 acc at once. Tunggu dalam 5 minit , pastu follow lagi 30 akaun dan follow lah lagi yang lain. Ikut pengalaman aku , macam tu la kekdahnya.

Cara cepat nak gain follower ni senang je , tapi kena keluarkan duit sikit la. Akan ade sellers yang boleh tolong up-kan kita punya followers dari hari ke hari. Memang laju lah followers korang naik. Aku tak ikut pun cara ni sebab aku tak nak keluarkan sedikit modal pun. Hahah.

4. Jaga hubungan baik dengan sellers dan customers
Berbudi bahasa lah hendaknya ya. Customers ni macam-macam perangai , so kita sebagai sellers (jugak), kena lah layan customer kita elok-elok. Kalau kau konghajo atau nak tak nak layan customer , memang customer tu cari lain la weyyyy...

Hmmmm, buat masa ni. Tu ajelah dari aku.

Kata-kata 20 sen , harap berguna lah ye :
Saja nak bagitau ni , untuk sellers @ dropship agents yang baru nak jinak-jinak macam aku ni , jangan lah jual barang dimana harga asalnya RM15 you ols kutip RM30. Cekik darah ke apa ni? Adat berniaga ni tak boleh nak cepat untung sangat , you ols kena pandai bikin strategi untuk bertahan lama and kaut untung tau.
Agak lah wehhh, tolong lah jadi melayu jangan tamak sangat. Hahaha. ( selalu aku perasan penjual melayu wat gini. hmmm, macam mana nak maju? )

Nak tambah atau share apa-apa kat entri ni? Meh share sini.
Terima kasih sebab sudi baca.
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, June 21, 2015

Tak busy tapi penat dia ya ampunn.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , sejak semalam dah tiga hari aku bekerja sebagai kerani sementara. Kedai tu baru je bukak , so keperluan office dan kerja yang berkaitan tak ade lagi. Bosan tu memang ye. Sebab tak ade benda nak dibuat.. duduk aje dalam office. Hari kedua aku bawak member join kerja sekali , lagipun dorang memang tengah cari pekerja.

Ini kali kedua pengalaman aku bekerja. Tapi haritu barang keperluan kedai semua dah ada dan aku just jaga kedai sahaja. Kali ini , boleh dikatakan 80% barang keperluan memang tak ade langsung. Tapi , office kena gerak jugak la.. Slow slow gitu. Sebagai kerani sementara , aku lah yang kena pergi beli barang tu semua. Daripada stationeries , cabinet , barang cuci tandas , nak pasang internet bagai... semuanya aku. HAHA. Nasib la aku bawak Timah kerja dengan aku sekali , boleh tolong aku beli barang tu semua. Penat woi.


Tambah-tambah bulan puasa ni kan... Takkan la aku nak jadikan alasan , puasa tak boleh buat kerja. No no... tak boleh. Just tak boleh minum air je. Relax ahhh. Nama pun nak cari pengalaman kerja kan, so kena la buat betul-betul.

Balik kerja tu memang penat la sebab tempat kerja jauh. Drive guna auto pun penat woi , nak hadap jammed orang pergi bazaar and balik kerja lagi. Sampai rumah terus mandi and solat bagai. Then bukak puasa, Maghrib , tunggu waktu Isya' & terawih bagai.. balik tu terus knock off. Kalau penat sangat , sahur memang aku tak bangun. Ni baru TIGA hari weyyy. Allahu , kuatkan lah jiwa raga ku untuk mencari rezeki yang halal. Aaaminnn.


By the way , since habis semester 6 sampai lah tiga empat hari yang lepas.. aku jadi dropship agent , bosan kot duduk rumah tapi tak de duit. Nasib baiklah terfikir nak jadi dropship agent ni.. Ade la dalam dua hari aku fikir dulu macam mana nak buat itu ini. Nanti aku share macam mana nak jadi dropship agent ni tau. Inshaa Allah. Kalau betul-betul fokus , boleh dapat beribu sebulan. Untuk beginner macam aku ni , baru ratus je.. Alhamdulillah. Terima kasih kepada customer yang percaya pada perkhidmatan aku. Hehe.

Lepas ni agak sukar nak update entry dan blogwalking bagai. Seminggu sekali mungkin. All the best okay. Selamat berpuasa semua.


All pics credit to google & tumblr

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.