HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, January 5, 2015

Abang @ Oppa

Assalamualaikum w.b.t

Story kali nih bukan fasal k-drama semata-mata okay. Ada relate dengan rakyat Malaysia sikit. Terutamanya lelaki.. wahaahaha. Oops oops jangan panas punggung lagi okay. Baca dan enjoy dulu sampai habis.

Rakyat lelaki warga Korea.


Yang nih dari dulu aku perhatikan je.. Lelaki kat sana suka kalau gadis-gadis comel atau cantik panggil dorang dengan gelaran "Oppa" a.k.a older boy / abang ( terutamanya panggilan dari perempuan yang lebih muda dari dorang ).


Berdasarkan korean drama yang aku pernah tengok sebelum ni , selagi heroin tak panggil hero dengan panggilan "Oppa" , hero akan merajuk atau mengamuk sehabis mungkin. Dorang akan sentiasa mempersoalkan panggilan "Oppa" tu. Kenapa lelaki lain boleh panggil Oppa , kenapa dengan dorang tak nak panggil Oppa? Haaa.. lebih kurang macam tu la.

Contoh K-drama yang ada scene macam tu ; Secret Garden , My Princess.

Rakyat lelaki warga Malaysia (Melayu).

 
Saje letak gambar Adi Putra. Handsome kan? Kan?

Yang ni pun aku selalu perasan jugak. Lelaki kat Malaysia nih , random lah yer ... suka nau kalau mana-mana perempuan panggil dorang "Abang". Pantang dengar panggilan abang , terus senyum tu sampai ke telinga. Tak sudah-sudah sengih dia.

"Abang... nak ayam sekor."
"Bang... bagi lah diskaun...". Hmmm terus diskaun 70% !! Dapat free pun ada.

Nak-nak kalau pacek-pacek yang dah berumur tu.. Kalau kiteowang (gegurls) yang baya 20-an ni beli barang kat dorang, dorang bahasakan diri kiteowang ni adik tau. Nampak tak? Hahah.
"Adik punya pasal.. diskaun sikit lah!" , padahal tak mintak pun. Hoho.

Nak tanya sikit lah kan. Terutamanya lelaki lah kan, apa perasaan kalau orang luar (perempuan) panggil korang dengan panggilan Abang? Happy sangat kah? Hhehe. Kaum hawa yang nak kasi komen pun boleh jugak. Heheh.
Kalau korang layan citer P.Ramlee , Keluarga 69. Watak A.R Tompel nak masuk minang anak dara. Bila anak dara tu panggil dia 'abang' , yabeda bedu dia bukan main lagi sampai terbalik kerusi pengsan! Hahaha.

"Dia panggil aku abang!" , terus pengsan sebab suka sangat.

Contoh drama melayu yang ada scene macam tu ; Keluarga 69 , Nora Elena

BONUS : SWEET!!!


*hati-hati dengan panggilan 'Bro' , means anda berada dalam kawasan FRIENDZONE semata-mata. Heheh*

Tak pasti lah bangsa lain macam mana. Kalau yang omputeh tu aku tak rasa dorang suka dipanggil 'brother' kan? Hahaha.

Credit : google.com
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

Nur Inani said...

hensem benau adi putra tuu.haipp laki orang tuu. hahah :P

Mazni Munawar said...

Kahkah! Dulu saya slalu panggil senior saya dgn panggilan abang. Tpi x lama lps tu terus panggil kau-aku atau terus sebut nama dorng. Bila fikir balik rasa geli lak xD

Niena Reen said...

Hahaha.. Kawan saya ada panggil dekat sorang mamak kat kedai tu dengan panggilan abang. mamak tu terus menyanyi2 suka. Lepastu saya tegur kawan saya and sampai sekarang dia malu tak sudah sebab tersilap. Kekeke.Kalau saya pulak, memang tak lah nak panggil orang luar abang. Kalau dalam blog pon kalau ada laki yang lebih tua saya panggil bro sebab tak tahu nak panggil apa.. Hihi.. ^^

sinuha said...

Hahaha.
tak pernah pun bandingkan 'oppa' dengan panggilan 'abang'.

Aisya A. said...

hahaha. cakap pasal panggilan abang ni kan, ingat cerita masa mula2 couple dulu.. buah hati suruh panggil dia abg, konon nak biasakan lah kaedahnya.. tapi ambik masa bertahun jugak sebab rasa geli pulak nak panggil abang.. ntah pape je perangai. heh

Nurazlan Azmi said...

Alan tak suka bila junior panggil Alan abang...nampak macam tua kah aku?? haha

Anis Farhana said...

Saya tak suka panggil orang abang termasuk lah abang sendiri sebab suka bajet gengster, lagipun geli r berabang abang ni hahaha.

eh tapi bab laki suka orang panggil dia abang tu betul la. ada sorang laki ni mula2 muka dia masam gila pastu ada adik ni panggil dia abang teruih senyum tak berhenti. gatai.

nur zafirah said...

tak boleh berhenti gelak time baca post ni..hahahaha.

Farah said...

Saya tak berapa suka panggil lelaki, abang. Selalu saya panggil awak sahaja melainkan kalau jarak umur dah jauh.

Sally Samsaiman said...

entah...sally mmg semua panggil pakcik je..LOL :P

Anis Ifham said...

diakui, oppa adi putra hensem. tapi hensem lagi oppa sado saya. hahaha.

Encik Skema said...

selalu dalam novel mesti si hero akan merajuk dengan si heroin a.k.a bini dia kalau tak panggil "abang" . Typical betul.

Tapi bagi saya, its like disaster kalau tetiba ada yang panggil saya 'abang' . Ngeri betul rasanya.